Ya cintaku tertinggalkah?
Ahah, tidak. Kuharapkan cintaku bertambah, ya Allah.
Tak pernah pun sempat berasa susah. Aku bersyukur dikurniakan nikmat tarbiyah.
Baru saja nak merasa susah, Kau telah menghantarkan penolong2 buat diriku.
Bermula dgn kaki ku melangkah pulang ke kampung halaman.
Aku tersalah tempat. Ke Pudu,malah bas sebenar di Jalan Duta.
35 minit lewat, namun, bas menungguku. Alhamdulillah.
Terlupa pesanan Kakak A. Nak pass surat utk adik di Nihon(baca: Jepun).
Ada pula sang pengirim surat.
Menjejakkan kaki di nihon saja, si pengirim surat menjadi penunjuk arah.
Juga translator. Juga tukang membeli tiket. MasyaAllah, thumma Alhamdulillah!
Dalam perjalan ziarah ibu saudara, pasrah, haruskah keseorangan ke Tokyo nanti?
Tiba-tiba ada pula yang memang akan turun Tokyo... Subhanallah! ALHAMDULILLAH..
Malahan, tidak pernah sempat aku merasa lelah. Aku sentiasa dihargai.
Ditemani, dilayan... Rezeki pula melimpah ruah.
Aku menitiskan air mata yang sungguh banyak di sana.
Hatiku menjadi besar. Aku tidak susah mencari jawapan.
Aku tahu aku akan pulang dan berkata tidak lagi bersedia buat masa ini.
Ya ALLAH, nikmat cinta ini akan kupahat selamanya...
Buah hati mereka ini semua akan kusemat, simpan kemas-kemas dalam hati.
Dan kotak memori.
Memang ini satu nikmat terbesar yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
Ya memang betul, anda perlu musafir untuk merasai dekatnya dengan Ilahi, melihat kebesaranNya, mengambil sebanyak-banyak pedoman.
InsyaALlah. Panjang umur, aku mahu kesana lagi... Benarkan aku Ya Allah... amin.