Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

tarbiyyah Allah dgn kehidupan

nampaknya, memang saya suka update blog terutama bila rasa sakit hati dan terlalu emosional. Namun, saat ni insyaAllah, semua perasaan tu dah cool down. Dah pun termotivasi dgn pelbagai pengajaran yg Allah nak bagi dalam hidup ini.

Saya begitu teruji dengan ujian di tempat kerja ketika ini. Saya tidak pernah menyangka insan-insan di tempat kerja, yang dulu makan sama-sama, bagi hadiah, gelak ketawa bersama sekarang telah menjadi penyumbang kepada luka-luka dalam hati ini. Peritnya bukan kerana gaji saya masuk lambat, atau laparnya saya mengikat perut akibat tidak berduit. Tetapi kerana orang seperti membalas susu dengan tuba. Menggantikan senyum dengan buat derk. Menconteng perkara-perkara tersirat di laman muka buku, yang akhirnya membuatkan saya faham, duduk perkara sebenar.

Tambah menyakitkan apabila orang yang kita rekemen pada bos turut serta dalam konflik ini. Sakit mengenangkan masa-masa beliau melalui zaman tidak disukai,saya menjadi orang yang cuba sedaya mungkin menjernihkan keadaan dengan menegur sikit demi sikit, share tips2 memenangi hati orang di tempat kerja. Saya berterus terang dgn beliau ketika kami hanya berdua. Tak pernah cuba memalukan beliau. Jadi, bila perkara menyakitkan hati ini berlaku melalui pintu belakang, maka, luka yang parah menjadi parah dan berbisul sebab semuanya berlaku dengan tanpa diduga.

Yang bestnya Si SYAITAN pula pandai meng 'flash back' kembali saat2 indah perkenalan dan mula jatuh cinta dgn kerja saya ketika dulu. Terima kasih kerana menambahkan lagi ke emosional lan saya. Mungkin takat ini, saya berfikir dalam kotak pengalaman saya sahaja. Saya menjadi sakit kerana memikirkan susu telah dibalas tuba, walhal saya tidak pernah menghadiahkan susu. Tuba pula dibalas dengan sindiran di laman muka buku, yang mengatakan ala-ala saya tidak membuat kerja kerana sibuk mencari kerja lain.

Saya sebenarnya menjadi emosional kerana saya selalu dilanda kesedihan. Sedih kerana sudah tidak bergelar secara rasminya pekerja di tempat kerja. Sedih kerana terpaksa pergi kerja, untuk kerja dan mendapat gaji. Pulang lewat ke rumah dan terpaksa stay up utk mencari kerja. Macam zombi kat tempat kerja. Dah lah kurang rehat. Lepas tu sedih. Air mata pula murah sangat. Terpaksa keluar ke tandas beberapa kali, atau ke surau utk mengambil wuduk. Konon2 utk cover yg sendiri ada masalah sendiri.

Rentetan daripada ketidak muntij nya saya di tempat kerja, dan kemungkinan selepas nama saya naik sebagai cadangan diserap sebagai kakitangan tetap, telah timbul satu prasangka yang mengatakan saya mencuri tulang. Mempertikaikan adakah berkat gaji saya kalau saya datang kerja tapi tak buat kerja. Masa mendengar ini semua, saya terkejut. Saya nak je cakap, amboi. Sapa bos ni? Mana dia tau aku tak buat kerja langsung masa pegi kerja. Tu dia.Dia tau ke kenapa aku tak dapat siapkan kerja aku kat tempat kerja. Dia dok guna mesin syok2 sorang2 aku sampai tak dapat nak guna. Dia tau ke ape aku buat kat rumah. Aku bawak balik kerja. Aku tak pernah tunjuk kat orang, eee geramnya... Dan etc etc... anda boleh bayangkan betapa geramnya saya dan marahnya saya pada insan yang pernah menghadiahkan saya pelbagai hadiah.

Ya, saya akui, saya kurang produktif di tempat kerja baru-baru ini. Tetapi itu semua kerana saya stress dgn keadaan diri saya yg tidak stabil ketika itu. Tapi siapa saya utk mengatakan ini semua di depan mereka ini? Eh silap, sepatutnya, siapa mereka ni pada saya utk saya perjelaskan duduk perkara saya di mata mereka ni? Hah, amik ko! Tidak, saya bukan hendak berlaku kejam disitu, saya cuba menyedapkan hati saya, saya cuba pujuk hati saya utk ikhlas menerima teguran daripada Allah ini. saya lebih mementingkan pandangan Allah terhadap saya daripada pandangan mereka yang cetek hati ni. Saya sepatutnya merasa simpati kepada mereka ni sebab mereka hanya fikir kerja untuk hidup dan isi perut. tapi saya fikir saya kerja adalah utk lebih dari itu. Kesian kesian (sambil geleng kepala).....

