Sementara jam pasirku masih berjalan, sementara ianya masih fresh dlm ingatan dan hati setiap insan yg merasai kehilangan seorang rakan di Monash, saya ingin jugak tumpang buat coret2 hati.. =) Sungguh tak disangka2, dan memang saya juga antara salah seorang yg terkejut dgn pemergian arwah walaupun tak kenal rapat. Ketika membaca msg forwarded dari rakan, saya sedang menelefon kakak dgn telefon rumah, bila dah habis baca, terus saya terlupa dan terus letak ganggang phone. Saya terduduk, saya bgtau mak. Hati saya berdegup kencang, ish, susah nak terima.
Selepas berbasa-basi menanyakan tentang keadaan dan asal-usul perkara sebenar, mak hanya ckp; "ckp lah Innalillah... dah ajal dia"
ya, Allah telah mendahulukan takdir arwah ke atasnya. Arwah telah pergi, pergi meninggalkan keluarganya, rakan-rakannya... pergi ke satu alam lain, bukan alam ini lagi. Saya syahdu membaca semua shout out dan post2 di facebook arwah. Saya tak delah rapat pun dgn arwah, tp mungkin sudah lama terbiasa nmpak arwah di lab dan kelas2, bercakap pun pernahlah jugak. Saya sgt pelik. kenapa sgt terkesan dgn tempias berita kematiannya..Telah ditakdirkan sebelum arwah ke dunia ini, dia hanya akan hidup selama 20 tahun. mungkin saya sgt2 terkesan dgn kematiannya, kerana dia byk persamaan dgn saya. belajar course yg sama, tempat sama, asal negeri yg sama, dan umur yg sama. Dan 1st time buat saya kehilangan kawan2 yg berdekatan.
Kemudian saya menghitung-hitung, muhasabah semula. Baru nk ingt mati. Sgt terkesan. dan sgt takut juga.
"dik, takut tak mati?"
"takut. takut masa nk jmpa Allah nanti"
Subhanallah. bagus adik ingatkan kakak. Ya, kakak pun takut dik. takut jmpa Allah. takut bila pegang buku amalan sendiri.
Teringat kat drama Nur Kasih. Ramai yg syok2 tgk drama tu, mgkin sbb cinta Islamiknya. tp tak ramai yg x dpt tgkap pada pengajaran asal yg mungkin si penulis nk smpaikan pd para penonton. dan saya juga mungkin termasuk antara org2 tu. ingt tak masa awal2 trailer Jalaluddin Hassan ada ckp psl hadis yg slalu kita dgr dari kecik.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Saya mula memuhasabah diri. Kematian arwah tidak boleh dibiarkan sia-sia, meratapinya sudah tiada gunanya. Dan mungkin Allah juga mahu memberi kita peringatan, masa kita akan tiba, jam pasir kita akan tamat waktunya. every breath that we take is a step towards death. iya, saya pasti itu. saya mengimaninya. Kerap kali saya berfikir mengenainya, dan ada juga dua tiga kali terpacul keluar dr mulut psl mati. Ahah. sampai adik saya pun marah sbb tiba2 obses psl kematian.
Antara tiga perkara yg disebut dlm hadis di atas, saya kurg satu. Saya belum mempunyai anak. Dan saya pun tak tahu sama ada saya punya rezeki utk bertemu jodoh dlm masa terdekat. Atau ajal dtg mendahului segalanya? Saya hanya ada 2 peluang itu sahaja, dan adakah saya bisa memaximizekan masa saya utk kedua perkara ini? Jom sama-sama kita muhasabah.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?(4:78)
Kita hanya bisa mendoakan arwah. Semoga dosa2 nya Allah ampunkan, dan semoga rohnya dlm rahmat dan kasih-sayangnya. Arwah sgt disayangi. ramai kawan-kawannya mengingati kebaikan arwah. Saya sgt kagum dgn arwah, beliau sgt menjaga hubungan nya dgn kawan. tak pernah sakitkan hati kawan, dan sgt menjaga hati rakan-rakannya. Saya dpt membuat kesimpulan tersebut, berdasarkan pergaulannya dgn rakan-rakan, dan cara dia berckp dgn semua org. Saya tak sempat jmpa arwah utk meminta maaf jikalau ada dosa2 yg tidak terampun, atau hak SH yg tak saya smpaikan padanya. Mana tau di sana dia bakal menuntut??Ya Allah takutnya saya.
Saya baru sahaja diuji dgn hubungan antara manusia dan dgn Allah. Saya juga mula menhitung diri. Ya Allah, byknya aku buat dosa kat org, buat dek je. Hubungan dgn manusia lagilah kena jaga. Kalau berdosa dgn Allah, boleh bertaubat dan memohon secara direct, tp dgn manusia? kita tak tahu bila kita akan mati, atau org2 di sekeliling kita, dan kita taktau pun bila kita akan berpisah dan akan jmpa kembali...
Jom2... kita muhasabah!
Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan.(28:88)
1 comments:
Jzzk ukhti.
Peringatan yg sgt berguna.
Sy nk ambil peluang ni nk minta maaf segala salah silap sy dr hujung rambut sampai hujung kaki.
ana uhibbuki fillah =)
Post a Comment