nampaknya, memang saya suka update blog terutama bila rasa sakit hati dan terlalu emosional. Namun, saat ni insyaAllah, semua perasaan tu dah cool down. Dah pun termotivasi dgn pelbagai pengajaran yg Allah nak bagi dalam hidup ini.
Saya begitu teruji dengan ujian di tempat kerja ketika ini. Saya tidak pernah menyangka insan-insan di tempat kerja, yang dulu makan sama-sama, bagi hadiah, gelak ketawa bersama sekarang telah menjadi penyumbang kepada luka-luka dalam hati ini. Peritnya bukan kerana gaji saya masuk lambat, atau laparnya saya mengikat perut akibat tidak berduit. Tetapi kerana orang seperti membalas susu dengan tuba. Menggantikan senyum dengan buat derk. Menconteng perkara-perkara tersirat di laman muka buku, yang akhirnya membuatkan saya faham, duduk perkara sebenar.
Tambah menyakitkan apabila orang yang kita rekemen pada bos turut serta dalam konflik ini. Sakit mengenangkan masa-masa beliau melalui zaman tidak disukai,saya menjadi orang yang cuba sedaya mungkin menjernihkan keadaan dengan menegur sikit demi sikit, share tips2 memenangi hati orang di tempat kerja. Saya berterus terang dgn beliau ketika kami hanya berdua. Tak pernah cuba memalukan beliau. Jadi, bila perkara menyakitkan hati ini berlaku melalui pintu belakang, maka, luka yang parah menjadi parah dan berbisul sebab semuanya berlaku dengan tanpa diduga.
Yang bestnya Si SYAITAN pula pandai meng 'flash back' kembali saat2 indah perkenalan dan mula jatuh cinta dgn kerja saya ketika dulu. Terima kasih kerana menambahkan lagi ke emosional lan saya. Mungkin takat ini, saya berfikir dalam kotak pengalaman saya sahaja. Saya menjadi sakit kerana memikirkan susu telah dibalas tuba, walhal saya tidak pernah menghadiahkan susu. Tuba pula dibalas dengan sindiran di laman muka buku, yang mengatakan ala-ala saya tidak membuat kerja kerana sibuk mencari kerja lain.
Saya sebenarnya menjadi emosional kerana saya selalu dilanda kesedihan. Sedih kerana sudah tidak bergelar secara rasminya pekerja di tempat kerja. Sedih kerana terpaksa pergi kerja, untuk kerja dan mendapat gaji. Pulang lewat ke rumah dan terpaksa stay up utk mencari kerja. Macam zombi kat tempat kerja. Dah lah kurang rehat. Lepas tu sedih. Air mata pula murah sangat. Terpaksa keluar ke tandas beberapa kali, atau ke surau utk mengambil wuduk. Konon2 utk cover yg sendiri ada masalah sendiri.
Rentetan daripada ketidak muntij nya saya di tempat kerja, dan kemungkinan selepas nama saya naik sebagai cadangan diserap sebagai kakitangan tetap, telah timbul satu prasangka yang mengatakan saya mencuri tulang. Mempertikaikan adakah berkat gaji saya kalau saya datang kerja tapi tak buat kerja. Masa mendengar ini semua, saya terkejut. Saya nak je cakap, amboi. Sapa bos ni? Mana dia tau aku tak buat kerja langsung masa pegi kerja. Tu dia.Dia tau ke kenapa aku tak dapat siapkan kerja aku kat tempat kerja. Dia dok guna mesin syok2 sorang2 aku sampai tak dapat nak guna. Dia tau ke ape aku buat kat rumah. Aku bawak balik kerja. Aku tak pernah tunjuk kat orang, eee geramnya... Dan etc etc... anda boleh bayangkan betapa geramnya saya dan marahnya saya pada insan yang pernah menghadiahkan saya pelbagai hadiah.
Ya, saya akui, saya kurang produktif di tempat kerja baru-baru ini. Tetapi itu semua kerana saya stress dgn keadaan diri saya yg tidak stabil ketika itu. Tapi siapa saya utk mengatakan ini semua di depan mereka ini? Eh silap, sepatutnya, siapa mereka ni pada saya utk saya perjelaskan duduk perkara saya di mata mereka ni? Hah, amik ko! Tidak, saya bukan hendak berlaku kejam disitu, saya cuba menyedapkan hati saya, saya cuba pujuk hati saya utk ikhlas menerima teguran daripada Allah ini. saya lebih mementingkan pandangan Allah terhadap saya daripada pandangan mereka yang cetek hati ni. Saya sepatutnya merasa simpati kepada mereka ni sebab mereka hanya fikir kerja untuk hidup dan isi perut. tapi saya fikir saya kerja adalah utk lebih dari itu. Kesian kesian (sambil geleng kepala).....
Saya geram. Saya emo. Ye itulah saya kan kan. Saya rasa semua manusia yang melalui ini akan secara fitrahnya, marah, geram, kecewa dan emo. Sedih. Sedih diperlakukan bukan seperti dulu. Sedih dibuat macam tugu. Aku ni sombong ke diorang yang sombong? Aku ni tak pandai ajar ke? Cara aku tak betul ke? Aku ada buat siapa2 tersinggung ke? Kenapa aku buat baik2, tapi still kena sampai macam ni?
Semua persoalan ni timbul dalam benak hati ini. Kita penat-penat menjaga hubungan dengan manusia, tetapi manusia buat kita macam kita tak pernah berhubung baik dengan mereka. Ya, mungkin aku belum cukup 100% dah membina hubungan itu.
Kemudian aku bermuhasabah....
Adakah aku membina hubungan dengan manusia-manusia di tempat kerja kerana ALLAH? Atau kerana alasan agar senang bermuamalah di tempat kerja sahaja?
Adakah aku merasakan ikhlas dalam segala perbuatan di tempat kerja? Ikhlas kah meng rekemen kan kawan dengan kerja baru? Atau dengan niat, Allah membuka pintu rezeki dgn mudah di lain hari?
Adakah aku ikhlas berbaik dengan senior-senior di tempat kerja? Atau agar aku tidak akan mengulangi kesilapan RA-RA terdahulu?
Adakah aku ikhlas menyiapkan kerja tepat pada waktunya? Atau aku buat ikut sedap aku je, bila dah dapat bos yang lembut, aku dah tak berdisiplin?
Adakah aku betul-betul merasakan diri hamba dan khalifah di tempat kerja? Berfungsikah sebagai daie di tempat kerja?
Apa lagi yang harus aku perbaiki? Ini soalan wajib tanya untuk memperbaiki hari-hari yang mendatang. Senang cakap, untuk jadi lebih tua, dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Senang lah bila kita baca, atau dengar peringatan dalam setiap wasilah tarbiyyah kita. Kita harus sabar, kita harus ikhlas, kita wajib itu, kita wajib ini.... Tapi tarbiyyah Allah adalah yang TERBAIK!!! Perghhh!
Terima Kasih Allah kerana telah membuat satu episod kehidupan yang sangat dramatik, untuk aku bermuhasabah sebelum meninggalkan pekerjaan ini. Aku bersyukur dengan nikmat tarbiyyah yang Engkau beri selama aku hidup ini. Aku telah jatuh cinta dengan nikmat-nikmat ini. Maka, jangan Kau tariknya dariku ya Allah. Aku sangat cinta dengan teguran-teguran direct mu ini. Dan ku berharap agar Kau tidak mematikan aku di saat aku sedang alpa padaMu... amin.... ya Rabb...
0 comments:
Post a Comment