Saya geram. Saya emo. Ye itulah saya kan kan. Saya rasa semua manusia yang melalui ini akan secara fitrahnya, marah, geram, kecewa dan emo. Sedih. Sedih diperlakukan bukan seperti dulu. Sedih dibuat macam tugu. Aku ni sombong ke diorang yang sombong? Aku ni tak pandai ajar ke? Cara aku tak betul ke? Aku ada buat siapa2 tersinggung ke? Kenapa aku buat baik2, tapi still kena sampai macam ni?

Semua persoalan ni timbul dalam benak hati ini. Kita penat-penat menjaga hubungan dengan manusia, tetapi manusia buat kita macam kita tak pernah berhubung baik dengan mereka. Ya, mungkin aku belum cukup 100% dah membina hubungan itu.

Kemudian aku bermuhasabah....

Adakah aku membina hubungan dengan manusia-manusia di tempat kerja kerana ALLAH? Atau kerana alasan agar senang bermuamalah di tempat kerja sahaja?
Adakah aku merasakan ikhlas dalam segala perbuatan di tempat kerja? Ikhlas kah meng rekemen kan kawan dengan kerja baru? Atau dengan niat, Allah membuka pintu rezeki dgn mudah di lain hari?
Adakah aku ikhlas berbaik dengan senior-senior di tempat kerja? Atau agar aku tidak akan mengulangi kesilapan RA-RA terdahulu?
Adakah aku ikhlas menyiapkan kerja tepat pada waktunya? Atau aku buat ikut sedap aku je, bila dah dapat bos yang lembut, aku dah tak berdisiplin?
Adakah aku betul-betul merasakan diri hamba dan khalifah di tempat kerja? Berfungsikah sebagai daie di tempat kerja?

Apa lagi yang harus aku perbaiki? Ini soalan wajib tanya untuk memperbaiki hari-hari yang mendatang. Senang cakap, untuk jadi lebih tua, dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Senang lah bila kita baca, atau dengar peringatan dalam setiap wasilah tarbiyyah kita. Kita harus sabar, kita harus ikhlas, kita wajib itu, kita wajib ini.... Tapi tarbiyyah Allah adalah yang TERBAIK!!! Perghhh!

Terima Kasih Allah kerana telah membuat satu episod kehidupan yang sangat dramatik, untuk aku bermuhasabah sebelum meninggalkan pekerjaan ini. Aku bersyukur dengan nikmat tarbiyyah yang Engkau beri selama aku hidup ini. Aku telah jatuh cinta dengan nikmat-nikmat ini. Maka, jangan Kau tariknya dariku ya Allah. Aku sangat cinta dengan teguran-teguran direct mu ini. Dan ku berharap agar Kau tidak mematikan aku di saat aku sedang alpa padaMu... amin.... ya Rabb...

Cintaku tertinggal di Jakarta.. ops! Jepang...


Ya cintaku tertinggalkah?
Ahah, tidak. Kuharapkan cintaku bertambah, ya Allah.
Tak pernah pun sempat berasa susah. Aku bersyukur dikurniakan nikmat tarbiyah.
Baru saja nak merasa susah, Kau telah menghantarkan penolong2 buat diriku.
Bermula dgn kaki ku melangkah pulang ke kampung halaman.
Aku tersalah tempat. Ke Pudu,malah bas sebenar di Jalan Duta.
35 minit lewat, namun, bas menungguku. Alhamdulillah.

Terlupa pesanan Kakak A. Nak pass surat utk adik di Nihon(baca: Jepun).
Ada pula sang pengirim surat.
Menjejakkan kaki di nihon saja, si pengirim surat menjadi penunjuk arah.
Juga translator. Juga tukang membeli tiket. MasyaAllah, thumma Alhamdulillah!

Dalam perjalan ziarah ibu saudara, pasrah, haruskah keseorangan ke Tokyo nanti?
Tiba-tiba ada pula yang memang akan turun Tokyo... Subhanallah! ALHAMDULILLAH..

