Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

deep down in my heart

saya jarang mengekspresi rasa sayang pada mama. melihat blog2 rakan2 lain yg membuat postings khas utk ibu mereka, saya sedar saya memang sangat jarang mangucapkan 'saya sayang mama' kpd mama saya sendiri.. because I believe "actions speak louder than words" (maaf cik auni, saye curi ayat awak...:p)

saya tujukan lagu ini khas buat mama;

Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]

membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih

aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala

aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih

p/s: walaupun saya tau mama saya tak bace pown

cerita tentang masa lalu

Wah wah wah! curi title blog seorang rakan.. credit kpd teman itu, nak tahu kena cari sendiri di link ini

sesudah selesai lunch, duduk sambil minum2 menemani rakan yg pada mulanya keseorangan. kemudian, disertai lg dua sahabat. walaupun kami kurg rapat, tetapi kami tetap mesra! hehe... itulah indahnye mempunyai ramai sahabat.. kamu tidak akan keseorangan

berbalik kpd kisah saya, huhu... disebabkan beg pack saye harus diganti dgn yg baru, sy bertukar kpd beg lama yg jarang dipakai. tetapi beg ini pun tak kurang hebatnya, ada badge2 pulak tue..

hmm.. sambil minum2 sambil tangan gatal meraba badge2. antaranya badge Seratas Windorc 2005. sempat menunjukkan pada rakan yg sedang lahap meratah santapan tengaharinye..

"eh badge ape tu? menarik2...tengok"

"badge lame time sekolah2 dulu."

"eh ko dulu join orchestra ke?"

"haah"

"ye ke? ko main ape"

"clarinet"

wah.. ape lagi.. cik yatie pun rancak menerangkan pelbagai alat2an muzik yg diketahuinye.. serta sedikit sebyk ilmu2 musik yg pernah dipraktik satu ketika dahulu. jgn men2, don't judge a book by its cover. I do know a bit stuff about music here and there, including how to play and theory part. practically how the sound should be play in an open area or confined area.. eventhough, i still admit my knowledge is not as advanced as others. (tak nak ckp besar kang kantoi salah)

tambah pulak ada salah seorang rakan itu dari STF.. wuhu.. paham2 je la(bagi yg dpt memahami.. bg yg tak, tanyela kalau rajin :p)

tibe2, rakan yg kurang mendengar mencelah (note that there is three persons with me at that time)

"eh dulu ko masuk band? time sekolah?"

"haah la.. dah abeh citer dah ni, baru perasan.. amboi khusyuknye makan"

"abis tu dulu ko pakai tudung labuh ke"

then, bagaimana saye menjawab tu.. terpulang pada saye lah.. bg yg tahu, tahu, bg yg tidak, check it out... (ade ke pulak..buat tensen je bace kan kan?)

hanya berkongsi cetusan hati..walaupun ianya kisah yg singkat, tetapi memberi kesan di hati ini. hanya Allah yg tahu bagaimana perasaan saya. saya tidak akan pernah menyesal atas perkara yg sudah lalu. as it was destined, and I am grateful not regretful. Although some might think I that I should, but thats how Allah's decision on how He wants me as what I am.. He creates me (wow dat really makes me think I am special)

segala yg berlaku pasti ada hikmahnya. " tetapi hikmah itu adalah sesuatu hikmah yg ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kpd pandangan manusia yg singkat"(Saiq Qutb, Fizilalil Quran)

"Dan tidaklah kamu mengkehendaki kecuali bila dikehendaki oleh Allah" (Al-insan:30)

p/s: itu tak termasuk kata2 orang bila mereka membelek album gmbar saya mase muda. heeee

Virus H1N1- tanda2 kebesaran Tuhanku

Baru2 ini, Malaysia telah menerima dua kes (disahkan setakat 16 Mei 2009) H1N1 yg dipercayai berasal dari Negara “bertuah” US ….


salah Khinzir atau manusia???

astagfirullah.. saya bukan lah ingin menunding jari kepada mana2 pihak, jauh skali ingin menyalahkan sesiapa. hanya ingin berkongsi pendapat supaya kita lebih BERAKAL.

Kata2 Director General WHO, Margaret Chan “Pork can be eaten safely if cooked properly. There’s no reason why people who love to eat pork should stop eating now: please continue, with due precautions and cook it well." (dipetik dari ScienceDaily News) membuatkan saya terfikir….


Sikap paranoid manusia

Sikap paranoid manusia yg tak kenal tempat. Sbg seorng student yg mempelajari microbiology di sekolahnye.. saye juga menjadi paranoid, apabila memikirkan virus influenza boleh saja merebak dgn duduk beberapa kilometer dari org yg dijangkiti. Even if the person sneezes in a confined area, all of the people (particularly on a public transport) would have the possibility to be infected. Trust me.. to be paranoid towards pigs are not the case people!! Its about you and your hygiene. Please mind your attitude towards pigs, okay?

I am not defending pigs cause I’m a pork-eater. I’m a muslim and practically a mUSLIM

Even during my old days (haven’t understand the beauty of islam trutfully by heart), I was not even dare to eat a bite of it!.. kebiasaanya sebb saya ada mentality “geli”.. jadi keep that in questions people.. sila baca seterusnya lagi…


Astagfirullah..


Tapi apakah kata-kata Tuhanku yg telah turun melalui Muhammad s.a.w beribu2 tahun dahulu?


“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging babi dan apa yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah……” (2:173 dan juga diulang semula dlm 16:115)


“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi…” (5:3)


MasyaAllah.. Tuhanku mengulang2 perintahnya mengenai larangan memakan daging khinzir. Tapi mengapa???? Mari baca seterusnya…


“Katakanlah: "Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(6:145)


Allah telah menerangkan dlm firmanNya… daging khinzir itu kotor. Kotor yg subjektif.. namun ramai yg mengetahui fakta2 berkenaan bagaimana haiwan ini makan hidup dan fakta2 bacteria dan virus yg thermophile or hyperthermophile(boleh tahan suhu tahap tinggi punya)… tetapi, manusia yg punya akal juga tidak mahu memahaminya…


See, God already knows this cause He is the one who creates everything.. subhanallah…


But virus H1N1 is a typical influenza A strain, only it is a mutated version!


Yes, I know dat too. Even my lecturer clarified this in class.… but read this (http://www.sciencedaily.com/releases/2009/04/090427155739.htm). It is a typical influenza virus. But, usually it only infects pigs. Now, cases of transmittance between pigs-human and human-human are already reported.


Manusia vs Khinzir


khinzir dan manusia. dua-duanya adalah makhluk ciptaan Tuhan. ya, bg yg mempercayai kewujudan Tuhan, kenyataan saya tidak ada yg akan berani membantah bukan? saya percaya anda semua bukanlah pro-Darwinism yg 'membingungkan' dan nonsense itu!

so, ada apa dgn ciptaan Tuhan ini?

manusia yg telah dicipta bersamanya akal, tidak ada pada mana2 makhluk lain. haiwan yg diciptakan oleh Allah azzawajalla hanya memiliki naluri (instinct). tiada lah pula mereka dipilih oleh Allah utk menjadi khalifah di atas muka bumi ini, malahan perlu pula dipelihara kemaslahatan nya oleh manusia yg telah diangkat martabatnya menjadi khalifah di ats muka bumi ini....

" Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).” (27:62)


“Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi…” (35:39)


Kamu, kamu dan termasuklah saya, kita adalah manusia. Kita telah diberi martabat tinggi, yakni sbg khalifah yg mempunyai akal. Allah s.w.t telah mencipta manusia, juga Dialah yg mencipta khinzir. Namun, Allah Maha Berkuasa, segala hikmah kejadian itu ada padanya. Tetapi persoalannya, kita yg diberi akal ini, masih mahu menjatuhkan martabat akal kita, dan menyalahkan kekotoran khinzir tersebut? Manusia yg masih sombong dan angkuh melupakan sikap2 nya yg dungu terus bersikap prejudis terhadap mahkluk ini..


