Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

rindu

saya tahu saya tak perlu ada perasaan mcm ni. saya rindu pada seseorang yg tak patut saya rindu. seorang kawan biasa zaman muda2 kat sekolah dulu. zaman tak matang. zaman tak kenal dunia. tak faham semua lagi. zaman dlm kealpaan semata.
tapi saya tak nafikan, saya tetap menghargai beliau sbg seorang kawan. kawan saja okay, bukan sahabat. ada makna yg berbeza di situ bg saya.

tipu kalau saya kata saya tak rindu dia. byk benda kami kongsi bersama. walaupun perihal benda2 remeh dan tak matang, tapi dia adalah sesuatu bg saya. kami baik sekejap. tak lama. tapi kesan nya mendalam bg saya. dia mungkin bukan yg istimewa, tapi dia ada yg istimewa,lain dr yg lain.

tak semua benda saya kongsi dgn dia. apatah lagi perihal masalah hati. jarang kami berbicara soal hati dan perasaan.. biasanya basa basi saja. kalau saya marah dia lambat nak faham, tapi bila dah tahu saya marah dia cepat2 fahamkan. dia mintak maaf balik dan tak nak saya marah lagi sebab dia.

pernah dia tak berterus terang dgn saya tentang sesuatu. berkaitan saya, dia dan dia yg lagi satu. waktu tu saya paksa jugak dia bagitahu, sbb dua2 ini bermakna bg saya(at least waktu tu lah). lepas dia dah terus terang, nak gelap dunia saya ni. rasa nak pecah dada. sbb kebenaran itu menyakitkan. saya serik. saya bawa hati jauh2. lama kami tak bercakap. dan lama juga si dia yg lagi satu tu nak mintak maaf pd saya balik. tapi lama2 hati saya dpt terima balik. sb dia kawan saya. tak lebih dari tu. sbb tu boleh ok balik kan.

lepas tu, macam2 dia kongsi. rasa sedih, rasa nak putus asa, rasa rendah diri, rasa nak cabut lari, rasa tak boleh nak teruskan, macam2lah rasa. satu demi satu saya tolong. kata dia, saya member kamceng dia. hah.. 'ye lah tu' kata saya masa tu. saya tak faham pun masa tu memang saya kamceng bagi dia.

sebut pasal dia, sebenarnya ramai yg tak suka. dulu masa saya tak kenal dia pun saya tau ada benda2 tak elok berkaitan dgn dia. tapi tak ada sapa pun yg sempurna. jadi saya hnya terima kekurangan dia dan continue kawan macam biasa.

lepas dah habis sekolah pun saya masih lagi berkawan dgn dia. ada perkara saya nasihat dia, ada perkara saya mintak tolong dan pendapat dari dia. kami tak rapat pun. tapi sekadar kawan tahu menahu perihal masing2.

lama2 byk benda jadi kat dia. tapi dia steady aje. hahah. ye lah tu. lepas tu ada satu kejadian. saya marah kan dia. masa tu saya tak pernah marahkan sesiapa seteruk tu. rasa nak pecah dada tahan marah. tapi masa tu dia pun rasa bersalah. lama jugak saya tak ckp dgn dia. lepas tu saya marah dia sampai saya puas hati. baru saya dpt terima maaf dari dia. sebab saya tak nak dia tahu semua rahsia saya. bg saya, sapalah dia nak tahu pasal semua benda. btul tak?

lepas tu kami lost contact. lama dah tak dgr berita. sekali sekala je. basas basi benda yg sama jugak. kadang2 saya bosan layan cerita dia. buat2 layan je lah. tapi lama2 tak sangka jadi benda serius pulak kat dia. kesian... tapi saya kata kt dia. kena teruskan hidup jugak. tak kan sb kekasih hati nak sia2kan hidup...

tup tup dah lama tak dgr kabar, dah kat tempat jauh dah dia.. kami pun dah byk berubah. hah.. at least saya tau diri saya yg dah berubah. dia? ntah... tak byk yg saya tahu. entah bahagia entah sedih. entah baik entah jahat. dia yg lagi satu pun ntah macam mana kenapa apa dia pun saya dah tak tahu...

sekali sekala nmpak kat facebook atau fster.. haih.. tipu kalau saya kata jauh dalam lubuk hati ni ada rasa rindu kat dia dan dia satu lagi... tapi bukan rindu sampai nak kan semula persahabatan tu. tapi rindu dgn kenangn lama. hah tu lah.. kenangan lama je. bukan nak hidopkan balek zaman tu.

semua benda ada batasan... dan semua atas dunia ni sementara je. jadikan yg sementara itu sekejap, kerana ianya bukan utk selamanya.

yes i miss u guys but not as crazily as i am.. hahah. sorry i am just the way i am. kalau jumpa balik korang ntah macam mana la yek rasa nya.

ramadhan

Alhamdulilah, Subhanallah..Allahuakbar

Ramadhan dah tiba! bulan yg dinanti2kan bagi semua umat islam sedunia yg mengharapkan penyucian dari Tuhan. wahh.. pejam celik dah nak puasa. malam ni sudah boleh terawih. bulan yg aku tunggu2. bulan madrasah ibadah dzatiyah. insyaAllah.

mari2 kita masuk ke dalam madrasah dgn harapan keluar dari bulan madrasah ini dgn iman dan taqwa..

Yaayuhallazina amanu, kutiba alaikumussiyamkama kutiba alallazina minqablikum la'allakum tattaqunnn....

