Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

ku lari

Ku lari ke hutan
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

curi dari filem ada apa dgn cinta...

missing something





sometimes in life, you would feel there's something wrong, something is just not right. yeah, something is MISSING. you feel incomplete, some part of you might be left somewhere else, longing to come back. the hardest part is, to know what it is.

It would need a long time to search through, you have to sit down, think. Re-calcutate, refresh. Remind yourself. Speak to someone. Pray. Pray. and Pray to God so He show you the way.

Is it the love I had during the winter? Oh, how I miss the winter. Is it the love I have for You the past 2 months? Did I lost it? Oh my, please show me, please guide me to reach it back. and properly installed it back where it should be.

or is this your sign for another one?

patiently waiting for it/Y/you.....

gelak kecil

huh, sudah lama tak update blog.

dah abes khatam tgk blog dan facebook semua yg dirindui.. aduh rindu betul kat sahabat2. Allah je yg tahu betapa rindu kat diorang.

dalam banyak2 perasaan, perasaan saya ter tune kepada lagu seribu tahun by imran ajmain dan a thousand years nyanyian omputih. hish, sungguh tak islamik. masakan tak, bila pulang ke rumah je, lagu a thousan years tuh, berkali-kali sampai thousand times aku terdengar. rasa nak cabut je telinga... hoho. ekstrem di situ.

how funny... then, i read a post on my bestfriend's blog. mahu gelak kecil sb mesti dia tulis satu post tu sb aku pi mesej dia ckp aku pening pikir soal jodoh. hahaha.. gelak kecil bertambah sikit.

apa2 pun post tu memang bermakna. tapi ada salah faham sikit kat situ. masa aku msg dia tu, patut la tak berbalas, rupa-rupanya balas pakai blog. yg aku pulak tak baca. hehehehe. ye lah masa tu pening sb dah kena tanya sampai dua kali. dan dua kali tu, terkontang kanting sorang2. tak tau nak jawab, tak tau nak pikir macam mana. last2 dua kali aku tolak. haish... nak kesian pun, aku lagi kesian. pening aku pikir siang malam....

dan semalam, mama pulak buat aku gelak lagi. aku bertanyakan bila nak siapkan rumah baru? buat kat mana, kan nak buat rumah besar sikit, senang nanti nak kenduri... terus mak aku buat soalan cepumas dia... "orang mana? orang kedah ka?"

haih la mak aku ni pun dah kempunan ke nak tgk aku kahwin... geleng2 kepala... pening bertambah lagi....

tarbiyyah Allah dgn kehidupan

nampaknya, memang saya suka update blog terutama bila rasa sakit hati dan terlalu emosional. Namun, saat ni insyaAllah, semua perasaan tu dah cool down. Dah pun termotivasi dgn pelbagai pengajaran yg Allah nak bagi dalam hidup ini.

Saya begitu teruji dengan ujian di tempat kerja ketika ini. Saya tidak pernah menyangka insan-insan di tempat kerja, yang dulu makan sama-sama, bagi hadiah, gelak ketawa bersama sekarang telah menjadi penyumbang kepada luka-luka dalam hati ini. Peritnya bukan kerana gaji saya masuk lambat, atau laparnya saya mengikat perut akibat tidak berduit. Tetapi kerana orang seperti membalas susu dengan tuba. Menggantikan senyum dengan buat derk. Menconteng perkara-perkara tersirat di laman muka buku, yang akhirnya membuatkan saya faham, duduk perkara sebenar.

Tambah menyakitkan apabila orang yang kita rekemen pada bos turut serta dalam konflik ini. Sakit mengenangkan masa-masa beliau melalui zaman tidak disukai,saya menjadi orang yang cuba sedaya mungkin menjernihkan keadaan dengan menegur sikit demi sikit, share tips2 memenangi hati orang di tempat kerja. Saya berterus terang dgn beliau ketika kami hanya berdua. Tak pernah cuba memalukan beliau. Jadi, bila perkara menyakitkan hati ini berlaku melalui pintu belakang, maka, luka yang parah menjadi parah dan berbisul sebab semuanya berlaku dengan tanpa diduga.

