hari ini dimulakan dgn penuh plan yg terperinci, terlupa pulak bila dah menjelang maghrib, hari baru dlm kalendar Islam bermula.. Satu hari badan saya penat, penat kerana slah sendiri, tak boleh tidur, kerana terlalu byk fikir. Ahh.. saya tak suka sifat tu, sbb di situlah syaitan mudah menghasut saya... Auzubillahiminashaitanirajim.
Sedikit demi sedikit kecewa apabila rancangan tak mengikut kehendak hati. Tetapi kan perancangan Allah yg lebih baik? "tak boleh buat hari ni buat lah hari lain.. kata mak." Wah, jiwa muda memang selalu tak sabar kan kan? Sebab tu kena selalu merujuk kepada org yg lebih berpengalaman..
Lepas balik dr pos office dgn sedikit kecewa, sy cepat2 solat Asar dan mandi, kerana tak tahan panas. Dan tak sabar nak tidur. Sb jasad dah tak larat lagi. Tertidur dan cuba menukar lokasi tidur supaya tak terlajak meninggalkan Maghrib. Di rumah, mak yg pastikan sy bgn dan solat. Beribu kali jugak mak bebel2. Thank you Allah. Mak kejut dgn sgt berhemah. Sbb dia tahu sy penat. =)
Kemudian sy smbung routine2 rumah, terlupa hari paling agung itu sudah bermula. Hari Isnin, 12 rabiulawal. Di mana ada salah seorang sahabat bermimpi, Abu Lahab di neraka merasakan dikurangi seksaannya pada setiap kali Isnin, kerana pada hari kelahiran Muhammad, dengan gembiranya Abu Lahab bersedekah makanan kepada orang ramai (sila check semula kesahihan cerita ini kerana saya membacanya dari buku novel Abu Bakar, Abdul Latip Talib).
Patutlah malam ni saya rasa mengantuk bangat. Patutlah sy rasa selamat, syahdu, sepi nya malam tatkala membuka pintu kereta tadi saat keluar dlm pukul 10 lebih.
Pelik manusia tutup kedai dgn awal pada hari lain sepertinya macam lewat lagi.
Padahal taukenya non-muslim?
Sementelah adik saja yg disimpati, setelah hari sukan di sekolah, tiba-tiba esok kena berarak lagi.. Kesian adik. Dah la penat, kena paksa pulak berarak sprt daku yg dulu tak tahu kenapa la nak kena berarak ni? Rasa malu pulak sb tak tahu what is the point berarak sebenarnya? yg skrg saya tahu itu semua bidaah. Tapi tak salahlah kalau kita berselawat ke atas junjungan mulia itu. Kesian adik, sempat berceloteh kejap pd adik utk tak kasi dia rasa berat hati sgt.
Semalam baru sahaja seorang sister share bagaimana kita meletakkan Rasul dalam tangga2 cinta kita? Adakah selepas ibu, atau suami, atau Allah? Fikir2kan tahap iman kita, yuk...
Macam mana nak pupuk rasa sayang pada Rasul?
Saya pun tak pasti cara mana yg berkesan di berlainan hati-hati manusia. Menyelami kisah sirah Rasulullah adalah cara bagaimana saya selalu menitiskan air mata merindui Baginda. Terasa cemburu dgn sahabat-sahabat lain boleh mencium dan peluk Baginda. Bagaimana sayangnya mereka kepada baginda, kerana apabila baginda dalam keadaan bahaya, mereka berjuang bermati-matian mempertahankan sumber wahyu itu.
apabila baginda wafat, mereka menangis sedih, kerana terputuslah wahyu dari Allah buat selama-lamanya...
Wah, bagusnya mereka. Tinggi sungguh iman mereka. Kita? Kita yg mengimpikan Islam mula menjadi kuasa dunia ni?
Pernah kah kita merasai terhutang budi pada baginda?
Pada setiap titis darah baginda curahkan di Taif
Pada setiap ketabahan hati menanggung peritnya bersujud dgn uri unta diletakkan di atas bahu baginda?
Pada setiap titis air mata baginda tatkala kehilangan isterinya yg tercinta dan pakcik kesayangannya?
Pada perit jerihnya menahan sakit besi tertusuk di pipi?
Pada masa yg baginda luangkan melebihi keluarga baginda sendiri kpd umat?
Pada rasa cintanya pada KITA?
Berselawat..
Hayatilah selawat kita, seolah-olah kita sedang mengucapkan terima kasih pada baginda.
yang menjadi perantara langit kepada Umat ini.
Yang kini wahyu itu sering dibaca-baca. Penuh nikmat membaca bait-bait indah wahyu itu.
Jom feeling bersama
"Ya Allah, berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad sebagai hamba-Mu, nabi-Mu, dan rasul-Mu; nabi yang ummi. Juga kepada keluarga dan para sahabatnya serta berilahkeselamatan sebanyak yang terjangkau oleh pena-Mu dan yang terangkum oleh kitab-Mu. Ridailah ya Allah, para pemimpin kami; Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, semua sahabat, semua tabiin dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik sampai hari Pembalasan" (dipetik dari al-Mathurat; zikir yg disusun oleh Imam Hassan al-Banna)
p/s:ditulis dalam mode selepas membaca kisah-kisah sahabat dan kagumnya bagaimana baginda mendakwahi mereka T_T
0 comments:
Post a Comment