"Wahai orang2 yg beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa" (2:183)

perintah Allah untuk menjadi sgt pemaaf...

Bismillahirahmanirahim

"Katakanlah kepada orang-orang yg beriman, hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak takut akan hari-hari Allah, kerana Dia akan membalas suatu kaum sesuai dgn apa yang mereka kerjakan. Barangsiapa menerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri, dan barang siapa yang melakukan kejahatan, maka itu akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kapda Tuhanmu kamu dikembalikan" (45: 14-15)

Allah hua'lam

laptop

laptop ku yg telah dibawa ke kedai tapi masa kat kedai tadi dia ok plak. malu la kat pak cik cina tadi tu. tibe2 je xde masalah. haih... pastu bawak la balik ke rumah. bila smpai rumah, try la on balik laptop. tgk2 jadi balik problem aritu. aisssshhhh... patut pakcik tu tgk kat rumah je laptop nihhhhh.. huhu.. xpelah nak wat cane. bukan rezeki kiteeee

persoalan yg remaja sgt sukaaaaaa

cuba teka, apekah agak2nya topik atau persoalan yg remaja2 atau umur2 sebaya muda dgn saya sgt suka utk fikir atau bincang atau sebut atau rasa???

uhuhhh..

cuba anda fikir lagi, dlm byk2 entry yg pernah saya tulis setakat ni, entry mana yg org paling byk komen tentang sesuatu yg bukan pokok pembicaraan entry tu pun... si author 'cerita kita' dan 'warkah musafir' mesti tau punya laaahhh..

hmm.. tadi ukhti telah dgn tulus dan bersifat terbuka menjawab pertanyaan sahabatku perihal mengapa da berkahwin in the first place. perkongsian yg sgt2 membuka mata, walupun diri ini tidak lagi berjaya memahami as if i had had ther real experience, tetapi semua2 itu mungkin berjaya menambahkan lagi keyakinan dalam diri bahawasanya perkahwinan itu hanya akan Allah takdirkan bila kita dah betul2 ready.

setelah habis perbincangan topik itu, teringat pula hadis 20. Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memeliharamu.

bagi jiwa2 yg menginginkan dan berangan2 jauh utk berkahwin kerana Dakwah dan tarbiyyah, persoalannya, adakah sudah habis usaha dalam meng 'all-out'kan diri membuat tugas memelihara Allah? sudah habiskan mensucikan jiwa? lantas, layakkah diri kamu seadanya mengimpikan seorang ikhwah spt yg kau idam2kan itu?

teringat pula kisaha seorang sahabat yg sudah mula berjinak2 dgn alam prkahwinan. adakah jodoh beliau sudah smpai? Allah saja yg tahu. saya hanya mampu berdoa yg terbaik buatnya. semoga Allah mentakdirkan perkahwinan yg membantu tarbiyyah dirinya walaupun saya tak berani menyebut perihal ini di depan beliau... saya sayangkan beliau lillahitaa'la...

teringat kepada entry blog seorang ukhti yg sgt2 bes yg berkait rapat dgn topik ni. bacalah...

p/s: i don't believe I actually wrote about this! saya cuba elak tp tak leh elak lah mak jah oooiiii

kekuatan

Subhanallah walhamdulillah walailahaillahwallahuakbar

kalimah suci yg Rasulullah ajarkan kpd Fatimah dlm dia merasa lemah dan memerlukan kekuatan. Nabi tidak pula memberikan seorang pembantu spt yg diminta anak kesayangannya, tetapi diajari mengucap dan mengamalkan zikrullah yg membina iman dan kekuatan rohani yg dipohon terus dari Alllah.

iya, itulah dia saat kita merasa lemah tak berdaya, hanya kalimah ini menjadi bekal. tatkala hubungan dgn Allah telah goyah dan rapuh, ibadah compang camping, kekuatan pun sudah tiada, iman hanya di tepian. aduhhhh.. jatuh tersungkur..

nauzubillah..

saat merasa keperitan, kesakitan dan kepayahan.. amalkanlah zikrullah ini. kita mungkin bukan golongan yg bijak pandai, kita juga bukan golongan kaya raya, kita lemah dari segi dunia, tp biarlah bekalan rohaniah kita tetap mantap subur kerana kita yakin duniawi itu hanya milik Allah dan hak Dia lah utk bg pada siapa yg Dia mahu....

wallahualam..

p/s:peringatan utk diri sendiri sebenarnya

Usang

Salam to all..

wah saye slalu membiarkan blog saye ni usang dan hanya mengupdatenye bila saya busy? ish ish.. ~DEGIL~

Sekarang dah letak chatBox.. harap berguna sbg tempat utk mengenal author dan readers. make a good use of it!

About few more days to start new semester and I totally forgot about results release in few more days! I just dont know how I performed last semester, but I just keep my hope high and pray for the best whatever it turns out to be..

really have to plan my future right now cause I'm 20 and going to graduates next year. wahhhh.. mesti ramai yg akan kata benda yg sama seperti orang lain kata. yakni "boleh lah ko kahwin awal"
ingat kahwin tu senang ke, just pick and choose pastu kahwin. kahwin bukan macam shopping atau makan okkkayyy....
well, mama cakap yatie tak pas lagi nak kahwin sbb masak sambal udang pun tak pas lagi, ok that's funny. but seriously, kahwin bukan saja perihal memasak.

*wink*

p/s: mengemassss!!!!