Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

ajnabi

hari ini aku terbace tentang satu peringatan... berkenaan dgn ikhtilat..
subjek yg plg aku kurg suke utk sentuh. tp sgt lah essential dlm mana2 jiwa muslim, particularly REMAJA. and mostly bg yg hendak mensucikan jiwanya.

manusia akan selalu mencari helahnya. "saya tak buat dosa pun. saya cuma berkawan je. bukannye kapel" atau "ala, nak buat macam mana, dah dunia ni macam ni sekarang, so kita tak dpt lari. nanti org kate kita tak ni mcm kera sumbang" ATAU "ala bukannye kami berkhalwat pun. ckp biase aje"

mcm2 alasan kita. yg pastinya manusia akan selalu mencari hujahnya smpai lah ke masa Hari pengadilan nanti.... tetapi dakwah jugalah yg akan membatasi hujah2 manusia supaya tidak mengatasi hujah2 Allah di akhirat kelak.

Benarkah langsung wanita dan lelaki tidak boleh bergaul?

tiada Nas soreh yg mengatakan pergaulan silang jantina ajnabi adalah haram. Akan tetapi tahukah kita ada nas yg secara tidak langsung mengharamkannya?
Hujahan2 berdasarkan qias aulawi adalah seperti berikut:
1.Larangan musafir tanpa mahram
2. Haram berkhalwat silang jantina ajnabi
3. Wanita tidak wajib solat berjamaah
4. Wanita tidak wajib perang jihad
5. Wanita tidak wajib solat Jumaat.
6. Hukum khusus wanita melakukan haji
7. Tegahan wanita berjalan seiring dengan lelaki.

penghuraian hukum haram secara tidak langsung dari segi qias aulawi adalah seperti dlm contoh yg di bawah

"Fuqahak sepakat wanita tidak wajib solat Jumaat, kerana sibuk urusan rumah dan kerana larangan bergaul dengan kaum lelaki.
Hukum ini menjelaskan pergaulan silang jantina dalam solat Jumaat ditegah, oleh itu wanita tidak wajib solat Jumaat.
Logiknya, jika dalam solat jumaat pergaulan ini ditegah, maka diluar solat Jumaat ia lebih ditegah, berdasarkan qias aulawi."


hati saya bergetar membacakan isi2 tersebut. saya pernah melakukan ia dahulu. ketika aku jahil tentang islam dan comitment dlm islam. tetapi skrg ini, adakah aku masih sensitif? bagaimana imanku sekarang. sungguh kadang kala aku malu dgn diri ku. malu pada Allah. munafiknya aku!

p/s: teringat ketika darurat.

Nota kecil dari Gaza

Nota Kecil Dari Gaza

without comments

Pagi ini tembok ditanam Yahudi semakin meninggi
ada kesumat di dalamnya, ada api ada darah
mengambus suara manusia kami yang bersepah.



Biarkan, kata ibu, kerana doa kita juga kian
meninggi, itu rindu
yang mengalir di lantai langit.
Berdoalah, jangan untuk manis kehidupan
tetapi untuk pekat kematian,
kerana nafas kita ini
biarlah berakyat di negeri fi sabilillah
nanti kita hirup harmoninya
dingin angin di sana.

Mereka datang dengan raifal di tangan
melukis-lukis sempadan di raut pasir.
(Di sana ladang mereka, di sini lahad kami)
Alhamdulillah, kata ibu, alangkah di sini debunya
lebih harum, kebunnya lebih subur
disiram darah dan cinta seluruh kita
iman kita tidak pernah terbunuh di sini.

Tanamlah hati di bawah negeri subur ini
biar bertumbuh jadi pohon tinggi
betapa nanti kita akan petik bersama buahan rezeki
di kerajaan sana bernama abadi.

Saat ibu pergi,
memeluk maut dengan senyuman yang manis,
pesan akhir ibu, tanah ini adalah amanah
biarlah tertulis nama kita di atas pasirnya
kalaupun hari ini tiada siapa yang membacanya
di sana nanti
pasti akan disebut-sebut
oleh Kekasih
yang tidak pernah melupakan
seberkas doa yang pernah kita karangkan.

Pagi ini tembok yang ditanam Yahudi
semakin meninggi
begitu juga rindu kami
yang semakin menyerbaki.

Note: Weblog Grup Karyawan Luar Negara
(http://gkln.blogspot.com)

Fahd Razy
20 Februari 2006
Dublin, Ireland