Hah!... pastinya ramai terkejut dgn title post kali ni. Mudah-mudahan tiada sesiapa terasa ok? InsyaAllah, btulkan niat kita ketika membaca.
Ramai org nak kurus, tengok saja iklan2 di tv, di akhbar2, di televisyen. Semua org kata nk kurus, tapi lupa nak tanya balik, Allah ada ke suruh kita kurus? atau kurus ni Islam ke?
Mungkin ramai yg bakal atau tidak setuju dgn apa yg bakal saya katakan. tapi takpe, saya terima seadanya pandangan anda. tapi mahukah anda, mengetahui apa kurus itu Islam?
Sbg umat yg adil(meletakkan sesuatu pada tempatnya), kita kena slalu revise, adakah kita adil dlm semua aspek kehidupan kita? Dalam Muwasafat tarbiyah (kpd sesiapa yg tahu.. sesiapa yg tidak mungkin anda mahu rujuk kepada source yg betul), Qawiyyul Jism yakni Sihat tubuh badan adalah salah satu dari pengajaran diambil dari Al-Quran. tidak disebut perlu kurus.
Rasulullah SAW juga tidak pernah menekankan kepentingan untuk kurus, tetapi saya simpulkan sendiri, adalah menjadi sunnah dlm menjaga kesihatan tubuh badan dan kekuatan fizikal. Lihat lah dalam sejarah sahabat2 ramainya yg kental jiwa dan tubuh, pandai bertarung dan sebagainya, tetapi tiada yg menyebut betapa ringan atau kurusnya mereka? atau cantiknya mereka? Mungkin ada yg bukan dlm pengetahuan saya, tp setahu saya ianya tidak menjadi keutamaan dlm Islam.
Tapi Allah kata
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (2:195)
Saya sedang mencari inisiatif untuk sihat. tapi saya terlupa kdg2 saya termakan dek tuntutan nafsu saya sendiri? Saya taknak jatuh ke lembah kebinasaan yakni mencari penyakit sebab tak sihat, tp saya dh terlupa pulak dan tergoda dgn nafsu nak kurus?Uwaa, tidak! Saya taknak. Saya taknak bazir duit lagi utk benda2 yg bukan kerana Allah. Aiseyh nyesal....
Banyak lagi cara2 utk sihat, cara sunnah pun belum habis saya amalkan. Islam sendiri sudah lengkap. mana mungkin saya berpaling darinya mencari yg lain....
Lalu, saya kaitkan dgn diri saya, matlamat hidup saya adalah hamba dan khalifah. Mana mungkin saya nak muatkan nafsu saya dlm dua matlamat itu???? Saya terpegun, ish, tp aku kena juga turunkan berat badan. Saya takmau terlist dlm org2 yg berisiko tinggi mendpt diabetes atau darah tinggi atau berbagai penyakit lagi.Kan Allah kata Jangan campakkan diri dari kebinasaan? Baikkan Allah? =D...
Selagi ianya tak kan menjadi kepentingan yg teratas sekali dlm hidup ini selagi itu lah saya masih boleh lagi melakukannya, kerana saya takut. Kalau saya mati sekarang, saya bertemu denganNya, takkanlah saya nak present amalan2 diet dan exercise je? rugilah saya. Nauzubillahiminzalik....
p/s:mungkin para pembaca boleh share pendapat masing2? atau tips2 kesihatan?