Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Harapan yang musnah sekelip mata

Sudah seminggu berlalu semenjak kejadian kebakaran dekat IMR. Yep, sekarang saya menjalani latihan di situ. Saya dipercayai oleh Dr, diberi projek beliau yakni a study of Haemophilus influenaze type b(Hib). Saya sendiri dah jatuh cinta dengan Hib, suasana dekat IMR, kesusahan melakukan PFGE,analysing sequence dan optimising and re-optimising my own PCR for Hib. Even, freezer yang melalak pun saya dah sayang. Tapi apekan daya, semua tu sementara je kan.

Pada 18.4.2011, jam 10.30 pagi, Kak Y masuk ke dlm lab smbil berkata 'kena keluar ade kebakaran'. Mula-mula memang blur, antara nak percaya atau tak sebab tak dengar pulak bunyi fire alarm. Lepas tu kelam kabut bos datang lab kami yang paling hujung. Cepat-cepat suruh kami keluar dari lab, barulah kami semua terhegeh-hegeh. Cepat-cepat aku buka gloves and lab coat. Order sequencing dah dilupakan. Capai bag dan terus bergegas ke tangga emergency. Bila dah sampai kat padang tempat berkumpul tu, barulah fire alarm berbunyi. Padahal ramai dah berkumpul kat padang. Selang beberapa minit, bomba pun datang. Sambil berkumpul tu, tertanya-tanya jugak, dari mana punca kebakaran tu.

Rupa-rupanya dari stor chemical unit nutrition. Betul-betul je atas lab kami. Menggelabah jugak sebab takut keadaan lab nanti jadi teruk. mungkin dah terbakar. Bersyukur sebab kami sempat keluar, terbayang jugak masa tu kalau-kalau ada explosion ke. Ye lah chemical yang terbakar kan..

Lepas sejam menunggu kat padang, kami disuruh menjauhi bangunan tu, sebab udara mungkin tercemar dengan bahan-bahan toksik yang terhasil dari chemical yang terbakar. Lori-lori bomba yang datang pun bukan nya yang biasa, HazMat(Hazardeous Material). Kebakaran chemical tu dipadam pulak dengan HazMat, memang patut sgt lah kami ni kena bergerak jauh. Bau nya pun tengik semacam. Last-last kaki kitorang dah berjalan ke luar dari IMR,, menuju warung nasi ayam depan HKL. Melantak la kejap nasik ayam dengan teh ais. dah sejam melepak dekat warung tu, baru nak bergerak balik. Tapi dapat call masa dekat depan pagar guardhouse, kebakaran semakin teruk. Ramai yg dah balik. Pintu pagar pun ditutup. Orang luar hatta van hospital yg datang nak hantar sample pun terpaksa balik dengan kehampaan. Kami yang tadi ingat nak balik ke IMR semula terus call bos dan mintak kebenaran nak balik. Bos pun bagi. Yahoo! ape lagi kami semua pun half day. Kak E tak bawak turun handbag, sempat capai dompet dgn Handphone je. Nasib baik la dapat capai, kalau tak capai alamat terbako le semuanye.

Keesokan harinya, semua orang datang macam biasa, tapi arahan dari pihak atasan suruh kami semua berkumpul dekat padang macam semalam sebab tak tahu keselamatan untuk naik bangunan tu semula. Dr A memberi taklimat, dan mengumumkan yang bila kebakaran dapat dipadamkan petang semalamnya, semua dah ok. Tapi pada pukul 10 malam semalaam terjadi lagi kebakaran, sampai pukul 4 pagi. Kesian bomba terpaksa lagi datang IMR malam2 buta. Ye la dah la dekat dgn HKL, karang tak pasal2 merebak ke sana. Kebakaran pada waktu malam tu lah yang menyebabkan kerosakan teruk. Major structural damage. Harapan untuk naik sangatlah tipis. Orang2 JKR akan dipanggil untuk menggagak tahap kerosakan bangunan tu. Kami bersurai dan patut berkumpul semula 3 jam selepas itu. Tercangak-cangak semua orang nak cari tempat melepak. Lepas 3 jam menunggu kebosanan, Dr A mengumukan yang sejam yang lalu, kebakaran bermula sekali lagi. Yang peliknya, kebakaran bermula dalam pukul 10 pada setiap kali nak terjadi. Wallahualam jangan pulak ade yang fikir benda2 tak elok. Yang besnya, kami dibenarkan balik awal sekali lagi. Tapi diarahkan untuk datang keesokannya dengan berpakai sukan.

bersambung...

0 comments: