Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

disangka kan panas ke petang, rupanya hujan di tengahari.....

ok tajuk tak boleh blah ok, sbb ada kaitan dgn lagu orchestra zaman sekolah dulu. tapi insyaAllah, post kali ni bukan utk lagha time... semoga saya dan anda yg membaca dpt byk2 muhasabah dan manfaat, amin...

Cerita 1
Berada dlm board meeting, macam tengah meeting untuk syarikat pula. Katanya, "this is office".. ok, office pun office lah, kalau pakcik faham mcm tu, siapa saya nak judge pakcik. Tapi lepas pakcik ckp satu ayat tu, kenalan2 pakcik semua pandang saya, dan pandangan diorang macam pandangan hina. Pandangan kepada seorang yang bersalah tapi ada cerita yang diceritakan kepada si pemandang-pemandang tadi yang membuatkan hati si pesalah terdetik,"mesti diorang pandang mcm tu sbb pakcik seorang peluah perasaan yang mantap, dan mestilah mereka biased terhadap pakcik, pakcik bespren diorang..."

Mula-mula pesalah terasa bersalah, tapi tak delah terasa sangat, sebab pesalah dah lupakan perkara dulu. Pesalah ingat pakcik dah moved on jugak, sebab pesalah ingat pakcik lebih matang dari dia dan mempunyai byk lagi benda nak difikirkan selain pesalah yang budak dan masih mentah. Pesalah dah lama moved on to next episod hidup dengan pengajaran baru. Rupanya, Allah takdirkan kali ni episod baru untuk si pesalah ada flashback. Sangat drama, tapi drama ni lebih best la dari drama Manjalara. At least pada si pesalah mungkin.. haha

Pesalah minta maaf. Pesalah takut, kalau2 pakcik masih simpan apa2 di dalam hati. Tapi Allah lah yg berkuasa atas hati pakcik. Sekuat mana pun pesalah mintak maaf, selagi pakcik belum bersedia menerimanya dan Allah meredhai hati pakcik berubah, selagi tu lah pesalah tak dapat nak padam kisah lalu. Pesalah dalam dilema, tapi apakan daya. daripada dok pikir pakcik maafkan ke tak, lebih baik pesalah berusaha dengan belajar menjadi yang lebih baik. Dan cuba untuk buat perkara lebih rasional dalam menjalani hidup si pesalah.....


Cerita 2
"Apa perasaan awak lepas meeting tadi?"
"Saya rasa malu"

-Pang- nah ko sekali.... Saya hairan, mula-mula saya terfikir kenapa malu. Oh patutlah... Saya tidak menyalahkan ukhti, walhal, kalau saya di tempat ukhti, saya pun akan rasa mcm tu jugak. Saya tahu semua episod2 ini ada hikmah dan pengajarannya.. Tapi pengajarannya kita selalu terlepas pandang.

Kita selalu rasa kita sorang je yang betul, dah cukup baik. Orang lain semua tak betul.. jadi apa gunanya kita baca, tadabbur, dan hafal Al-alaq, Al-lail? Allah tidak suka pada orang yang 'Bakhila wastagna" dan "Insana la yathgha' dan orang yang berkata-kata tapi tak buat.....

Kita selalu rasa, cara ini salah, tapi kita tak cuba perbetulkan dan cari inisiatif untuk elak fitnah yg lebih besar... jadi apa gunanya kita mencanang2 tentang dakwah?

Kita selalu rasa si Fulan ni ada masalah adab, si fulan itu pula ada masalah kepimpinan, kita judge si fulanah pula.... jadi apa gunanya kita membaca hadis berkenaan Ukhwah Islamiyah, hadis ke 13? Hadis yang menjelaskan bagaimana berkasih sayang kepada semua, tak kira tahap keimanan, semua tu Allah yang judge, kita tak tahu...

Kita selalu rasa, nak marah... kita yg ada fikrah saja yang betul. Jadi apa gunanya kita mendengar dan turut mencanang2 dunia realiti ini?

p/s: tulisan sangat tak mantap. asif... itu sahaja yang termampu setakat ni.. dan rupa2nya macam tak de kaitan sgt eh dgn title?

0 comments: