Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Hati ini


hati ini bebas, hati ini telah dimerdeka kan oleh Tuhan. hati ini tidak mungkin sama seperti hati kamu lagi. aku bersyukur walaupun engkau tak memahaminya....

aku sudah tidak sakit hati lagi, walaupun aku masih kecewa dengan kamu.
engkau dagingku, darahku, tapi engkau yang melontarkan kata-kata itu.

engkau tidak memahaminya dan aku juga faham kenapa engkau tidak dapat memahaminya. aku tidak boleh memaksa engkau mengaku minum air barli tu sedap, sebab kau tak pernah jumpa atau tak pernah minum air barli. Padahal air barli itulah yang menyejukkan, banyak khasiatnya, mencuci toksik badan, bagus utk buah pinggang.

Mereka adalah sahabat-sahabatku, yang aku ketemu dgn takdir Allah. Kalau Allah tak temukan aku dengan orang2 macam ni, mungkin aku di tempat lain. mungkin aku sedang belajar di ipta, berhempas pulas menjadi doktor(kerjaya idaman ramai dan impian terpendamku sendiri), berkapel, syok sendiri, dan riak terus dgn apa yang ada pada diri. Tapi Allah lebih menyayangi aku. Dan aku bersyukur dengan kasihNya walaupun skrg aku mungkin nampak macam orang kurang dari segi pelajaran dan kerjayanya, aku masih lagi tidak mempunyai buah hati,aku tidak pandai melaram dan tidak nampak cantik atau pun aku masih lagi tidak pandai berfikir pasal duit dan nak berfamily dan sebagainya. itu semua kerana hati ini merdeka, dan telah menyerahkan itu semua kepada Allah.....

Dia sahaja yang tahu bila aku akan menyusul.....

peringatan untuk hati ini


Handphone berbunyi, nada dering 'Your Mother' dikhaskan menjadi ringtone untuk ibu yang selalu disayangi. Tangan mencapai dengan tiada prasangka langsung terhadap ibu. Sungguh determined untuk tetap pergi. Namun,beberapa bait kata dari ibu telah mengecewakan hati. Mantra apakah ibu guna, sehingga tidak terkeluar langsung sepatah dua untuk mempertahankan kata-kata ini. Mungkin kerana tidak pernah dan tidak suka menjawab, kalau boleh mahu mengelak dari menjawab, nanti yang keluar dari mulut semua tidak enak belaka. Al-maklumlah, terlalu jujur sangat nanti.

Namun, hati tidak mahu cepat mengalah. Mana mungkin, sahabat seperjuangan sedang dirundung hatinya. Kalau itu terjadi pada diri ini, pasti dia sudah berada di sisi. Pasti dia akan melakukan apa sahaja untuk membantu. Dia lah sahabat jatuh bangun. Dia juga sahabat yang makan sekali, tidur sekali. Susah senang pun sekali. Bersama-sama mengenali dan terhantuk dengan tarbiyyah. Bersama-sama bertatih, belajar erti hidup dan perjuangan.

Mana mungkin seorang sahabat akan meninggalkan mutiara hatinya di saat ini?
Aku mahu menjadi seperti Abu Bakr kepada temannya ketika dicemuh, ketika dipulau, ketika disakiti, ketika sedih, ketika perlu kepada hijrah, juga yang paling tenang untuk menenang kan Umar.

Terima kasih ya Allah, tidak terhingga. Jikalau aku tidak mengenali tarbiyyah ini, pasti aku tidak ketemu dgn keindahan ukhuwwah ini. Semua sahabat-sahabat tadi malah memberi nasihat yang baik.
"Beritahu lah emak, kan nak pergi jauh"
"Takpelah, nak buat macam mana, kan emak dah tak bagi"

Ikutkan hati yang pelik ini, mahu saja didiamkan supaya ibu tak kata 'Jangan'. Dan hanya diberitahu bila sudah sampai atau sudah berjalan ke sana.

