Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

I feel like...

Aku rasa hendak berlari... tanpa henti
Aku rasa nak terbang tinggi... tanpa ada hadnya lagi
Aku rasa mahu hilang... tanpa ada yang menyedari
Aku rasa aku mahu semua yang aku rasa

Bertanggungjawab... satu tabiat, bukan sifat

Setelah sekian lama menyepi dari dunia blogging, tiba-tiba jari ni rasa gatal nak menulis. The title says it all. Saya tak perlu lagi nak jelas kan panjang2. Kita dilahirkan di dunia bukan dengan sedia adanya kita mempunyai rasa tanggungjawab. Tapi rasa tanggungjawab akan datang bila sampai masanya kita faham yang ianya satu kewajipan. Ada orang lambat, ada orang cepat.

Tapi yang uniknya, kita kena tahu, rasa tanggungjawab ini boleh dipupuk. Jadi sebab itu saya kata ianya tabiat, bukannya sifat seseorang. Kalau sifat tu kan macam kita dilahirkan dengan sifat lemah lembut, penyayang, atau tegas dan baran.

Semua orang tak suka dengan orang yang tak bertanggungjawab. Pendek kata benci sangat. Siapa suka lelaki yang pandang buat anak saja, tapi tak bertanggungjawab dalam menjaga anak? Siapa suka ketua yang pandai nak arah orang saja, tapi tak reti nak bertanggungjawab mengurus hal-hal orang yang dipimpin? Siapa suka dengan guru yang hanya pandai mengomel, tapi tak bertanggungjawab dalam mendidik anak murid dengan betul? Siapa suka pada orang yang hanya pandai menegur, tapi padahal diri sendiri tak bertanggungjawab pada apa yang diperkatakannya? Siapa suka? Siapa? Siapa?

Jawap nya.. Tak ada SESIAPA pun.

.....Jadi salah akukah?

mode: bingung...