Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Ramdhan dah pergi

Salam to all

cepat sungguh Ramdhan dah pun habis... sedih.. bulan itu pergi meninggalkan aku. sungguh tak dinafikan Ramdhan kali ini memang bermakna bagiku. mungkin bukan yg terbaik. kerana aku ingin menyimpan harapan bhw aku akan bertemu dgnnya semula dan dgn lebik baik lagi. aku tak nafikan ianya amat bermakna buatku. aku masih lagi ingin menyimpan azam, mungkin utk meningkatkan lagi reformasi tidurku, ibadah ku.. sprt kata2 seorang sister. Ramadhan lah madrasah beliau membuat reformasi mendapat kan kekuatan. langkah dan matlamat beliau menjadi lebih kuat, lebih terfokus. kagum dan cemburunya aku pada dia!!

Ramdhan berlalu, membawa semua yg indah2 belaka. sunggguh dalam bulan itu aku rasakan yg lain dari yg lain. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan. jika umur ku masih panjang, aku mohon padamu utk menikmati Ramadhan dgn lebih baik dari kali ini!

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Hari ni saya belajar byk benda

pertama, bila mentadabbur quran ditakdirkan terbaca ayat ni

"Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajamu ke timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu adalah kebajikan orang yg beriman kpd Allah,hari akhir, malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi, dan memberikan harta yg dicintai kpd kerabat, anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-minta,dan utk memerdekakan hamba sahaya, yg melaksanakan solat dan menunaikan zakat, orang-orang yg menepati janji dan orang yg sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang yg benar, dan mereka itulah orang yg bertaqwa" 2:177

pada usrah yg lepas, kami membincangkan apa itu sedeqah, makna luas bagi sedeqah. dan mengapa Allah mendahulukan infaq kpd kerabat. sister ckp boleh check byk ayat infaq Allah letak kerabat dan anak yatim pd rank yg pertama. Ini sudah saya temui byk dlm ayat-ayat Baqarah

dalam ayat di atas, saya dpt menambah lagi definisi taqwa yg slalu kami canang2kan sejak pertama kali mendiskuskan apa itu taqwa.. wahh.. lama kan nak faham taqwa je, ambil masa slama 3 tahun, Subhanallah.. tmbahkan dan mantapkan lah lagi kefahaman kami dgn tarbiyyah, dan bekalan jiwa dariMu ya Allah.

paling best skali dan terkena kat diri ni adalah ayat yang ".....dan org yg sabar dalam kemelaratan, penderitaa......"

uhhh memang sgt terkena kat aku. kalau time2 camni, lepas dah diuji, satu demi satu ujian datang, rasa nak terduduk, rasa nak menangis kuat2, jerit puas2.. marah semua org ke, smpai habis lepas semua ke'emosi'an tuh. tapi Alhamdulillah. Allah duga saya dgn ujian yg sgt berat bg saya. utk menaikkan level kekuatan rohani saya(insyaAllah). supaya lebih kental yg di dalam. tak dinafikan, byk masa saya tak dpt nak control emosi, tp lepas tu Allah jadikan sesuatu utk tunjuk pada saya mana yg patut saya rasakan... sweet betul iman ni.. kalau bleh nak semua org rasa apa yg saya rasa....

masyaAllah. walaupun byk lagi kerja yg saya kena buat(bukan duniawi je), Allah dpt pun melapangkan hati saya malam ini utk menghabiskan satu kerja yg ish dah tak sanggup saya tatap lagi... moga2 amalan ini tidak percuma(bak kata2 indonesia)...hehe


kedua; saya kena belajar menumpukan fokus selepas berdoa kepadaNya diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan

ketiga; saya belajar menghargai ukhuwwah dgn seorang sahabat foreigner yg tidak rapat dgn saya, namun saya menghargai beliau sgt2 sbb dialah tanda islam yg saya nmpak tidak membedakan perkauman, negarawan, sifat atau warna kulit. saya sayang beliau fillah....!

dia telah menghantar sms...cenggini bunyinya; "I know its stressful but its just temporary stress....once u submit it will b fine inshaAllah so take it one step at a time. just do ur best and leave the rest to Allah :)"....

