Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

persoalan yg remaja sgt sukaaaaaa

cuba teka, apekah agak2nya topik atau persoalan yg remaja2 atau umur2 sebaya muda dgn saya sgt suka utk fikir atau bincang atau sebut atau rasa???

uhuhhh..

cuba anda fikir lagi, dlm byk2 entry yg pernah saya tulis setakat ni, entry mana yg org paling byk komen tentang sesuatu yg bukan pokok pembicaraan entry tu pun... si author 'cerita kita' dan 'warkah musafir' mesti tau punya laaahhh..

hmm.. tadi ukhti telah dgn tulus dan bersifat terbuka menjawab pertanyaan sahabatku perihal mengapa da berkahwin in the first place. perkongsian yg sgt2 membuka mata, walupun diri ini tidak lagi berjaya memahami as if i had had ther real experience, tetapi semua2 itu mungkin berjaya menambahkan lagi keyakinan dalam diri bahawasanya perkahwinan itu hanya akan Allah takdirkan bila kita dah betul2 ready.

setelah habis perbincangan topik itu, teringat pula hadis 20. Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu.

bagi jiwa2 yg menginginkan dan berangan2 jauh utk berkahwin kerana Dakwah dan tarbiyyah, persoalannya, adakah sudah habis usaha dalam meng 'all-out'kan diri membuat tugas memelihara Allah? sudah habiskan mensucikan jiwa? lantas, layakkah diri kamu seadanya mengimpikan seorang ikhwah spt yg kau idam2kan itu?

teringat pula kisaha seorang sahabat yg sudah mula berjinak2 dgn alam prkahwinan. adakah jodoh beliau sudah smpai? Allah saja yg tahu. saya hanya mampu berdoa yg terbaik buatnya. semoga Allah mentakdirkan perkahwinan yg membantu tarbiyyah dirinya walaupun saya tak berani menyebut perihal ini di depan beliau... saya sayangkan beliau lillahitaa'la...

teringat kepada entry blog seorang ukhti yg sgt2 bes yg berkait rapat dgn topik ni. bacalah...

p/s: i don't believe I actually wrote about this! saya cuba elak tp tak leh elak lah mak jah oooiiii

hujan

Alhamdulillah.. akhirnya setelah sekian lama musim kemarau, akhirnya kawasan selangor, Malaysia menerima hujan(hmm.. hari khamis aritu pun hujan sket, tp sekejap la kan)

Aku sbg anak yg membesar di Selangor, selama... bapa tahun eh? dari umur 3 tahun ke darjah 6, dari form 5 smpai skrg, the missing years were spent in Taiping. jadi lebih lama la saya berada di Selangor kan kan?

adakah aku akan menghabiskan penuaan aku atau dgn lebih tepat lagi, perjalanan waktu menuju mati di sekitar selangor juga???

eh eh.. tersilap deyh, nak ckp pasal hujan

HUjan adalah satu nikmat dari tuhan. yang jarang skali disyukuri bagi insan2 yg duduk dalam iklim lembapppp Malaysia nih.. ye la, slalu trime hujan aje, kalau orang Arab, ntah2 hepi bebeno kalau dpt hujan, orang Msia mesti pelik sakan nengok kehepian orang Arab..

Apa bila nikmat Allah ditarik seketika, kita akan terasa satu kehilangan yg sgt berhara, baru kita nak sedar kepentingan hujan, baru nak sedar ape jadi bila takde hujan. pokok2 tepi jalan semua kering dan layu(kalau anda jenis yg melihat alam), badan mula panas, bibir kekeringan, bahang di waktu malam.. macam2 lagilah.. I wonder Taiping ade trime hujan tak? aish... asek rindu saje mau pulang sane...

dulu kalau sidai baju, lepas tu hujan.. mula la mak kita jerit, "Ani angkat kain d jemuran hujan dah turun!"... kita pun gegas2 la kan nak tarik semua baju smpai diri sendiri pun basah. baju yang dah nak kering jadi lembap semula, ada yg dah lenjun sbb terlambat sgt angkat. ape lagi, baju kita pun jadi hapak la. bau asam2 gitu kan.
mula la mulut kita ni nak ngomel2, asek2 hujan, bila aku sidai kain je hujan, asal aku basuh baju je hujan, asal hujan je aku basuh baju...

huhu...

manusia memang jarang beno kita bersyukur, bila hujan slalu, byk aje rungut2 nye.. hah nah! Allah tarik sebentar nikmat hujan tu.. nah padahnya macam2.

setelah sekian lama tak hujan, saye pun startlah nak muhasabah balik pasal syukur. saya pun salah seorang yg terlibat di atas. pernah melakukan benda yg sama, tp Alhamdulillah semakin lama saya dah sedar tentang isu ini. Isu ini mungkin tampak remeh bagi sesetengah manusia, tetapi percaya lah wahai anak Adam. ini lah satu contoh terbesar ujian kesyukuran dar Tuhanmu kepadamu!

menyentuh bab syukur, saya teringat juga tentang satu lagi nikmat yg saya rasa sgt nikmat. Nikmat kesihatan. bila nikmat kesihatan tu hilang, ish ish.. padah sungguh rasanya, perit nak tahan sakit. perit setiap kali makan, asyik kena paksa diri buat macam selera. telan pun secara paksa rela, nasi pun dah tak rasa macam satu kenikmatan, makan tapi nanti akan rasa tersekat, sbb nak muntah punya pasal. tapi digagahi jugak sebab nanti akan jadi lagi parah macam haritu.

ye skrg mungkin saya sudah menjadi seorang pesakit yg ade masalah makan. sbb nye.. Allah je yg tahu. walaupun saye sedar, saya ni jenis yg tak jaga makan sgt (lately). macam2 ujian kesihatan saya trima semester ini. yang pastinya semua berkaitan dgn perut, makanan, dan sakit kepala. Allah saja yg tahu.. pastinya anda harus mensyukuri nikmat2 Allah ini. kerana nanti baru kau tahu........

wah sudah lama


sudah berhabuk kot blog ni... mari polish!!!

mintak maaf ye cik2 yg mengikuti blog yg bosan inih!

Iklan raya Petronas 2008

http://www.petronasgreetings.com/hariraya2008/index.asp

Post kali ini bukan lah bertujuan utk mempromote Petronas

Hmm.tapi, satu persoalan yg bermain di minda saya,sukakah anda kpd iklan2 Petronas? Anda semua mesti teruja setiap kalai ada event2, Petronas pasti tak lepas peluang utk memproduce iklan..
Heh

Kalau saye, setiap kali ada perayaan atau event2 besar di Negara kita.. pasti tertunggu2 dgn iklan tahun tu.. especially kalau raya.. dan setiap kali, mesti saya jatuh cinta pnya la kat iklan2 dia.. sebab penghayatan terhadap iklan2 Petronas pasti menjanjikan 1001 macam pengajaran yang membuatkan kita terfikir sejenak. Dan tak cukup dgn tu je, ianya mampu buat kita ‘tersentak’ dgn habit2 yang wujud dlm diri kita tp kita sendiri tak sedar…

Raya yang lepas(walaupun dah terlambat sgt) iklan yg disiarkan adalah berkisahkan seorang anak lelaki bersama ibunya.

Man yakni pemuda yang bekerja, masih muda.. pada pandangan saya, dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan dlm golongan yang baik2 belaka;

1)Berpelajaran
Bleh Nampak la sbb dia kan seorang yg bekerjaya. Dan pandai la nak guna teknologi2 tinggi ni.. dari segi kerja, maybe pakcik ni seorang engineer atau architect atau yg sewaktu dgnnya. Pekerjaan yg hot buat zaman ni, semua org nak jadi engineer, tak semestinya nak jadi doctor je macam zaman dulu. Ye la, org kate, kerje engineer pun kaye ape.. hah, tak penting pun psl kerja engineer ni ape aku bebel byk sgt


2) Rajin dan dedikasi dalam kerja
Rajin pnya pasal, kerja2 project dia pun sanggup bawak balik rumah, sbb nak siapkan.. patutnya kalau kita ni jenis sibuk,bila dapat balik kmpung, mesti nak lepas kan rindu abes2san pada mak, pada suasana kampong yg jauh dari hiruk pikuk kota.. (this is personally point of view from a citizen).. dan ade lagi dia sanggup tu utk bermalam di hotel pekan semata2 utk online.

3) hormat orang tua
sesibuk mana pun mamat ni, Alhamdulillah, dia tetap lagi hormat akan orang tua dia.. walaupun dia ada project besar kat Pahang, tp dia still jugak singgah dkt rumah mak dia.
Masa menginap kat hotel pun, bila seorang pak cik tua ni tegur dia, dia sapa balik pakcik tu dengan sopan santun

4) Anak yang kurang ekspresikan kasih sayang
Erm..memang ramai anak2 muda zaman sekarang yang kurang mengekspresikan rasa sayang. Kurang ucapkan ‘saya sayang ibu’ pada mak masing2. jelas sangat masa lelaki ni peluk mak dia dan cakap sayang, mak dia pelik sangat kat anak dia ni. Siap boleh Tanya lagi sama ada anak dia ni ok ke tak.

Erm.. pasal watak ibu, bagi saya watak ibu ni adalah watak yang menggambarkan sedikit sebanyak ibu-ibu pada zaman ini.

1) ibu yang tinggal di kampong keseorangan dan hidup serba sederhana. Asalkan makan pakai dah cukup, kerja takat menjahit dah boleh sara hidup. Waktu malam dihabiskan dengan aktiviti keramaian sebelum pulang ke rumah untuk berehat.

2) ibu yang dalam kehairanan kalau anak nya boleh pulang ke rumah walaupun sibuk. Kita boleh tengok masa si ibu ni terkejut bila tiba2 anak dia ada kat depan pintu lepas anak dia dah pergi ke pekan.

3) Ibu yang sanggup berkorban untuk anak. Si ibu siap offer bilik depan untuk anak dia dapat tidur dgn selesa. Sebab si ibu ni gunakan bilik belakang yg biasa digunakan oleh anaknya untuk dibuat sebagai ruang kerja menjahit. Dan ibu ini pun tabah bila anak dia kata nak pegi tido kat pekan. Dia sanggup je lepaskan anak dia yg jarang dia jumpa tu supaya anak dia boleh siapkan kerja.


Kesimpulan

1) Kalau direnung2kan, kita sebagai anak ni, kalau sibuk2 pun luangkan lah masa supaya ibu dan ayah kita tak terasa sunyi sangat di kampong. Terutama masa hari perayaan. Yang muda disayangi, yang tua dihargai.

2) Sesusah mana pun kita dalam pekerjaan, tak payah la kita tunjuk kat mak kita time kita nak luangkan masa dgn dia. Bab ni pun saya slalu jugak terbuat kat depan mak. Kesian mak kita. Bila dh tgk anak dia sibuk, mesti dia akan berkorban punya. Biasalah mak kita. Kalau kita tak mintak, mak kita mesti berkorban punyalah. Asalkan anak dia dapat senang… pelikkan kasih ibu… hmmm marilah kita sama2 renungkan. Peringatan buat saya, adikberadik saya dan rakan2 sekalian…

p/s: saya sayang mama!