Yang bestnya Si SYAITAN pula pandai meng 'flash back' kembali saat2 indah perkenalan dan mula jatuh cinta dgn kerja saya ketika dulu. Terima kasih kerana menambahkan lagi ke emosional lan saya. Mungkin takat ini, saya berfikir dalam kotak pengalaman saya sahaja. Saya menjadi sakit kerana memikirkan susu telah dibalas tuba, walhal saya tidak pernah menghadiahkan susu. Tuba pula dibalas dengan sindiran di laman muka buku, yang mengatakan ala-ala saya tidak membuat kerja kerana sibuk mencari kerja lain.

Saya sebenarnya menjadi emosional kerana saya selalu dilanda kesedihan. Sedih kerana sudah tidak bergelar secara rasminya pekerja di tempat kerja. Sedih kerana terpaksa pergi kerja, untuk kerja dan mendapat gaji. Pulang lewat ke rumah dan terpaksa stay up utk mencari kerja. Macam zombi kat tempat kerja. Dah lah kurang rehat. Lepas tu sedih. Air mata pula murah sangat. Terpaksa keluar ke tandas beberapa kali, atau ke surau utk mengambil wuduk. Konon2 utk cover yg sendiri ada masalah sendiri.

Rentetan daripada ketidak muntij nya saya di tempat kerja, dan kemungkinan selepas nama saya naik sebagai cadangan diserap sebagai kakitangan tetap, telah timbul satu prasangka yang mengatakan saya mencuri tulang. Mempertikaikan adakah berkat gaji saya kalau saya datang kerja tapi tak buat kerja. Masa mendengar ini semua, saya terkejut. Saya nak je cakap, amboi. Sapa bos ni? Mana dia tau aku tak buat kerja langsung masa pegi kerja. Tu dia.Dia tau ke kenapa aku tak dapat siapkan kerja aku kat tempat kerja. Dia dok guna mesin syok2 sorang2 aku sampai tak dapat nak guna. Dia tau ke ape aku buat kat rumah. Aku bawak balik kerja. Aku tak pernah tunjuk kat orang, eee geramnya... Dan etc etc... anda boleh bayangkan betapa geramnya saya dan marahnya saya pada insan yang pernah menghadiahkan saya pelbagai hadiah.

Ya, saya akui, saya kurang produktif di tempat kerja baru-baru ini. Tetapi itu semua kerana saya stress dgn keadaan diri saya yg tidak stabil ketika itu. Tapi siapa saya utk mengatakan ini semua di depan mereka ini? Eh silap, sepatutnya, siapa mereka ni pada saya utk saya perjelaskan duduk perkara saya di mata mereka ni? Hah, amik ko! Tidak, saya bukan hendak berlaku kejam disitu, saya cuba menyedapkan hati saya, saya cuba pujuk hati saya utk ikhlas menerima teguran daripada Allah ini. saya lebih mementingkan pandangan Allah terhadap saya daripada pandangan mereka yang cetek hati ni. Saya sepatutnya merasa simpati kepada mereka ni sebab mereka hanya fikir kerja untuk hidup dan isi perut. tapi saya fikir saya kerja adalah utk lebih dari itu. Kesian kesian (sambil geleng kepala).....

Saya geram. Saya emo. Ye itulah saya kan kan. Saya rasa semua manusia yang melalui ini akan secara fitrahnya, marah, geram, kecewa dan emo. Sedih. Sedih diperlakukan bukan seperti dulu. Sedih dibuat macam tugu. Aku ni sombong ke diorang yang sombong? Aku ni tak pandai ajar ke? Cara aku tak betul ke? Aku ada buat siapa2 tersinggung ke? Kenapa aku buat baik2, tapi still kena sampai macam ni?

Semua persoalan ni timbul dalam benak hati ini. Kita penat-penat menjaga hubungan dengan manusia, tetapi manusia buat kita macam kita tak pernah berhubung baik dengan mereka. Ya, mungkin aku belum cukup 100% dah membina hubungan itu.

Kemudian aku bermuhasabah....

