Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

rindu

saya tahu saya tak perlu ada perasaan mcm ni. saya rindu pada seseorang yg tak patut saya rindu. seorang kawan biasa zaman muda2 kat sekolah dulu. zaman tak matang. zaman tak kenal dunia. tak faham semua lagi. zaman dlm kealpaan semata.
tapi saya tak nafikan, saya tetap menghargai beliau sbg seorang kawan. kawan saja okay, bukan sahabat. ada makna yg berbeza di situ bg saya.

tipu kalau saya kata saya tak rindu dia. byk benda kami kongsi bersama. walaupun perihal benda2 remeh dan tak matang, tapi dia adalah sesuatu bg saya. kami baik sekejap. tak lama. tapi kesan nya mendalam bg saya. dia mungkin bukan yg istimewa, tapi dia ada yg istimewa,lain dr yg lain.

tak semua benda saya kongsi dgn dia. apatah lagi perihal masalah hati. jarang kami berbicara soal hati dan perasaan.. biasanya basa basi saja. kalau saya marah dia lambat nak faham, tapi bila dah tahu saya marah dia cepat2 fahamkan. dia mintak maaf balik dan tak nak saya marah lagi sebab dia.

pernah dia tak berterus terang dgn saya tentang sesuatu. berkaitan saya, dia dan dia yg lagi satu. waktu tu saya paksa jugak dia bagitahu, sbb dua2 ini bermakna bg saya(at least waktu tu lah). lepas dia dah terus terang, nak gelap dunia saya ni. rasa nak pecah dada. sbb kebenaran itu menyakitkan. saya serik. saya bawa hati jauh2. lama kami tak bercakap. dan lama juga si dia yg lagi satu tu nak mintak maaf pd saya balik. tapi lama2 hati saya dpt terima balik. sb dia kawan saya. tak lebih dari tu. sbb tu boleh ok balik kan.

lepas tu, macam2 dia kongsi. rasa sedih, rasa nak putus asa, rasa rendah diri, rasa nak cabut lari, rasa tak boleh nak teruskan, macam2lah rasa. satu demi satu saya tolong. kata dia, saya member kamceng dia. hah.. 'ye lah tu' kata saya masa tu. saya tak faham pun masa tu memang saya kamceng bagi dia.

sebut pasal dia, sebenarnya ramai yg tak suka. dulu masa saya tak kenal dia pun saya tau ada benda2 tak elok berkaitan dgn dia. tapi tak ada sapa pun yg sempurna. jadi saya hnya terima kekurangan dia dan continue kawan macam biasa.

lepas dah habis sekolah pun saya masih lagi berkawan dgn dia. ada perkara saya nasihat dia, ada perkara saya mintak tolong dan pendapat dari dia. kami tak rapat pun. tapi sekadar kawan tahu menahu perihal masing2.

lama2 byk benda jadi kat dia. tapi dia steady aje. hahah. ye lah tu. lepas tu ada satu kejadian. saya marah kan dia. masa tu saya tak pernah marahkan sesiapa seteruk tu. rasa nak pecah dada tahan marah. tapi masa tu dia pun rasa bersalah. lama jugak saya tak ckp dgn dia. lepas tu saya marah dia sampai saya puas hati. baru saya dpt terima maaf dari dia. sebab saya tak nak dia tahu semua rahsia saya. bg saya, sapalah dia nak tahu pasal semua benda. btul tak?

lepas tu kami lost contact. lama dah tak dgr berita. sekali sekala je. basas basi benda yg sama jugak. kadang2 saya bosan layan cerita dia. buat2 layan je lah. tapi lama2 tak sangka jadi benda serius pulak kat dia. kesian... tapi saya kata kt dia. kena teruskan hidup jugak. tak kan sb kekasih hati nak sia2kan hidup...

tup tup dah lama tak dgr kabar, dah kat tempat jauh dah dia.. kami pun dah byk berubah. hah.. at least saya tau diri saya yg dah berubah. dia? ntah... tak byk yg saya tahu. entah bahagia entah sedih. entah baik entah jahat. dia yg lagi satu pun ntah macam mana kenapa apa dia pun saya dah tak tahu...

sekali sekala nmpak kat facebook atau fster.. haih.. tipu kalau saya kata jauh dalam lubuk hati ni ada rasa rindu kat dia dan dia satu lagi... tapi bukan rindu sampai nak kan semula persahabatan tu. tapi rindu dgn kenangn lama. hah tu lah.. kenangan lama je. bukan nak hidopkan balek zaman tu.

semua benda ada batasan... dan semua atas dunia ni sementara je. jadikan yg sementara itu sekejap, kerana ianya bukan utk selamanya.

yes i miss u guys but not as crazily as i am.. hahah. sorry i am just the way i am. kalau jumpa balik korang ntah macam mana la yek rasa nya.

0 comments: