Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

light

kenape saye namekan blog ni "the-light-of-my-life"??
well, it's the direct meaning of my own name... -nurhayati which also means 'cahaya hidupku' dlm bahasa melayu ye...
hmmm saje nak merepek kali ni..
saye tulis sajak utk pertama kali..heheh...

cahaya hidupku.. Islam..
tetapi diri ini, adakah sudah cukup kau gapai cahaya itu?
atau kau masih terkapai2 sendirian dalam gelap pekat yang resah?
sesat dalam jiwa yang tandus
tidak mengenal erti sabar dan istiqamah
aku takut di 'benci' olehNya
di buang tanpa dilihat ketika pengadilan yang terakhir
aku takut
jadi aku takut
namun siapa yg akan menggapai tgn ku?
bantulah aku
tolonglah aku
bilamana aku tersesat sendiri
dengan kemahuan ku
wahai kawanku
bantulah
wahai jiwa, basahlah!

Siapakah Allah bg kita?

Allah.. tuhan.. rabb.. ilah

ya itu semua makna yg sewaktu dan yg menggambarkan rabb...

Dia sgt kaya dgn nama2.. 99 nama menggambarkan sifat2nya..

tetapi.. adakah dgn 99 nama itu, kita sudah berjaya mengenal rabb kita?

tepuk lah dada tnya lah iman

adakah kita hnya berdoa kpdNya apabila kita dilanda kesusahan?

atau adakah bg kita, Allah itu adalah tempat kita mengadu?

atau adakah bg kita, Allah itu adalah segala2nya shggakn kalau dunia ini mencela kita, mengasingkan kita, ttp kita sudah cukup dgn adanya Allah bersama kita?

tak kira di kala kau sedih, gembira mahupun merasa malang.. Allah sentiasa ada.. cuma bgaimana kita mengganggap Allah dlm hati kita, itu lah tahap keimanan kita...

wallahualam

takdir

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak meyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (Al-Hadid: 22-23)

Aku terbacakan ayat Allah dan harus aku kaitkan dengan maksud yang dapat aku fahami dari ayat ini. Aku bukanlah mahu menafsirkan kerana aku bukan ahli tafsir masakan bahasa arab aku pun masih lagi tercungap-cungap untuk dipelajari. Namun sepotong ayat ini mudah dan sangat amatlah straight forward untuk difahamkan oleh hamba-hamba Allah. Semoga Allah mudahkan bagi kita untuk mendalaminya lagi insyaAllah.

Terus terang aku katakan, setelah terbaca ayat ini, aku terus teringat, akan takdir kita yang telah ditentukan oleh Allat s.w.t. Allah telah terangkan dalam ayat ini, bahawa segala yang terjadi sama ada di atas muka bumi ini atau yang terjadi kepada diri kita sendiri adalah ketentuan Allah yang telah ditentukan sebelum wujudnya kejadian itu. Dan tujuannya?

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.” (57:23)

Supaya kita tidak terlalu ‘down’ dgn kejadian yg kurang senang atau tidak terlalu ‘hepi’ dgn kejayan yg dimiliki. bukanlah dimaksudkan smpai kita tak boleh nak berasa apa2, cumanya kita perlu lah beringat2, segala yang terjadi itu adalah kerana Dia yang tentukan. Kita kaya sebab Allah yg bagi kita kaya. Kita lulus exam, sebab memag dah ditentukan bahawa kita akan lulus exam. Kita x dapat duit belanja untuk bulan ini, sbab Allah dah tentukan rezeki kita untuk bulan ini setakat yang kita dapat aje.

Semua ini kita patut ingat, agar kita tak buat dosa dan lupa pada pencipta kita. Ye lah, kan kalau kita Berjaya, mula la nak ada perasaan riak2 skit, takbur skit, bangga diri dan start nak perasan kita dapat A dalam exam sebab kita berdisiplin, rajin dan tekun dalam kerja kita.. TAK! Itu bukan sebab utama kenapa kita dapat. Dan kadang kadang, kalau kita rajin, tekun, disiplin… tapi keputusan exam tak berapa baik pun. Sebabnya? Sebab Allah dah tentukan rezeki kita! Sebab Dia nak bagi macam tu dan macam ni.. tiada sebab lain.

Saya tahu, kadang2 susah betul kita nak beringat2. terutama skali bila kita dapat benda2 baik dalam hidup ni. Senang betul nak lupa diri tapi time kita dapat benda2 buruk, time tu lah baru kita nak tersedar. Baru nak mintak tolong kat Allah supaya kuatkan hati ni agar dapat teruskan hidup. Time tulah baru nak lempar tikar sejadah. Time tu lah nak banyakkan bacaan al-quran. Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah dan pengampun. Dan kita harusnya bersyukur apabila dilanda musibah sebab masa tu Allah nak bagi kita ingat kat Dia.

Jadi, sama2 lah kita muhasabah diri. Sama ada kita dilanda musibah mahupun dihujani dengan kebaikan atau kesenangan dunia, haruslah kita ingatkan Allah.

Kerana....

“Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (Al-Hadid: 23)

Wallahua’lam

kejutan sbg ujian

malam tadi, smbil sibuk dgn plotting graph..tibe2 kwn sekolah tegur melalui ym..
mule2 ditnye, sibuk ke tak, kalau tak nak bgtau sesuatu atau tnye sesuatu(hmm..)
mase tu dh boleh agak dh ape yg bakal die nak kate...
tak bpe lame lepas tu, sah la sangkaan diri ini..
ditnya nak turut serta ke tak

dijwab dgn penuh berdebar, "tak nak"
ini lah saat iman kita diuji, dgn perkara2 masa dulu, yg kita simpan dlm kotak memori lama..
ini lah aku, aku telah berjumpa jalanNya, dan mahu tsabat di jalanNya, tp wahai rakan, tak semudah itu.. aku perlu berkorban utkNya, utk keredhaanNya.. dgn menytujui pelawaan kamu itu bermakna aku telah terjun ke dalam kancah yg Dia tak kan pernah redha..
ikhtilat zero..insyaAllah...

result dah keluar dan nak stat dah 2nd sem

huh.. rase cam tak caye je...
aku rase cuti kali ni... aku kurang produktif.. byk yg aku kena perbaiki lagi... karat2 pon maseh ade lagi... astaghfirullah... environment kurg membantu.. sedeh jugak.. ya Allah, pimpinlah hati ini.. tetapkan aku di jalanMu...
aku redha dgn Mu.. ampuni lah aku.. terima lah aku...

result dah keluar dan nak stat dah 2nd sem

ni bukan dah sekian lama tak update blog nih..
ni macam dah biar berhantu aje.. ehehe...
ntah la
aku rase dah nak delete aje blog ni..
lenkali la
antara edit atau delete...
blog frenster tu konfem aku rase nak biar aje..

heh mintak maaf la rase bahasa ni kasar sgt...