Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

peringatan untuk hati ini


Handphone berbunyi, nada dering 'Your Mother' dikhaskan menjadi ringtone untuk ibu yang selalu disayangi. Tangan mencapai dengan tiada prasangka langsung terhadap ibu. Sungguh determined untuk tetap pergi. Namun,beberapa bait kata dari ibu telah mengecewakan hati. Mantra apakah ibu guna, sehingga tidak terkeluar langsung sepatah dua untuk mempertahankan kata-kata ini. Mungkin kerana tidak pernah dan tidak suka menjawab, kalau boleh mahu mengelak dari menjawab, nanti yang keluar dari mulut semua tidak enak belaka. Al-maklumlah, terlalu jujur sangat nanti.

Namun, hati tidak mahu cepat mengalah. Mana mungkin, sahabat seperjuangan sedang dirundung hatinya. Kalau itu terjadi pada diri ini, pasti dia sudah berada di sisi. Pasti dia akan melakukan apa sahaja untuk membantu. Dia lah sahabat jatuh bangun. Dia juga sahabat yang makan sekali, tidur sekali. Susah senang pun sekali. Bersama-sama mengenali dan terhantuk dengan tarbiyyah. Bersama-sama bertatih, belajar erti hidup dan perjuangan.

Mana mungkin seorang sahabat akan meninggalkan mutiara hatinya di saat ini?
Aku mahu menjadi seperti Abu Bakr kepada temannya ketika dicemuh, ketika dipulau, ketika disakiti, ketika sedih, ketika perlu kepada hijrah, juga yang paling tenang untuk menenang kan Umar.

Terima kasih ya Allah, tidak terhingga. Jikalau aku tidak mengenali tarbiyyah ini, pasti aku tidak ketemu dgn keindahan ukhuwwah ini. Semua sahabat-sahabat tadi malah memberi nasihat yang baik.
"Beritahu lah emak, kan nak pergi jauh"
"Takpelah, nak buat macam mana, kan emak dah tak bagi"

Ikutkan hati yang pelik ini, mahu saja didiamkan supaya ibu tak kata 'Jangan'. Dan hanya diberitahu bila sudah sampai atau sudah berjalan ke sana.

Terima kasih juga ya Allah, jika tidak keranaMU, pasti aku juga tidak belajar kepentingan berkat dan restu ibu dan bapa. Dan kali ini, berita kematian ayah sahabatku juga mengingatkan ku untuk terus menjadi anak yang soleh.

Walaupun mahu saja terpacul ayat-ayat kurang enak "Kalau yati di tempat dia, macam mana tu"

Jadi hati, teruskan lah berdoa. Teruskanlah berharap pada Allah.
Teruskanlah memohon kekuatan dariNya. Teruskanlah mecari kekuatan, walaupun peristiwa ini menonjolkan tanda-tanda ujian yang bakal ditempuh lagi dalam fasa hidup selepas belajar dan bekerja. Teruskanlah bermujahadah mencari keikhlasan dalam pengabdian. Teruskanlah tabah dalam meniti hari-hari dan sisa hidup yang ada, meniti kasih sayang Rabb yang tidak terhingga, walaupun terpaksa menelan duri-duri dalam daging sendiri....

Bersabarlah wahai hati, demi mencurahkan kasih kepada hati-hati yang lain......

0 comments: