Subhanallah Alhamdulillah wa Lailahaillah wallahuakbar
Semakin lama berada dalam tarbiyyah, semakin ku rasa satu keindahan nikmat menjadi seorang hamba. Kita sbg manusia selalu menampakkan diri kita bahawa segala keputusan yg boleh dibuat hati dan tangan adalah kepunyaan kita. Dan dalam jangka masa dan skop yg limited, kita rasa kita dah buat yg terbaik dah. Tapi terkadang kita lupa, boss kita, raja kita lebih baik dlm merancang.
Aku selalu kata aku tidak mahu mementingkan diri dalam menjadi seorang anak. Dan kalau boleh aku rasa aku nak jadi yg terbaik dalam dakwah. Ahh.. persetankan semua itu skrg. Aku hanya perasan!
Aku selalu berat hati apabila keadaan seperti memaksa aku untuk pulang ke rumah. Kerana kekangan dan hak2 yg lain belum habis lagi ditunaikan. Terasa berat, ya berat sungguh. Aku selalu rasa byk lagi tanggungjawab tak terlunas. Aku pentingkan diri sendiri!!
Pada hari sekian sekian yg lepas, seperti biasa aku yg gopoh(keburukan!!!!!) suka me'rush'kan diri utk jadi punctual dan amanah dalam pekerjaan amalku. Dgn izin Allah dan kuasa takdirNya, kepalaku berdarah. ahah... ok not too bad. just a cut yg org manja je yg akan gedik over that. Well, daie tak boleh manja.
Aku teruskan langkah ke Uni, hasrat menunaikan janji yg terbuku. Last2 tak jumpa pun org yg dah dijanji. Terlupa sebentar tentang jasad tapi kukuatkan juga sbb ish byk lagi kerja!!!!!
Sampailah aku rasa dpt ilham utk melayan jugak cedera tu, seorang kawan yg kini sudah terbiasa rapat dgn ku, menjadi 'mangsa' utk mengobserve kepalaku. Dialah tentera Allah yg dihantar utk mengasihi ku sebentar. Tidak terniat aku hendak memilih mana2 sahabat lain. Takut menyusahkan pula. Tapi entah kenapa yg ini aku main hambar saja tarik ke tepi. Byk kali ucapan maaf terkeluar dari bibir kerana mungkin dia tidak mahu terlepas kelas.
Aku jadi takut jugak sbb mana boleh aku biarkan luka sekain panjang tidak dicuci dari pagi. Sungguh bodoh sombong lah kalau seorang yg belajar mikrobiologi tidak mempraktikkan kefahaman ilmu itu dan first aid luka dlm kehidupan hariannya. Dush Dush!
Tapi perancangan Allah lebih baik. Jalan yg terbuka luas menjadi pilihan yg memudahkan ramai pihak ialah dgn memilih utk pulang ke rumah. Destinasi yg sgt aku elakkan dari awal tadi..Dalam hati, rasa berat bercampur baur dgn takut menyusahkan emak dan ayah pulak.
Adik cool saja, sprt kakaknya(ceh masuk bakul angkat sendiri) walaupun dah marah2 suruh bukak jugak puasa tu. Tp sayanglah kalau bukak bila dah pukul 3. Bila rasa pening, tido je lah yg menjadi keputusan paling bijak setakat tu.
Bila pulang, aku terasa kasih ibu yg tak ternilai tu. Bila aku berani meluahkan apa yg terjadi, ibu jadi resah. tak senang duduk. Nak menangis tapi tak terkeluar. Nak marah tapi tak sampai hati mungkin. Tapi aku sprt biasa, menafsirkan kerisauan ibu sprt kemarahan yg selalu. Jadi aku menangis jugak. Menangis sbb ibu tak nak tgk pun luka. Sampai hati mak....
"kenapa mama nangis eh?" Penting diri sungguh si anak ni!!!!!
Setelah berwuduk dan meluah perasaan sebentar bersama adik, aku jejakkan kaki ke dapur jugak. Rasa bersalah sbb mak terpaksa tiba2 sediakan makanan sbb di rumah tak ada makanan waktu tu. Terkejut sebentar mendengar seduan mak smbil memasak kuey teow dia yg sedap tu. Mataku jadi berair sekali lagi. Namun, kugagahi jua supaya tidak merosakkan mood makan.
Malam itu, lepas solat maghrib, mama menemani ke klinik. Eh, bila dia keluar bilik, dia sudah ceria dan rasional. Ya, selepas mama dah solat mestilah tenang. =)
Aku risau apalah kata doktor nanti. Perasan sorang2 yg akulah paling sakit ketika itu.
Bila masuk ke klinik, ahhh! doktor lelaki.. malunya malunya malunya!!!!!! Taknak tgk muka doktor bila dia cucikan luka di kepala... Taknak tgk muka doktor bila dia cucuk di lengan. ah sadis sungguh! (penting diri lagi!)
lepas dah dirawat baik, tiba-tiba "ha, bgn bg mama pulak"
"eh eh, apekah" (tu la sapa soh perasan sgt)
doktor kata tatkala rawat mama "blood pressure naik, cholestrol naik... minum green tea... makan D-cal la kak... bantu absorption tulang.. sbb dah tak ada rahim.. production estrogen spatutnya bantu absorptin tulang...yada yada yada"
Ya Allah rupanya mama lagi teruk dari diri ini. Mama lah yg patut lebih diberi perhatian. Mamalah yg patut dirisau kan. Bukan anak-anaknya lagi. Mama lah yang patut diberi perhatian.. tambah lagi Jumaat ini 26/3 hari kelahirannya. Dialah yg wajib dibantu dan diberi peringanan rasa. Ya, Allah. apa punya anak ni!!!!!
Sungguh tidak terucap kata syukur pada Allah, kerana membuka petunjuk yg satu, ringankanlah pula beban yg selalu ibu tanggung dan jangan jadi anak yg pentingkan diri! Terima kasih ya Allah. Sungguh tidak pernah akan ku mampu utk sentiasa membalas kasihMu dan rahmahMu....sungguh hamabaMu ini hina dina.
Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]
membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih
aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala
aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih
Mama, kutujukan lagu ini selalu buatmu. Agar kau sentiasa tidak risau lagi tentang anakmu yg sorang ini. Aku ingin menjadi sprtmu. Tabah dalam tekanan yg sering melanda, tidak pernah tinggalkan solat dan kuat berdoa. Menjadikan tikar sembahyang tempat pengaduanmu. Menahan segala rasa di dalam hati, agar kuat dlm mendidik anak-anakmu
0 comments:
Post a Comment