Terima kasih juga ya Allah, jika tidak keranaMU, pasti aku juga tidak belajar kepentingan berkat dan restu ibu dan bapa. Dan kali ini, berita kematian ayah sahabatku juga mengingatkan ku untuk terus menjadi anak yang soleh.

Walaupun mahu saja terpacul ayat-ayat kurang enak "Kalau yati di tempat dia, macam mana tu"

Jadi hati, teruskan lah berdoa. Teruskanlah berharap pada Allah.
Teruskanlah memohon kekuatan dariNya. Teruskanlah mecari kekuatan, walaupun peristiwa ini menonjolkan tanda-tanda ujian yang bakal ditempuh lagi dalam fasa hidup selepas belajar dan bekerja. Teruskanlah bermujahadah mencari keikhlasan dalam pengabdian. Teruskanlah tabah dalam meniti hari-hari dan sisa hidup yang ada, meniti kasih sayang Rabb yang tidak terhingga, walaupun terpaksa menelan duri-duri dalam daging sendiri....

Bersabarlah wahai hati, demi mencurahkan kasih kepada hati-hati yang lain......

IMAN wa AMAL, like a chicken and egg


bismillah

Dalam lecture subject Molecular Biology & Biotech(MBB), lecturer saya akan selalu sebut perkataan terkenal beliau, macam tagline subject ini pulak 'like a chicken and egg'.

"You can't only have an egg without chicken in the first place, and You can't only have the other way round right? Chicken grows from an egg"

An example,gene and vector. You can't express a gene without vector, what is vector if no gene to be expressed??.
Note that gene are expressed by using vector as tool to transfer gene into a host.

Example again, gene and protein. Protein yg berguna adalah dtgnya dari gene yg serba lengkap di'transcript' dgn detail tanpa error. Dan gene tidak akan diekspress bila protein belum deficient or inactivated by protein.

Itu contoh perkaitan yg digunakan dlm memahami subjek yg sungguh amat kompleks itu yakni MBB.(sedap tak nama subjek susah tu..lol)

kesimpulannya...Satu kitaran yg mudah difahami.

Jadi apa kaitan nya dgn IMAN wa AMAL?

Hmm... Di dalam al-Quran, apabila Allah menyebut atau menyeru orang-orang yg beriman pasti tidak ketinggalan amal soleh sebagai rentetan.

allazi na amanu wa amilussolihat....

bunyinya seperti kita kena beriman dulu sebelum beramal.

IYA itu betul. kerana amalan tanpa iman adalah sprt debu yg bertebgn di tiup angin kencang...

tetapi, amal kita slalunya akan reflects iman kita juga... ketika amal sudah berkurangan, mungkin kerana iman sudah berkurangan. Atau sedang mengalami keteronggokan. Atau sudah lupa digilap dgn amal. Atau amal menjadi rosak kerana noda-noda hitam atau kaca-kaca ketidakihkasan hati.

Contoh realistik

"Kalau saya tinggal qiyam, apa-apa jenis peringatan yang didengari atau dibaca menjadi kosong. Tetapi kalau saya buat qiyam, even peringatan itu pernah didengar,simple dan sekejap, sangat amat terkesan dan menjadi best tanpa disedari atau disedari" (kata-kata seseorang yg di tulis semula dalam bentuk lain)

"Kalau saya jaga solat, tak kan rasa ada kekurangan. Tapi kalau tertinggal mesti jadi compang camping"(rakan sekolah)

"kejap. akak nak solat dulu.minta petunjuk"(seorang kenalan)

"Amal fardi kita penting. terutama zikir kita yg dibaca setiap hari. Baca tak mathurat setiap hari? Dah baca, ada tak kita menghayatinya?"(seorang naqibah)

Nak beramal satu hal, nak istiqamah satu hal, nak menghayatinya pula satu hal yg lain pula. Sungguh benar. Ini berdasarkan pengalaman dan cubaan try and error.

