Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Wadah perjuangan dan keikhlasan

Sudah sebulan dah tak update blog. Ini satu kemurkaan. =p

Mari kita hidupkan semula blog ini. Untuk bulan ini, saya akan mulakan dengan satu post yang sedikit blues. Blues pagi dan sedikit kisah sebagai pembuka bicara.

Sesudah kenyang menjamu sarapan, saya melangkah ke surau. Utk menunaikan dhuha sebelum memulakan rutinitas kerja harian. Setelah selesai solat, saya toleh ke belakang utk melihat siapakah juga gerangan yg masuk ke surau. Dalam hati ada terdetik, isk2 sapa la yg datang surau nak tido mcm aku.... Isk2(lintasan syaitonirrajim). astaghfirullahalazim. Rupa-rupanya ada seorang makcik tengah melipat-lipat kain-kain telekung, memilih-milih dan memasukkan ke dalam plastik.

Wah. Inilah rupanya makcik yang menjaga dan me maintain kan kemaslahatan dan kebersihan telekung......

Saya hanya tersenyum dan meng scan rupa makcik tu. Kot kot antara salah satu staff yg saya selalu terserempak kat surau. Nyata bukan. Makcik tersebut hanya berbaju t dan juga membawa hand bag. Pelik. Makcik2 cleaner semua masuk kerja awal2 pagi, dan dah pakai dah baju seragam mereka yg indah. Nyata makcik tu bukan cleaner, bukan juga staff2 institut kaji selidik ubat ni. Hmm.. I wonder.

Wonder, wonder pun... tak berani kot nak pegi tanya makcik tu. Hanya senyuman paling indah je dapat disumbang kat makcik tu (pergh perasan).

Fikir-fikirkan.... mak cik ni sgt ikhlas dan komited dgn sumbangan beliau kepada kemaslahatan org2 muslim dkt tempat kerja. Saya sgt kagum dgn beliau. Rasa nak pi peluk je makcik tu. Sebab dia telah memberi saya satu percikan minda.

Saya lalu merefleksi diri, dan rakan sekeliling. Kami sibuk dok buat dakwah. Sibok cakap pasal usrah. Nak usrah kan dia tu, dia tu. Macam mana nak kasi orang faham islam. Macam-macam.

Setelah beberapa tahun jagung berkecimpung dalam dunia dakwah ni, dan membesar dalam dakwah dan tarbiyah, saya mula faham bahawa dengan jalan ini, setelah faham, harus bekerja untuk memahamkan orang lain pula. Kami yakin dengan cara ini. Biar lambat,asalkan hasilnya berkualiti.

Tapi ada juga yang saya jumpa berfikiran lain. Beliau tidak merasakan jalan ini yang beliau nak pilih. Saya juga kurang pasti apa sebab beliau, saya masih pening-pening lalat. Rasanya dia ni pun dah faham dah. Tapi beliau tak rasa ini jalannya. Mungkin. Noktah.

Muhasabah terbesar bagi saya, saya hanya berserah kepada Allah. Kisah makcik tadi sebenarnya satu tamparan hebat bagi saya. Beliau tidak berpeluang mendapat kefahaman fikrah seperti kami (andaian), tapi beliau cuba berkomitmen dengan sesuatu yang beliau mampu utk lakukan demi menyumbang kepada masyarakat,kepada Allah. Dan sebagai sahamnya di akhirat kelak. Namun, bagi kita, kita yg sudah faham? Kita memegang satu saham yg pulangannya, hanya Allah yg dapat menghitungkan... InsyaALlah, lebih byk sahamnya. Kenapa saya kata begitu? Bayangkan, jikalau seseorang individu berubah kerana anda, anda telah mendapat satu keuntungan yg lumayan. Anda mendapat saham terhadap semua amal kebaikan yang beliau lakukan. Fulamak weyh!

Jika seseorang mendapat petunjuk disebabkan dirimu, itu lebih baik daripada dunia dan seisinya. (Hadith)



[best kot..]

Utk seseorang yg tidak merasakan ini jalannya lagi, satu sahaja komen dari saya. Carilah wadahmu, maka ber komitmen lah. Kerana itu yang boleh menjamin dirimu di akhirat kelak... Pesanan terpenting utk diri ini.

p/s: Ini post yg telah di draft bulan Ogos 2011. Sekian....