credit to iStockphoto(dicilok dari ScienceDaily News)


Tidak dinafikan kita sgt byk ilmu, macam2 teknologi kita bleh cipta. Antivirals pun kita mampu cari. Tetapi, lihatlah.. setelah byk health measure diambil sprt mengawal kemasukan people at borders, virus ini tetap dpt menyelit masuk (kesian pakcik dr US tu, jgn risau saya tidak salahkan anda)


Saya akhiri post kali ini dgn


“Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia.” (36: 82)

wah sudah lama


sudah berhabuk kot blog ni... mari polish!!!

mintak maaf ye cik2 yg mengikuti blog yg bosan inih!

kekeliruan kalimah atau aqidah?

malam ini siaran tv tempatan menyiarkan forum yg membahaskan sama ada wajar atau tidak penggunaan kalimah Allah dibenarkan di kalangan penganut agama kristian. persoalan yang dianggap sensitif bagi sebilangan umat islam di malaysia.

saya berpendapat bahawa isu ini yg telah lama dibincangkan. terkadang berase penat pulak bila asyek2 isu ni. saya pulak terfikir, adakah wajar isu ini dibincangkan terlalu lama dan terlalu detail? Pada mulanya timbul isu ini, saya juga agak risau. Tetapi sebenarnya terlindung suatu hikmah di sebalik penggunaan kalimah ini. Percayalah....

sebenarnya, Alhamdulillah... umat islam di malaysia nampaknya peka dgn isu2 berkaitan aqidah. Alhamdulillah.. kerana mereka risaukan generasi akan datang bakal keliru dgn agama ini.

Saya rasa ramai di antara kita, antara ingat ataupun tidak, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., orang-orang bukan Islam juga merujuk perkataan Allah sbg Tuhan mereka. Mereka tidak mengesakan Tuhan, walhal penyembahan berhala secara berleluasa adalah suatu situasi masyarakat Arab ketika itu. Dan wajar juga saya peringatkan warga pembaca semua, yang kebanyakan masyarakat Arab ketika itu masih berpegang kepada kewujudan Tuhan yang perlu ditauhidkan kesan daripada ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. buktinya, mereka masih mengerjakan haji dan mengganggap Kaabah adalah tempat suci bagi orang yang percaya kepada Allah. Sila rujuk teks di bawah;

"" Kebanyakan orang Arab menyahut seruan Nabi Ismail a.s. ketika baginda mengajak mereka kepada agama Islam. Mereka menyembah Allah dan mengesakan-Nya serta mengamalkannya ajaran agamaNya. Setelah berlalu masa yang panjang mereka mulai lupa sebahagian dari ajaran-ajaran itu.

Namun mereka masih tetap berpegang teguh dengan akidah tauhid dan beberapa syiar agama Nabi Ibrahim sehinggalah tiba zaman Amru’ bin Luhay iaitu pemimpin Bani Khuza’ah. Amru’ bin Luhay terkenal sebagai seorang yang banyak melakukan kebaikan, bersedekah dan amat memelihara hal-hal agama. Dengan keperibadiannya itu, dia disayangi oleh manusia dan mereka mematuhinya kerana menyangka bahawa dia adalah ulama besar dan wakil termulia."

Petikan dari kitab Ar-rahiq al-makhtum karangan Safiyy ur Rahman al mubarakfuri

Setelah Rasulullah diutuskan, wahyu2 Allah utk disampaikan sebagai peringatan kepda kita umat Nabi Muhammad s.a.w.(yakni semua yang hidup di atas muka bumi ini setelah nabi diutus), adalah sebagai penjelasan yakni Allah yang hanya layak disembah.

Allah juga menegaskan kepada kita semua dalam surah al-Ikhlas bahawa Dia tidak memperanakkan dan juga tidak diperanakkan.

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
(surah ke-112;al-Ikhlas; 1-4)

Say: He is Allah, the One! (1) Allah, the eternally Besought of all! (2) He begetteth not nor was begotten. (3) And there is none comparable unto Him. (4)

(Chapter 112; al-Ikhlas)
Ini adalah satu usaha untuk membersihkan semula anggapan dan kesesatan umat2 yang telah memecahbelahkan dan memesongkan ajaran Nabi Isa a.s.

