ataupun anda telah lama berada dalam satu episod hidup, anda ter'stuck' disitu, tiada perubahan, jadi mungkin antara ini adalah salah satu sebab kurangnya rasa nikmat tu. Anda tidak cuba melihat sesuatu perkara dari berbagai arah dan sudut, mencari2 kemungkinan pengajaran dan hikmah di sebalik sesuatu perkara tersebut.
pernah saya melalui episod-episod kehidupan, setelah beberapa lama diperkenalkan dgn tanggungjawab sebenar seorang hamba, jadi saya telah mewajibkan diri menjalankan tanggungjawab2 tersebut sehabis baik. sehingga terlupa diri, terlalu emosi, terlalu menjadi seperti robot. saya tidak meluangkan masa langsung untuk bermuhasabah. jadi, bila jatuh terduduk, lalu menangis tanpa henti menjadi penghabis kejatuhan.. tetapi saya tidak menyesal pun, saya bersyukur, akhirnya air mata bisa jatuh lagi. lalu baru saya kutip nilai2 sebenar dan pengajaran episod hidup itu. ini suatu nikmat...
kemudian saya dirundung lagi pelbagai cabaran. kali ini berbeza, kerana saya telah melahirkan diri saya yg baru. tetapi, ketika itu saya hnya perasan seorang diri! walhal saya masih merangkak dari kejatuhan, lalu saya tergelincir, dan jatuh sekali lagi. kali ini, saya marah dgn diri sendiri. jadi seminggu hati dan badan yang sudah seperti robot, juga menjadi manusia kembali. tetapi lebih teruk, saya menangis satu hari tanpa henti. air mata dah jadi macam oksigen. ke mana saja saya pergi, pasti jatuh. berhenti sekejap, beberapa minit kemudian saya menangis lagi. seperti air terjun je. smpai saya pun rasa nak marah lagi. aduii..
rupa-rupanya, saya belajar lagi. saya belajar, saya perlu kepada fitrah. saya perlu kpd solat malam. saya perlu mengadu kepada Allah dahulu, dan cuba menjadi manusia dgn mengekspresi diri kepada sahabat2. saya belajar banyak benda. tetapi ada satu perkara baru yg saya juga tak sangka ianya nikmat islam...
ketika dirundung kesedihan dan kesepian, saya jadi kurang bercakap. bertambah rundung lah lagi masalah saya! haha... saya cuba mencari sesuatu, utk mengubat perasaan. terima kasih Allah, seperti Kau menggembirakan hati Rasulullah dgn peristiwa naik ke langit selepas kematian dua orang paling penting di hati baginda, seperti itulah Kau sendiri membuat aku tercuit hati. tercuit hati hnya dgn terpandang suatu cerita yg tak ternian langsung nak tgk. sedang tgn melipat2 kain di depan tv, tiba2 ter tune cerita hindustan mana ntah. cerita komedi. tapi bukan jalan cerita nya yg menarik. tetapi hnya komedi pelakon utama tu saja. bila tergelak tgk gelagat dia, terus rasa 'ish, dah lama sungguh tak gelak'. lama sungguh, ya, rasa kepayahan utk senyum dan tertawa tiba2 berjaya dipecahkan... sgt bersyukur. terima kasih jugalah pada Allah, raut wajah encik pelakon yakni anak kepada Rishi Kapoor bak kata Cik Sadaf Majid, berjaya mencuit hati ini. anda kini menjadi orang istimewa, haha.. boleh tak. ok takdelah istimewa sgt, tp bila ternampak muka anda lagi, saya pasti teringat episod hidup saya itu. jadi anda juga watak sampingan yg tetap penting dlm hidup ini.
dulu pernah saya terfikir, kenapa Allah cipta benda2 yg tak penting, dan melaghakan kalau Allah tak nak kita lalai.. dan saya bertnya pada Sis... dia kata,'Akak rasa itu adalah salah satu rahmah Allah'
Ya, saya sgt setuju sekrg. Saya sgt setuju, Allah yg Maha Penyayang tidak akan membiarkan hambaNya bersedih. tidak akan membiarkan hambaNya hilang arah walau segala mcm percubaan utk keluar dari masalah telah dilakukan. Terima kasih ya Allah!
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
2 comments:
benar sekali. nikmat Islam tak boleh di ucapkan.hanya boleh dirasakan oleh tuan punya diri.....
btul tu. tp skrg muka pelakon tu melekat dlm bening ni. adui. satu ujian pulak nak kena buang!!!
Post a Comment