http://www.petronasgreetings.com/hariraya2008/index.asp
Post kali ini bukan lah bertujuan utk mempromote Petronas
Hmm.tapi, satu persoalan yg bermain di minda saya,sukakah anda kpd iklan2 Petronas? Anda semua mesti teruja setiap kalai ada event2, Petronas pasti tak lepas peluang utk memproduce iklan..
Heh
Kalau saye, setiap kali ada perayaan atau event2 besar di Negara kita.. pasti tertunggu2 dgn iklan tahun tu.. especially kalau raya.. dan setiap kali, mesti saya jatuh cinta pnya la kat iklan2 dia.. sebab penghayatan terhadap iklan2 Petronas pasti menjanjikan 1001 macam pengajaran yang membuatkan kita terfikir sejenak. Dan tak cukup dgn tu je, ianya mampu buat kita ‘tersentak’ dgn habit2 yang wujud dlm diri kita tp kita sendiri tak sedar…
Raya yang lepas(walaupun dah terlambat sgt) iklan yg disiarkan adalah berkisahkan seorang anak lelaki bersama ibunya.
Man yakni pemuda yang bekerja, masih muda.. pada pandangan saya, dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan dlm golongan yang baik2 belaka;
1)Berpelajaran
Bleh Nampak la sbb dia kan seorang yg bekerjaya. Dan pandai la nak guna teknologi2 tinggi ni.. dari segi kerja, maybe pakcik ni seorang engineer atau architect atau yg sewaktu dgnnya. Pekerjaan yg hot buat zaman ni, semua org nak jadi engineer, tak semestinya nak jadi doctor je macam zaman dulu. Ye la, org kate, kerje engineer pun kaye ape.. hah, tak penting pun psl kerja engineer ni ape aku bebel byk sgt
2) Rajin dan dedikasi dalam kerja
Rajin pnya pasal, kerja2 project dia pun sanggup bawak balik rumah, sbb nak siapkan.. patutnya kalau kita ni jenis sibuk,bila dapat balik kmpung, mesti nak lepas kan rindu abes2san pada mak, pada suasana kampong yg jauh dari hiruk pikuk kota.. (this is personally point of view from a citizen).. dan ade lagi dia sanggup tu utk bermalam di hotel pekan semata2 utk online.
3) hormat orang tua
sesibuk mana pun mamat ni, Alhamdulillah, dia tetap lagi hormat akan orang tua dia.. walaupun dia ada project besar kat Pahang, tp dia still jugak singgah dkt rumah mak dia.
Masa menginap kat hotel pun, bila seorang pak cik tua ni tegur dia, dia sapa balik pakcik tu dengan sopan santun
4) Anak yang kurang ekspresikan kasih sayang
Erm..memang ramai anak2 muda zaman sekarang yang kurang mengekspresikan rasa sayang. Kurang ucapkan ‘saya sayang ibu’ pada mak masing2. jelas sangat masa lelaki ni peluk mak dia dan cakap sayang, mak dia pelik sangat kat anak dia ni. Siap boleh Tanya lagi sama ada anak dia ni ok ke tak.
Erm.. pasal watak ibu, bagi saya watak ibu ni adalah watak yang menggambarkan sedikit sebanyak ibu-ibu pada zaman ini.
1) ibu yang tinggal di kampong keseorangan dan hidup serba sederhana. Asalkan makan pakai dah cukup, kerja takat menjahit dah boleh sara hidup. Waktu malam dihabiskan dengan aktiviti keramaian sebelum pulang ke rumah untuk berehat.
2) ibu yang dalam kehairanan kalau anak nya boleh pulang ke rumah walaupun sibuk. Kita boleh tengok masa si ibu ni terkejut bila tiba2 anak dia ada kat depan pintu lepas anak dia dah pergi ke pekan.
3) Ibu yang sanggup berkorban untuk anak. Si ibu siap offer bilik depan untuk anak dia dapat tidur dgn selesa. Sebab si ibu ni gunakan bilik belakang yg biasa digunakan oleh anaknya untuk dibuat sebagai ruang kerja menjahit. Dan ibu ini pun tabah bila anak dia kata nak pegi tido kat pekan. Dia sanggup je lepaskan anak dia yg jarang dia jumpa tu supaya anak dia boleh siapkan kerja.
Kesimpulan
1) Kalau direnung2kan, kita sebagai anak ni, kalau sibuk2 pun luangkan lah masa supaya ibu dan ayah kita tak terasa sunyi sangat di kampong. Terutama masa hari perayaan. Yang muda disayangi, yang tua dihargai.
2) Sesusah mana pun kita dalam pekerjaan, tak payah la kita tunjuk kat mak kita time kita nak luangkan masa dgn dia. Bab ni pun saya slalu jugak terbuat kat depan mak. Kesian mak kita. Bila dh tgk anak dia sibuk, mesti dia akan berkorban punya. Biasalah mak kita. Kalau kita tak mintak, mak kita mesti berkorban punyalah. Asalkan anak dia dapat senang… pelikkan kasih ibu… hmmm marilah kita sama2 renungkan. Peringatan buat saya, adikberadik saya dan rakan2 sekalian…
p/s: saya sayang mama!
0 comments:
Post a Comment