Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Siapakah Allah bg kita?

Allah.. tuhan.. rabb.. ilah

ya itu semua makna yg sewaktu dan yg menggambarkan rabb...

Dia sgt kaya dgn nama2.. 99 nama menggambarkan sifat2nya..

tetapi.. adakah dgn 99 nama itu, kita sudah berjaya mengenal rabb kita?

tepuk lah dada tnya lah iman

adakah kita hnya berdoa kpdNya apabila kita dilanda kesusahan?

atau adakah bg kita, Allah itu adalah tempat kita mengadu?

atau adakah bg kita, Allah itu adalah segala2nya shggakn kalau dunia ini mencela kita, mengasingkan kita, ttp kita sudah cukup dgn adanya Allah bersama kita?

tak kira di kala kau sedih, gembira mahupun merasa malang.. Allah sentiasa ada.. cuma bgaimana kita mengganggap Allah dlm hati kita, itu lah tahap keimanan kita...

wallahualam

takdir

“Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam Kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak meyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (Al-Hadid: 22-23)

Aku terbacakan ayat Allah dan harus aku kaitkan dengan maksud yang dapat aku fahami dari ayat ini. Aku bukanlah mahu menafsirkan kerana aku bukan ahli tafsir masakan bahasa arab aku pun masih lagi tercungap-cungap untuk dipelajari. Namun sepotong ayat ini mudah dan sangat amatlah straight forward untuk difahamkan oleh hamba-hamba Allah. Semoga Allah mudahkan bagi kita untuk mendalaminya lagi insyaAllah.

Terus terang aku katakan, setelah terbaca ayat ini, aku terus teringat, akan takdir kita yang telah ditentukan oleh Allat s.w.t. Allah telah terangkan dalam ayat ini, bahawa segala yang terjadi sama ada di atas muka bumi ini atau yang terjadi kepada diri kita sendiri adalah ketentuan Allah yang telah ditentukan sebelum wujudnya kejadian itu. Dan tujuannya?

“Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap terhadap apa yang diberikanNya kepadamu.” (57:23)

Supaya kita tidak terlalu ‘down’ dgn kejadian yg kurang senang atau tidak terlalu ‘hepi’ dgn kejayan yg dimiliki. bukanlah dimaksudkan smpai kita tak boleh nak berasa apa2, cumanya kita perlu lah beringat2, segala yang terjadi itu adalah kerana Dia yang tentukan. Kita kaya sebab Allah yg bagi kita kaya. Kita lulus exam, sebab memag dah ditentukan bahawa kita akan lulus exam. Kita x dapat duit belanja untuk bulan ini, sbab Allah dah tentukan rezeki kita untuk bulan ini setakat yang kita dapat aje.

Semua ini kita patut ingat, agar kita tak buat dosa dan lupa pada pencipta kita. Ye lah, kan kalau kita Berjaya, mula la nak ada perasaan riak2 skit, takbur skit, bangga diri dan start nak perasan kita dapat A dalam exam sebab kita berdisiplin, rajin dan tekun dalam kerja kita.. TAK! Itu bukan sebab utama kenapa kita dapat. Dan kadang kadang, kalau kita rajin, tekun, disiplin… tapi keputusan exam tak berapa baik pun. Sebabnya? Sebab Allah dah tentukan rezeki kita! Sebab Dia nak bagi macam tu dan macam ni.. tiada sebab lain.

Saya tahu, kadang2 susah betul kita nak beringat2. terutama skali bila kita dapat benda2 baik dalam hidup ni. Senang betul nak lupa diri tapi time kita dapat benda2 buruk, time tu lah baru kita nak tersedar. Baru nak mintak tolong kat Allah supaya kuatkan hati ni agar dapat teruskan hidup. Time tulah baru nak lempar tikar sejadah. Time tu lah nak banyakkan bacaan al-quran. Sesungguhnya Allah itu Maha pemurah dan pengampun. Dan kita harusnya bersyukur apabila dilanda musibah sebab masa tu Allah nak bagi kita ingat kat Dia.

Jadi, sama2 lah kita muhasabah diri. Sama ada kita dilanda musibah mahupun dihujani dengan kebaikan atau kesenangan dunia, haruslah kita ingatkan Allah.

Kerana....

“Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri” (Al-Hadid: 23)

Wallahua’lam