Malahan, tidak pernah sempat aku merasa lelah. Aku sentiasa dihargai.
Ditemani, dilayan... Rezeki pula melimpah ruah.

Aku menitiskan air mata yang sungguh banyak di sana.
Hatiku menjadi besar. Aku tidak susah mencari jawapan.
Aku tahu aku akan pulang dan berkata tidak lagi bersedia buat masa ini.

Ya ALLAH, nikmat cinta ini akan kupahat selamanya...
Buah hati mereka ini semua akan kusemat, simpan kemas-kemas dalam hati.
Dan kotak memori.

Memang ini satu nikmat terbesar yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
Ya memang betul, anda perlu musafir untuk merasai dekatnya dengan Ilahi, melihat kebesaranNya, mengambil sebanyak-banyak pedoman.

InsyaALlah. Panjang umur, aku mahu kesana lagi... Benarkan aku Ya Allah... amin.

Wadah perjuangan dan keikhlasan

Sudah sebulan dah tak update blog. Ini satu kemurkaan. =p

Mari kita hidupkan semula blog ini. Untuk bulan ini, saya akan mulakan dengan satu post yang sedikit blues. Blues pagi dan sedikit kisah sebagai pembuka bicara.

Sesudah kenyang menjamu sarapan, saya melangkah ke surau. Utk menunaikan dhuha sebelum memulakan rutinitas kerja harian. Setelah selesai solat, saya toleh ke belakang utk melihat siapakah juga gerangan yg masuk ke surau. Dalam hati ada terdetik, isk2 sapa la yg datang surau nak tido mcm aku.... Isk2(lintasan syaitonirrajim). astaghfirullahalazim. Rupa-rupanya ada seorang makcik tengah melipat-lipat kain-kain telekung, memilih-milih dan memasukkan ke dalam plastik.

Wah. Inilah rupanya makcik yang menjaga dan me maintain kan kemaslahatan dan kebersihan telekung......

Saya hanya tersenyum dan meng scan rupa makcik tu. Kot kot antara salah satu staff yg saya selalu terserempak kat surau. Nyata bukan. Makcik tersebut hanya berbaju t dan juga membawa hand bag. Pelik. Makcik2 cleaner semua masuk kerja awal2 pagi, dan dah pakai dah baju seragam mereka yg indah. Nyata makcik tu bukan cleaner, bukan juga staff2 institut kaji selidik ubat ni. Hmm.. I wonder.

Wonder, wonder pun... tak berani kot nak pegi tanya makcik tu. Hanya senyuman paling indah je dapat disumbang kat makcik tu (pergh perasan).

Fikir-fikirkan.... mak cik ni sgt ikhlas dan komited dgn sumbangan beliau kepada kemaslahatan org2 muslim dkt tempat kerja. Saya sgt kagum dgn beliau. Rasa nak pi peluk je makcik tu. Sebab dia telah memberi saya satu percikan minda.

Saya lalu merefleksi diri, dan rakan sekeliling. Kami sibuk dok buat dakwah. Sibok cakap pasal usrah. Nak usrah kan dia tu, dia tu. Macam mana nak kasi orang faham islam. Macam-macam.

Setelah beberapa tahun jagung berkecimpung dalam dunia dakwah ni, dan membesar dalam dakwah dan tarbiyah, saya mula faham bahawa dengan jalan ini, setelah faham, harus bekerja untuk memahamkan orang lain pula. Kami yakin dengan cara ini. Biar lambat,asalkan hasilnya berkualiti.

Tapi ada juga yang saya jumpa berfikiran lain. Beliau tidak merasakan jalan ini yang beliau nak pilih. Saya juga kurang pasti apa sebab beliau, saya masih pening-pening lalat. Rasanya dia ni pun dah faham dah. Tapi beliau tak rasa ini jalannya. Mungkin. Noktah.

Muhasabah terbesar bagi saya, saya hanya berserah kepada Allah. Kisah makcik tadi sebenarnya satu tamparan hebat bagi saya. Beliau tidak berpeluang mendapat kefahaman fikrah seperti kami (andaian), tapi beliau cuba berkomitmen dengan sesuatu yang beliau mampu utk lakukan demi menyumbang kepada masyarakat,kepada Allah. Dan sebagai sahamnya di akhirat kelak. Namun, bagi kita, kita yg sudah faham? Kita memegang satu saham yg pulangannya, hanya Allah yg dapat menghitungkan... InsyaALlah, lebih byk sahamnya. Kenapa saya kata begitu? Bayangkan, jikalau seseorang individu berubah kerana anda, anda telah mendapat satu keuntungan yg lumayan. Anda mendapat saham terhadap semua amal kebaikan yang beliau lakukan. Fulamak weyh!