Peringatan ini adalah selalu ditujukan terutama buat diri ini, yg mungkin sedang syok sendiri..lalala lala

p/s: Sorry to all readers, I used three languages a bit here and there in my sentences. But then you should know by now that I am not a good writer in any kind of language. So bear in mind, people!=p

Sedarlah... Is Allah satisfied with us?


We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Oh lelaki!


Seorang lelaki nisbah nya kan empat....

wow! statement controversial, paling disukai oleh kaum yang dinisbah dan kadang-kala ditempelak pula oleh kaum yang dinisbahkan kepadanya (tak payah paham pun takpa).

Tunggu dulu. Jangan bangun, atau pergi minum air, atau tekan tanda x kat atas tu. Kalau anda nak tau, baca la lagi....=D

Saya mempunyai sebab yang tersendiri mengeluarkan statement itu. Kenapa?

Saya bukan nak sentuh bab kahwin. Tapi saya nak sebut tentang kuasa taghyir pada kaum lelaki. Ya, mereka mempunyai kelebihan dalam mengubah. Sangat banyak. Kadang-kala saya juga cemburu pada kelebihan-kelebihan mereka.

Manakan tidak? Nak mentajmik mereka sahaja sudahlah susah. Pelbagai cabaran perlu diharungi. Kena redah pagar egonya yang tinggi, kena runtuhkan tembok-tembok ke'poyo'an mereka, kena cuba pelbagai bahasa. Terkadang bersama TQ mahupun ANF, kami terkial-kial bagaimana ikhwah mencari madu'. Bila duduk bersama seorang zaujah pula baru tersedar mereka adalah lebih hebat.

Manakan tidak, bilamana memang susah nak cari mutiara-mutiara rijal di sebalik rimbunan pemuda-pemuda yang masih tidak dan belum matang. Kuasa Allah lah nak tarik mana-mana hati yang Dia nak. Bila hidayah datang menjemput mereka mensucikan diri, menyahut seruan Ilahi, wah wah wah! Bukan main dahsyat lagi perubahan yg berlaku pada diri mereka.

Terlebih kagum pula bila mendengar serba serbi kisah bagaimana usrah dan tarbiyah diri mereka. Begitu berdisiplin. Ya, saat seorang sister menempuh alam baru bersama zaujnya telah juga memperkenalkan aku dengan beberapa sifat brothers. Punctualnya mengalahkan guru sekolah ku. Nak lihat muka pun rasa segan. Malu pada diri sendiri yang kurang dalam bab-bab disiplin ni.

Namun, segala puji-pujian juga buat Allah. Mungkin ada hikmah mengapa mereka begitu sedikit dan payah untuk ditarik ke jalan ini. Sebab dan asbab yang ditampakkan mungkin tidak benar, walhal hanya sangkaan-sangkaan sahaja.

Ye lah. Bila nampak lelaki yang penuh karisma dan terkedepan dalam beberapa sifat-sifatnya, tetapi tidak dilandaskan taqwa dan berpaksikan tarbiyyah, adui... sakit sungguh hati! Rasa sangat geram! Rasa sangat rugi! Walhal dia juga saudara semuslim. Mahu saja pergi dekat,dan tampar pipinya dan menjerit 'Ya ayyuhal mudassir!' Sekuat-kuatnya kalau boleh.

Buat mana-mana ikhwah.... renung-renungkanlah. Anda bakal menjadi zauj, juga bapa. juga datuk, lazimnya pemimpin juga adalah di kalangan kaum anda.Lalu, apa lagi yang perlu saya katakan?

p/s: tumse na jaane kiu

Rezeki... sempena musim exam


'Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya, dengan kembali (bertaubat) kepadaNya,kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah, biarkan mereka mengingkari rahmat yang telah Kami berikan. Dan bersenang-senanglah kamu, maka kelak kamu akan mengetahui. Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, yang menjelaskan (membenarkan) apa yang selalu mereka persekutukan dengan Tuhan?

Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa.

Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang dikehendakiNya). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman'

Ar-Rum: 33-37

Petikan tulisan di bawah adalah bukan hasil tulisan saya. kredit to Muntalag.wordpress.com. Saya juga mempunyai nada tema yg sama, cuma tidak berani memperluahkan dgn kata2 sendiri. takut termakan diri, dan menyakiti hati rijal-rijal yg dikagumi. Semoga dimanfaatkan....



Ketika anda ketemu seorang lelaki yang begitu bersemangat, anda mungkin menganggapnya mantap dalam fikrah, cekal dalam azam dan akan mengorbankan segala-galanya untuk dakwah yang diyakininya.

Tapi bila berdepan dengan masa menentukan pilihan zaujah, anda tiba-tiba kecewa dengannya. Bukan kerana masalah atau paksaan keluarga, bukan kerana tekanan janji lama atau lain-lain uzur yang mungkin boleh diterima, tetapi ia kalah kerana sebab yang anda ragui kesanggupan pengorbanannya untuk dakwah.

Dia mungkin bersungguh-sungguh mencari seorang mad’u dan menDF, tapi dengan mudah ia membiarkan seorang ukhti yang telah lama berkorban dan bersedia untuk berkorban lagi, tetapi terpaksa terkorban kerana menjadi ahli baitul muslim yang tak ketentuan masa depannya.

Apakah hanya kerana umur yang hanya lebih banyak beberapa hari (ya… beberapa tahun lebih tua juga adalah beberapa hari), maka ia sanggup membiarkan seorang ukhti dilarikan arus keperluan kehidupan biasa dan kembali menjadi manusia biasa kategori MB atau MC?? Adakah hanya kerana wajah yang tidak secantik artis hiasan media massa maka ia sanggup korbankan manusia yang telah ditarbiyyah begitu lama oleh sang murabbiyah? Adakah kerana hanya untuk mengikuti kehendak mata dan ‘kononnya melaksanakan hadis dinikahi wanita kerana kecantikannya…..’ maka ia sanggup hanya melihat seorang ukhti dibawa kembali secara paksa atas kuasa seorang suami ke cara ‘hidup selesa’ dan ‘harmoni’?

Tidak…

tidak mungkin seorang rijal yang wafa’ (setia) dengan dakwahnya untuk membiarkan dirinya hanya melihat dakwah surut kerana kehilangan tenaga-tenaga yang telah di asuh dan di bina dengan susah payah tangan murabbiyah. Tidak mungkin juga seorang rijal sanggup gembira dengan rumahtangga barunya dari zaujah yang entah dari mana dan dia hidup heppi sedangkan akhawat di sana-sini menangis di heret ke alam hidup lama mereka kembali, bukan kerana kerelaan hati mereka.

Sampai bila kita hanya akan menjadi orang yang hanya berkorban harta dan tenaga tetapi tidak sanggup untuk mengorbankan keinginan mendirikan rumah tangga dengan pilihan ala ‘artis’nya.

Sungguh terharu mendengar ungkapan seorang sahabat:

“…. jika tidak kerana halangan keluarga, tidak kerana memelihara imej dakwah dan tidak kerana kekangan tohmahan masyarakat, nescaya ku lengkapkan bilangan 4 mengikut sunnah para sahabat demi menyelamatkan dakwah kita…. tetapi………………………….”

'J.O.M.'

Anda akan menyambung pengajian ke UK atau Ireland?
Anda bakal terbang dalam masa terdekat?
Anda risau akan apa bekalan anda untuk ke sana?

Jom ke 'J.O.M.' pada 26-28 July 2010!!









Take note.... It's FREE!
saya gelabah kerana saya belum gelabah tahap dewa untuk exam.
saya teruk!!!

jadi saya bak buat-buat 'psycho'
yakni menggambarkan diri sudah kena masuk exam hall esok pagi, jadi saya mungkin akan lebih fokus dlm study.

skrg sudah tidak mau layan kerenah orang yang tak reti buat kerja dgn penuh dedikasi, on-time, dan bertanggungjawab menghormati kerja orang lain.
ya Allah, mcm ni ke perangai manusia? penat betul tgk.
kalau dah masuk alam pekerjaan dan terjumpa dgn orang2 macam ni macam mana la.
kalau saya bos, saya akan buang orang2 macam ni. tapi saya tau, saya bukan bos pun di masa akan datang.

banyak lagi kerja kita dalam nak meng'islah'kan ummah ini!

ikutkan hati rasa nak marah dan bebel banyak2 je.

*sigh*

sungguh malu

Wahai saudara2 ku di Gaza
Bagaimanakah kamu di sana hari ini?
entah kan kamu makan
entah kan kamu baru pulang dari majlis pengebumian adik kamu
atau kamu sedang membaling batu kepada si tentera Zionis laknatullah?
entah kamu tahu atau tidak, dunia kini sedang bergelojak
kerana hendak memberi kamu bekalan kemanusiaan

Paling terbaru, kapal Rachel Corrie ingin sampai kepadamu
bot-bot kecil si Israel disyaki sedang mengekori mereka
sekalung doa aku utuskan buat para pejuang kebenaran di atas kapal itu

tetapi aku tahu
Kamu tidak membutuhkan kami bukan?
Kamu tidak pernah gentar kalau kami tidak sampai kepadamu
Kamu akan terus tetap berjuang
Semangatmu tak kan pernah hilang
Itu kata-kata dari Nabi sendiri
Jadi siapa aku untuk mempertikaikan kamu

Aku melihat sekeliling ku
melihat seluruh dunia
pertimbangan rasa mereka ada yg bermusim
ada yg berkala
ada pula yg pandai bercakap sahaja
Aku malu padamu
Aku malu, setakat apa yang ku canang2 hari ini?
cintaku?
kasihku?
keperdulianku?
setakat mana semua itu terbukti kini?

Sedangkan aku masih boleh makan dgn kenyang, tidur dgn lena
bagaimana dgn jihadku?doaku? usahaku?

Aku malu.. sungguh.

Oh people of Gaza,
Kalau lah aku berkesempatan bertemu dgnmu
titipkanlah semangat yg mengalir di dlm darahmu
titipkanlah juga doa agar kami sentiasa tsabat dan ikhlas berjuang
bukan kerana ingin membebaskanmu
tetapi untuk mengejar syahid dan mardatillah
Kerana engkau dan aku sudah pasti tahu
Al-Quds akan dimiliki lagi, masjid itu bisa kita pijak dgn aman lagi...
kerana janji Allah pasti tiba

Dan saat itu, aku berharap, kita sudah ketemu dgn KEKASIH kita
lalu kita jua sempat berkasih di sana...

Sudikah kamu menerima kasih ku yg sedang kubina dan tidak seberapa ketika aku masih di dunia?


Sunway
18:37

undecided in shortlisting my wish-lists... of BOOKS!

1- English translation of Quran (Rm39.00)

2- Sahih Muslim- English version (RM 48.00)

3- Sahih Bukhari- English version (RM 45.00)

4- Forty Hadith of An-Nawawi (RM9.50)

5- 40 Hadith Qudsi (RM 7.00)

6- Cloning in the Light of Shari'ah (RM 8.50)

7- Prophecies and the 3rd World War (RM 25.00)

8- Israeli empire collapses in 2022 (RM 10.80)

9- 10 Women of Paradise (19.00)

10- Muslims History and Civilization (RM 130.00)

11- Harun Yahya's -miracle of the immune system (RM 18.00)

12- Emergence of the Dajjal the Jewish King (RM 14.00)

13- Insights: DO not Pray unless You believe GOD will Answer (RM 6.90)

14- Lessons of the Crusade and the Mongol Hordes (RM 12.00)

15- Islam shines in Japan (RM 19.00)

16- International Jews by Henry Ford (RM 35.00)

17- Saladin and the Fall of the Kingdom of Jerusalem (RM 40.00)

p/s: From 25 to 17 books only?!!! Ok trying hard here..... Suggestion, anyone???