Apa jadi kalau kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam?

Jikalau kita mengharamkan semua orang menganggap Tuhan itu Allah, ianya sama seperti menganggap bahawa Tuhan untuk orang Islam sahaja ialah Allah, tetapi Tuhan bagi orang lain bukan Allah. Ianya seperti menganggap bahawa Tuhan orang islam sahaja Allah, tetapi Tuhan agama-agama lain bukan Allah. Habis tu ada Tuhan lain ke? TIDAKKKKK!!!

Kita perlu ingat Tuhan hanya satu, dan Allah adalah Tuhan kepada setiap makhluk.

Macam mana dengan anak-anak kita nanti?

Kita risau akan generasi masa hadapan akan keliru dengan agama-agama yang menggunakan perkataan Allah sebagai Tuhan yang sama lantas terus beranggapan bahawa semua agama adalah sama. Satu jalan penyelesaian kepada ini adalah dengan mendidik anak dari kecil bahawa Tuhan adalah satu. Bukan tiga, dan bukan pula disembah dengan perantaraan.

Dengan tertanamnya aqidah yang kuat yakni kepercayaan kepada Tuhan hanya ada satu dan bukan dua atau tiga, tidak beranak dan tidak diperanakkan sudah tentu mana-mana individu sudah pasti dengan perbezaan kepercayaan agama-agama yang berlainan. Tekanlah perkara ini dari kecil dan dalam masa yang lama, sebab Allah juga yang menurunkan wahyu berkisarkan aqidah dan pentauhidan Allah semata-mata semasa peringkat awal penurunan wahyu di Mekah. Selama 13 tahun di Mekkah, muslim sangat kuat terpahat di jiwa kalimat 'Ahad,Ahad,Ahad'.

Apa hikmah yang disebutkan pada awalnya tadi tu ye?

Hikmahnya, cuba anda fikir, berapa ramai yang menjadi curious, bila terdengar bahawa Kristian dan Islam menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan? Berapa ramai yang akan demand the explanantion between this two religion? Lebih ramai yang berminat untuk tahu siapa Allah sebenarnya bukan?..... Fikir-fikirkan.....

abah

abah kena masuk hospital hari ni.. sebab kena buat test
abah ada hypertension. aritu physical test menunjukkan kemungkinan ada blockage dlm salur jantung(ala arteri tersumbat tu..korang blaja masa sek dulu.)
jadi kami satu family risau (walaupun hangat2 tahi ayam)
tapi beliau adalah abah kami.. ketua keluarga.. kami risau juga.. dalam hati

semoga kesihatan abah dalam lindungan rahmat Ilahi..doakan bersama

saya sayang abah juga

Iklan raya Petronas 2008

http://www.petronasgreetings.com/hariraya2008/index.asp

Post kali ini bukan lah bertujuan utk mempromote Petronas

Hmm.tapi, satu persoalan yg bermain di minda saya,sukakah anda kpd iklan2 Petronas? Anda semua mesti teruja setiap kalai ada event2, Petronas pasti tak lepas peluang utk memproduce iklan..
Heh

Kalau saye, setiap kali ada perayaan atau event2 besar di Negara kita.. pasti tertunggu2 dgn iklan tahun tu.. especially kalau raya.. dan setiap kali, mesti saya jatuh cinta pnya la kat iklan2 dia.. sebab penghayatan terhadap iklan2 Petronas pasti menjanjikan 1001 macam pengajaran yang membuatkan kita terfikir sejenak. Dan tak cukup dgn tu je, ianya mampu buat kita ‘tersentak’ dgn habit2 yang wujud dlm diri kita tp kita sendiri tak sedar…

Raya yang lepas(walaupun dah terlambat sgt) iklan yg disiarkan adalah berkisahkan seorang anak lelaki bersama ibunya.

