Seorang lelaki nisbah nya kan empat....
wow! statement controversial, paling disukai oleh kaum yang dinisbah dan kadang-kala ditempelak pula oleh kaum yang dinisbahkan kepadanya (tak payah paham pun takpa).
Tunggu dulu. Jangan bangun, atau pergi minum air, atau tekan tanda x kat atas tu. Kalau anda nak tau, baca la lagi....=D
Saya mempunyai sebab yang tersendiri mengeluarkan statement itu. Kenapa?
Saya bukan nak sentuh bab kahwin. Tapi saya nak sebut tentang kuasa taghyir pada kaum lelaki. Ya, mereka mempunyai kelebihan dalam mengubah. Sangat banyak. Kadang-kala saya juga cemburu pada kelebihan-kelebihan mereka.
Manakan tidak? Nak mentajmik mereka sahaja sudahlah susah. Pelbagai cabaran perlu diharungi. Kena redah pagar egonya yang tinggi, kena runtuhkan tembok-tembok ke'poyo'an mereka, kena cuba pelbagai bahasa. Terkadang bersama TQ mahupun ANF, kami terkial-kial bagaimana ikhwah mencari madu'. Bila duduk bersama seorang zaujah pula baru tersedar mereka adalah lebih hebat.
Manakan tidak, bilamana memang susah nak cari mutiara-mutiara rijal di sebalik rimbunan pemuda-pemuda yang masih tidak dan belum matang. Kuasa Allah lah nak tarik mana-mana hati yang Dia nak. Bila hidayah datang menjemput mereka mensucikan diri, menyahut seruan Ilahi, wah wah wah! Bukan main dahsyat lagi perubahan yg berlaku pada diri mereka.
Terlebih kagum pula bila mendengar serba serbi kisah bagaimana usrah dan tarbiyah diri mereka. Begitu berdisiplin. Ya, saat seorang sister menempuh alam baru bersama zaujnya telah juga memperkenalkan aku dengan beberapa sifat brothers. Punctualnya mengalahkan guru sekolah ku. Nak lihat muka pun rasa segan. Malu pada diri sendiri yang kurang dalam bab-bab disiplin ni.
Namun, segala puji-pujian juga buat Allah. Mungkin ada hikmah mengapa mereka begitu sedikit dan payah untuk ditarik ke jalan ini. Sebab dan asbab yang ditampakkan mungkin tidak benar, walhal hanya sangkaan-sangkaan sahaja.
Ye lah. Bila nampak lelaki yang penuh karisma dan terkedepan dalam beberapa sifat-sifatnya, tetapi tidak dilandaskan taqwa dan berpaksikan tarbiyyah, adui... sakit sungguh hati! Rasa sangat geram! Rasa sangat rugi! Walhal dia juga saudara semuslim. Mahu saja pergi dekat,dan tampar pipinya dan menjerit 'Ya ayyuhal mudassir!' Sekuat-kuatnya kalau boleh.
Buat mana-mana ikhwah.... renung-renungkanlah. Anda bakal menjadi zauj, juga bapa. juga datuk, lazimnya pemimpin juga adalah di kalangan kaum anda.Lalu, apa lagi yang perlu saya katakan?
p/s: tumse na jaane kiu
0 comments:
Post a Comment