Jika seseorang mendapat petunjuk disebabkan dirimu, itu lebih baik daripada dunia dan seisinya. (Hadith)



[best kot..]

Utk seseorang yg tidak merasakan ini jalannya lagi, satu sahaja komen dari saya. Carilah wadahmu, maka ber komitmen lah. Kerana itu yang boleh menjamin dirimu di akhirat kelak... Pesanan terpenting utk diri ini.

p/s: Ini post yg telah di draft bulan Ogos 2011. Sekian....

Isu jiwa

Gosh I really hate myself for restrain myself from writing. Somehow writing keeps track of yourself. I sometimes forgot how I felt, until I read again of my previous posts. How different can I be from what I left behind?

Ok enough with the merepeks...

Straight to my point. I wanted to share my series of thoughts today. Hari ini saya (amboi tau plak berbahasa melayu) telah membuat satu game best. Game bertanya pendapat akhawat menegenai isu ' Akhawat dan Insensitive'. Insensitive di sini maksudnya kurang peka terhadap perasaan orang lain. Saya bertanya pendapat beberapa orang, kerana isu ini menjadi isu berbangkit hal-hal mengenai hati dan ukhuwwah sesama kita.

Saya sgt merasakan bahawa seorang akhawat tidak boleh tidak, harus mempunyai sifat ini. Paling tidak, melazimi supaya beliau mempunyai sifat ini. Manakan tidak, dia hidup dengan perempuan, yang kadang2 kita tak boleh jangka emosi dan sensitivitinya.
Kami bersembang isu ini, macam mana ia nya terjadi and how to deal with it. Macam2 pendapat keluar.

Kemungkinan, seorang akhawat mempunyai sifat insensitif sb beliau sgtlah tidak kisah akan hal-hal remeh temeh. Lalu, beliau menyangka ianya tidak akan menyebabkan orang lain terasa. Walhal, beliau tidak layak berfikiran sebegitu, sebabnya, lain orang lain perkara yg bakal menyinggung perasaan mereka. Lagi parah, beliau seorang yang sangat sensitif, tapi jiwa sendiri tidak sensitif terhadap orang lain.

Pening?

Ye saye juge pening. All in all, what I am trying to say is, kita tak boleh expect apa yang kita buat tidak mempengaruhi akhawat kita. Kadang-kadang kita tak aware, sebab kita bersangka baik sangat dengan semua orang. Kita sangka semua orang sentiasa berada dalam hamasah yang tinggi, tak kisah langsung hal remeh tamah. Di sini kita silap. Fitrah seorang manusia adalah berperasaan, beremosi dan iman(juga hamasah) turun naik. Kita tak boleh predict kalau kita buat macam ni, akhawat ni tak akan terasa punya sebab dia faham. Tapi kita lupa, sebab dia faham la kita kena rajin jaga hati dia. Sebab kita akan selalu jumpa dia, hidup dengan dia, kerja dengan dia, mintak tolong pada dia. Macam-macam....

Selalu, kalau terjadi virus-virus ukhuwwah macam ni, kita lazim mendengar nasihat yang sama. Yakni, kita kena reflect balik niat. kenapa kita di jalan ni. kalau kita ikhlas, kita tak akan terasa. kalau kita nak, memang kita kena byk berkorbah perasaan. Berlapang dadalah.....

Ya nasihat ini sangat benar. Tapi saya sangat risau dengan nasihat ini. Kita kalau selalu sgt dok cakap macam tu, takut sangat kalau2 ada yg sampai lupa nak improve perangai/cara/habit so that kita tak menyinggung hati akhawat kita. Ini parah kalau kita dah tahu akhawat kita tu ada masalah kalau ada certain benda yg akan buat dia rasa marah/bengang/sakit hati.

Tapi lagi parah, kalau akhawat A yang membuatkan akhawat B terasa, adalah kalau si A sangat insensitif. Dia dah buat si B terasa marah/bengang/sakit hati, tapi tak sedar yang dirinya adalah punca si B marah/bengang/sakit hati. RUnsing.... ini parah sebab si B akan makan dalam. Lalu,berbekas di hati....