Man yakni pemuda yang bekerja, masih muda.. pada pandangan saya, dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan dlm golongan yang baik2 belaka;

1)Berpelajaran
Bleh Nampak la sbb dia kan seorang yg bekerjaya. Dan pandai la nak guna teknologi2 tinggi ni.. dari segi kerja, maybe pakcik ni seorang engineer atau architect atau yg sewaktu dgnnya. Pekerjaan yg hot buat zaman ni, semua org nak jadi engineer, tak semestinya nak jadi doctor je macam zaman dulu. Ye la, org kate, kerje engineer pun kaye ape.. hah, tak penting pun psl kerja engineer ni ape aku bebel byk sgt


2) Rajin dan dedikasi dalam kerja
Rajin pnya pasal, kerja2 project dia pun sanggup bawak balik rumah, sbb nak siapkan.. patutnya kalau kita ni jenis sibuk,bila dapat balik kmpung, mesti nak lepas kan rindu abes2san pada mak, pada suasana kampong yg jauh dari hiruk pikuk kota.. (this is personally point of view from a citizen).. dan ade lagi dia sanggup tu utk bermalam di hotel pekan semata2 utk online.

3) hormat orang tua
sesibuk mana pun mamat ni, Alhamdulillah, dia tetap lagi hormat akan orang tua dia.. walaupun dia ada project besar kat Pahang, tp dia still jugak singgah dkt rumah mak dia.
Masa menginap kat hotel pun, bila seorang pak cik tua ni tegur dia, dia sapa balik pakcik tu dengan sopan santun

4) Anak yang kurang ekspresikan kasih sayang
Erm..memang ramai anak2 muda zaman sekarang yang kurang mengekspresikan rasa sayang. Kurang ucapkan ‘saya sayang ibu’ pada mak masing2. jelas sangat masa lelaki ni peluk mak dia dan cakap sayang, mak dia pelik sangat kat anak dia ni. Siap boleh Tanya lagi sama ada anak dia ni ok ke tak.

Erm.. pasal watak ibu, bagi saya watak ibu ni adalah watak yang menggambarkan sedikit sebanyak ibu-ibu pada zaman ini.

1) ibu yang tinggal di kampong keseorangan dan hidup serba sederhana. Asalkan makan pakai dah cukup, kerja takat menjahit dah boleh sara hidup. Waktu malam dihabiskan dengan aktiviti keramaian sebelum pulang ke rumah untuk berehat.

2) ibu yang dalam kehairanan kalau anak nya boleh pulang ke rumah walaupun sibuk. Kita boleh tengok masa si ibu ni terkejut bila tiba2 anak dia ada kat depan pintu lepas anak dia dah pergi ke pekan.

3) Ibu yang sanggup berkorban untuk anak. Si ibu siap offer bilik depan untuk anak dia dapat tidur dgn selesa. Sebab si ibu ni gunakan bilik belakang yg biasa digunakan oleh anaknya untuk dibuat sebagai ruang kerja menjahit. Dan ibu ini pun tabah bila anak dia kata nak pegi tido kat pekan. Dia sanggup je lepaskan anak dia yg jarang dia jumpa tu supaya anak dia boleh siapkan kerja.


Kesimpulan

1) Kalau direnung2kan, kita sebagai anak ni, kalau sibuk2 pun luangkan lah masa supaya ibu dan ayah kita tak terasa sunyi sangat di kampong. Terutama masa hari perayaan. Yang muda disayangi, yang tua dihargai.

2) Sesusah mana pun kita dalam pekerjaan, tak payah la kita tunjuk kat mak kita time kita nak luangkan masa dgn dia. Bab ni pun saya slalu jugak terbuat kat depan mak. Kesian mak kita. Bila dh tgk anak dia sibuk, mesti dia akan berkorban punya. Biasalah mak kita. Kalau kita tak mintak, mak kita mesti berkorban punyalah. Asalkan anak dia dapat senang… pelikkan kasih ibu… hmmm marilah kita sama2 renungkan. Peringatan buat saya, adikberadik saya dan rakan2 sekalian…

p/s: saya sayang mama!