Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Di mana kah TAUFIQ ku?

Ramadhan telah pergi.

Begitu juga empat bulan yang lalu.

Semalam ketika duduk sila kami, bait kata seorang ukhti menjadi pembuka selera iman kami.

"Sempena aidilfitri, kita 'sepatutnya' kembali kepada fitrah"(Ayat yg selalu diguna ketika aidilfitri tiba)

....

"Kita sudah tidak sama seperti dahulu. Iman dan taqwa yg kita peroleh dalam bulan itulah bekalan buat 11 bulan yang akan datang. Setiap tahun kita akan berubah, dan pastinya kita SUDAH TIDAK SAMA SEPERTI DULU"

Aku terkedu di situ...

Alhamdulillah. Hati terjentik. Mudah-mudahan kotoran yang membenak di hati terhakis sedikit walaupun jentikan tidak sekuat jirusan 'air'.

Surah al-Insan dibelek semula setelah kurang lebih 2 bulan melalui tafsir surah itu. Bacaan pada petang sebelum duduk sila yang dihadam sedikit demi sedikit me'refresh' semula iman. Namun, ketika duduk sila, hadamannya lain.

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

[هَلْ أَتَى عَلَى الإِنسَـنِ حِينٌ مّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئاً مَّذْكُوراً- إِنَّا خَلَقْنَا الإِنسَـنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَـهُ سَمِيعاً بَصِيراً- إِنَّا هَدَيْنَـهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِراً وَإِمَّا كَفُوراً-]

(1. Has there not been over man a period of time, when he was not a thing worth mentioning) (2. Verily, We have created man from Nutfah Amshaj, in order to try him, so, We made him hearer and seer.) (3. Verily, We guided him to the way, whether he be grateful or ungrateful.)


3 ayat di atas sudah cukup mengambil satu malam, buat muhasabah diri. Buat bekalan iman dan jentikan jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu Kalamullah.

Ayat pertama adalah sebagai peringatan. Siapalah manusia ini tanpa adanya Allah. Sebelum kewujudan kita, WE ARE NOTHING. NOTHING! Tak layak disebut langsung. Namun, hari ini, saya dan awak adalah saya dan awak. Kita dipanggil manusia,Insan, atau Ali, Siti dan sbgnya.

Lalu, Allah sekali lagi mengingatkan kita. Kita ini adalah dari Nutfah Amshaj(campuran). Campuran air mani. Dari sesuatu yang hina, walhal kalau jatuh ke tanah, tak dipatuk dek ayam, tak disodok dek itik.
Dari sesuatu sel yang halus...Lalu, kita disempurnakan kejadian, menjadi fetus,lalu kepada manusia yang serba lengkap.... sehingga dapat MELIHAT dan MENDENGAR.

Deria mendengar dan melihat adalah komponen penting yang membawa kepada kefahaman. Kita mendengar seruan dakwah. Kita mendengar azan dilaungkan. Kita mendengar khutbah. Kita melihat keadaan umat yang merana hari ini. Kita melihat akibat berpalingnya dari Islam.

Kenapa perlunya semua ini? Sakit mata memandang, bosan telinga mendengar...
Jadi, untuk apa?

".....in order to try him, so, We made him hearer and seer.(76:2)"


الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ-
Who has created death and life that He may test you which of you is best in deed. And He is the Almighty, the Oft-Forgiving (67:2)


Supaya manusia itu diuji kehidupannya dengan dua deria itu.......Ya, saya sedang diuji. Begitu juga kamu, kamu dan kamu......

﴿إِنَّا هَدَيْنَـهُ السَّبِيلَ

(Verily, We guided to him the way,) meaning, `We explained it to him, made it clear to him and showed it to him.'


Setelah Allah mengurniakan rangsangan, Dia jualah yang menunjukkan jalan. Menjelaskan dua jalan yang berbeza sebagai cara untuk bertindak balas terhadap rangsanganya.

Bagi orang2 yang bersyukur, Allah telah mengurniakan mereka TAUFIQ.

Apakah TAUFIQ?

Hidayah 'kapel'nya adalah taufiq. Beruntunglah orang yg mendapat hidayah, tetapi lebih beruntung bagi sesiapa yg mendapat hidayah dan taufiq. Kerana taufiq itu bermakna kekuatan dalam menyambut hidayah. Kebanyakan manusia telah disogok dengan hidayah dari Allah dalam pelbagai cara. Secara langsung mahupun tidak langsung. Ibarat hujan membasahi bumi. Hidayah itu bercucuran di mana-mana. Namun, daya kekuatan dan keupayaan mencari mahupun menghadam hidayah, tidak mudah diperoleh.

Inilah persoalan iman, yang selalu membuatku terkedu dan termenung.

Ya. Cukup 3 ayat.





Ya Allah, kurniakanlah taufiq kepada kami, benarkan kami menyuci diri, benarkan hati selalu dibasahi dengan iman..