Ini lagi bertambah parah, kalau si B menjauhkan diri dari tarbiyyah kerana terasa hati dgn si A. Sangat parah!!!

Nauzubillah hi min dzalik....
Ini isu yang tak boleh dikupas berdasarkan ilmu sains. Ini isu jiwa. Saya juga selalu takut, kalau2 pernah melakukan sesuatu yang menyinggung sesiapa. Sehingga orang itu cakap tak nak dah.

Runsing... harus berusaha nasihat menasihati. tapi ini kes kompleks. Wanita sungguh.... sangat.. KOMPLEKS.

1st Ramadhan @ 1st August

Memang tahun ni dah tahu, 1st day puasa besar kemungkinan jatuh pada 1st of August. dan ye iyenye confirm(ayat tunggang langgang..maaf dah lama tak menulis. kasi can la. )
Tahun ni xde kek. full stop. haha.. bunyi macam kecewa kan. tapi memang serius, tahun ni tak ade kek langsung. mungkin sb dah tak duduk dgn kawan2, tapi family selalu belikan kek tak kira beday siapa pun. hari ibu atau hari ayah pun kitrog beli kek... haha.. family yg gila kek.
Namun, setiap kali dah bertambah usia, tahun demi tahun, aku tak merasakan perlunya ada kek dan celebration, serta ucap selamat. (okey skrg saya dah berbunyi seperti tidak menghargai ucapan-ucapan dari kawan2..)
Tidak. tak bermaksud begitu. Ini semua sebab aku merasakan bila umur semakin bertambah. maknanya, semakin dekat dgn mati. Sebenarnya, tahu je, every breath that we take, it is a step towards death. Tapi ye lah kan, sebagai seorang manusia, memang sgt mudah lupa. Cuma ingat masa2 tertentu saja. Jadi, tahun ini.. tahun yang paling berdebar menanti 1 Ogos, bersamaan 1 Ramadhan. Menunggu penuh harap, adakah aku akan diperpanjangkan umur utk bertemu dgn Ramadhan kali ini. Alhamdulillah, takdir menentukan aku masih lagi di sini, dan sempat bertemu dgn Ramadhan.

So, I am calling all and first and foremost, myself, to remind us. Ramadhan is here, the door is open, it is up to us to cherish the moment. Mencari dan menggunakan sebanyak2 peluang yang ada untuk beramal di bulan mulia ini, mencari keredhaan dan keampunan Allah dan mencapai tujuan utama berpuasa... yakni TAQWA.....



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Al Baqarah:183


p/s: namun,masih berdebarkah kita, sama ada umur kita sempatkah bertemu Lailatul qadr dan menghabiskan 30 hari puasa Ramadhan? sekadar renungan di sebalik contengan terburu-buru ini...

biar betul, Kak Limah?!



biar betul? pagi tadi masa dlm perjalanan ke kerja, dihantar oleh Abah.

"last weekend, Yati pi berdakwah kat mana?"

terkedu sebentar... terkedu....

"kat ....., erm, program dgn adik2 je yg bkl fly...dkt camping site.... etc etc"

what in the name of god? My Abah used the D word....

Syabbas?

Taking another step ahead...?


It's been ages since my last entry. I could not explain or come to terms why on earth I stop writing. Often,(no perhaps always is more suitable) I thought of writing whatever come to my mind during the day, or work, or spending time with friends and families, yet, none of them appeared here. You should not know why.

Reading my beloved friend's blog when she posted a new entry yesterday, I felt I wanted to say the same thing. She wrote about her new phase of life. Yes, we all have phases in life. Phases and cycles we have to bear until the last breath is taken from you. Yes.

And now I am reading her entry, and felt familiar with the feeling. One year ago, I was there, I once had felt how she is feeling right now, how to feel unbelievably graduated at last. A degree in hand, yet so empty to start with. Fear. Timid. That was, a year ago....

And how I missed being a student. so much!

Till one day I took a day off, and went to Monash, stayed in the library. Searched for informations which now seem more relevant than the last time I've been there. Bizarre, isn't it?

So, there is a good news. Maybe a year later I am a student again. Well, when I met new people, they usually guessed that I am still studying, so, I still have the look, people. Haha...

We'll see what lies ahead and how Allah turn it out for me. Pray for the best to happen. In life, there is always steps for you to take. And this time, I am taking a step forward, writing again.. I'm back...

p/s: We are still students in Universiti of Tarbiyyah.....;)