'wink, wink'

syukur pada Mu tak terhingga

p/s: mari memburu lailatulqadr

perasaan anda bila hak milik anda dicurik

apekah perasaan anda apabila kerja hasil titik peluh anda telah dirampas oleh orang laen, ditiru sejibik-jibiknya, dan di claim bahawa itu adalah milik mereka?

wah.. baru saya tahu perasaan tu macam mana....
dan melihatkan muka si pencuri tersenyum, rasa tak tahan plak geram di dada
nampaknya sbg seorang insan yg normal dan punya perasaan, saya tak dpt nak kata yg saya dah redha kat dia.. ish ish..

lgpun Allah telah memberi hak kepada org yg teraniaya utk menuntut bela hak nya sampai maruahnya terjamin semula.

let's see how the things are going to turn out.

rindu

saya tahu saya tak perlu ada perasaan mcm ni. saya rindu pada seseorang yg tak patut saya rindu. seorang kawan biasa zaman muda2 kat sekolah dulu. zaman tak matang. zaman tak kenal dunia. tak faham semua lagi. zaman dlm kealpaan semata.
tapi saya tak nafikan, saya tetap menghargai beliau sbg seorang kawan. kawan saja okay, bukan sahabat. ada makna yg berbeza di situ bg saya.

tipu kalau saya kata saya tak rindu dia. byk benda kami kongsi bersama. walaupun perihal benda2 remeh dan tak matang, tapi dia adalah sesuatu bg saya. kami baik sekejap. tak lama. tapi kesan nya mendalam bg saya. dia mungkin bukan yg istimewa, tapi dia ada yg istimewa,lain dr yg lain.

tak semua benda saya kongsi dgn dia. apatah lagi perihal masalah hati. jarang kami berbicara soal hati dan perasaan.. biasanya basa basi saja. kalau saya marah dia lambat nak faham, tapi bila dah tahu saya marah dia cepat2 fahamkan. dia mintak maaf balik dan tak nak saya marah lagi sebab dia.

pernah dia tak berterus terang dgn saya tentang sesuatu. berkaitan saya, dia dan dia yg lagi satu. waktu tu saya paksa jugak dia bagitahu, sbb dua2 ini bermakna bg saya(at least waktu tu lah). lepas dia dah terus terang, nak gelap dunia saya ni. rasa nak pecah dada. sbb kebenaran itu menyakitkan. saya serik. saya bawa hati jauh2. lama kami tak bercakap. dan lama juga si dia yg lagi satu tu nak mintak maaf pd saya balik. tapi lama2 hati saya dpt terima balik. sb dia kawan saya. tak lebih dari tu. sbb tu boleh ok balik kan.

lepas tu, macam2 dia kongsi. rasa sedih, rasa nak putus asa, rasa rendah diri, rasa nak cabut lari, rasa tak boleh nak teruskan, macam2lah rasa. satu demi satu saya tolong. kata dia, saya member kamceng dia. hah.. 'ye lah tu' kata saya masa tu. saya tak faham pun masa tu memang saya kamceng bagi dia.

sebut pasal dia, sebenarnya ramai yg tak suka. dulu masa saya tak kenal dia pun saya tau ada benda2 tak elok berkaitan dgn dia. tapi tak ada sapa pun yg sempurna. jadi saya hnya terima kekurangan dia dan continue kawan macam biasa.

lepas dah habis sekolah pun saya masih lagi berkawan dgn dia. ada perkara saya nasihat dia, ada perkara saya mintak tolong dan pendapat dari dia. kami tak rapat pun. tapi sekadar kawan tahu menahu perihal masing2.

lama2 byk benda jadi kat dia. tapi dia steady aje. hahah. ye lah tu. lepas tu ada satu kejadian. saya marah kan dia. masa tu saya tak pernah marahkan sesiapa seteruk tu. rasa nak pecah dada tahan marah. tapi masa tu dia pun rasa bersalah. lama jugak saya tak ckp dgn dia. lepas tu saya marah dia sampai saya puas hati. baru saya dpt terima maaf dari dia. sebab saya tak nak dia tahu semua rahsia saya. bg saya, sapalah dia nak tahu pasal semua benda. btul tak?

lepas tu kami lost contact. lama dah tak dgr berita. sekali sekala je. basas basi benda yg sama jugak. kadang2 saya bosan layan cerita dia. buat2 layan je lah. tapi lama2 tak sangka jadi benda serius pulak kat dia. kesian... tapi saya kata kt dia. kena teruskan hidup jugak. tak kan sb kekasih hati nak sia2kan hidup...

tup tup dah lama tak dgr kabar, dah kat tempat jauh dah dia.. kami pun dah byk berubah. hah.. at least saya tau diri saya yg dah berubah. dia? ntah... tak byk yg saya tahu. entah bahagia entah sedih. entah baik entah jahat. dia yg lagi satu pun ntah macam mana kenapa apa dia pun saya dah tak tahu...

sekali sekala nmpak kat facebook atau fster.. haih.. tipu kalau saya kata jauh dalam lubuk hati ni ada rasa rindu kat dia dan dia satu lagi... tapi bukan rindu sampai nak kan semula persahabatan tu. tapi rindu dgn kenangn lama. hah tu lah.. kenangan lama je. bukan nak hidopkan balek zaman tu.

semua benda ada batasan... dan semua atas dunia ni sementara je. jadikan yg sementara itu sekejap, kerana ianya bukan utk selamanya.

yes i miss u guys but not as crazily as i am.. hahah. sorry i am just the way i am. kalau jumpa balik korang ntah macam mana la yek rasa nya.