Adakah aku membina hubungan dengan manusia-manusia di tempat kerja kerana ALLAH? Atau kerana alasan agar senang bermuamalah di tempat kerja sahaja?
Adakah aku merasakan ikhlas dalam segala perbuatan di tempat kerja? Ikhlas kah meng rekemen kan kawan dengan kerja baru? Atau dengan niat, Allah membuka pintu rezeki dgn mudah di lain hari?
Adakah aku ikhlas berbaik dengan senior-senior di tempat kerja? Atau agar aku tidak akan mengulangi kesilapan RA-RA terdahulu?
Adakah aku ikhlas menyiapkan kerja tepat pada waktunya? Atau aku buat ikut sedap aku je, bila dah dapat bos yang lembut, aku dah tak berdisiplin?
Adakah aku betul-betul merasakan diri hamba dan khalifah di tempat kerja? Berfungsikah sebagai daie di tempat kerja?

Apa lagi yang harus aku perbaiki? Ini soalan wajib tanya untuk memperbaiki hari-hari yang mendatang. Senang cakap, untuk jadi lebih tua, dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Senang lah bila kita baca, atau dengar peringatan dalam setiap wasilah tarbiyyah kita. Kita harus sabar, kita harus ikhlas, kita wajib itu, kita wajib ini.... Tapi tarbiyyah Allah adalah yang TERBAIK!!! Perghhh!

Terima Kasih Allah kerana telah membuat satu episod kehidupan yang sangat dramatik, untuk aku bermuhasabah sebelum meninggalkan pekerjaan ini. Aku bersyukur dengan nikmat tarbiyyah yang Engkau beri selama aku hidup ini. Aku telah jatuh cinta dengan nikmat-nikmat ini. Maka, jangan Kau tariknya dariku ya Allah. Aku sangat cinta dengan teguran-teguran direct mu ini. Dan ku berharap agar Kau tidak mematikan aku di saat aku sedang alpa padaMu... amin.... ya Rabb...

Cintaku tertinggal di Jakarta.. ops! Jepang...


Ya cintaku tertinggalkah?
Ahah, tidak. Kuharapkan cintaku bertambah, ya Allah.
Tak pernah pun sempat berasa susah. Aku bersyukur dikurniakan nikmat tarbiyah.
Baru saja nak merasa susah, Kau telah menghantarkan penolong2 buat diriku.
Bermula dgn kaki ku melangkah pulang ke kampung halaman.
Aku tersalah tempat. Ke Pudu,malah bas sebenar di Jalan Duta.
35 minit lewat, namun, bas menungguku. Alhamdulillah.

Terlupa pesanan Kakak A. Nak pass surat utk adik di Nihon(baca: Jepun).
Ada pula sang pengirim surat.
Menjejakkan kaki di nihon saja, si pengirim surat menjadi penunjuk arah.
Juga translator. Juga tukang membeli tiket. MasyaAllah, thumma Alhamdulillah!

Dalam perjalan ziarah ibu saudara, pasrah, haruskah keseorangan ke Tokyo nanti?
Tiba-tiba ada pula yang memang akan turun Tokyo... Subhanallah! ALHAMDULILLAH..

Malahan, tidak pernah sempat aku merasa lelah. Aku sentiasa dihargai.
Ditemani, dilayan... Rezeki pula melimpah ruah.

Aku menitiskan air mata yang sungguh banyak di sana.
Hatiku menjadi besar. Aku tidak susah mencari jawapan.
Aku tahu aku akan pulang dan berkata tidak lagi bersedia buat masa ini.

Ya ALLAH, nikmat cinta ini akan kupahat selamanya...
Buah hati mereka ini semua akan kusemat, simpan kemas-kemas dalam hati.
Dan kotak memori.

Memang ini satu nikmat terbesar yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila.
Ya memang betul, anda perlu musafir untuk merasai dekatnya dengan Ilahi, melihat kebesaranNya, mengambil sebanyak-banyak pedoman.

InsyaALlah. Panjang umur, aku mahu kesana lagi... Benarkan aku Ya Allah... amin.