hati ini bebas, hati ini telah dimerdeka kan oleh Tuhan. hati ini tidak mungkin sama seperti hati kamu lagi. aku bersyukur walaupun engkau tak memahaminya....
aku sudah tidak sakit hati lagi, walaupun aku masih kecewa dengan kamu.
engkau dagingku, darahku, tapi engkau yang melontarkan kata-kata itu.
engkau tidak memahaminya dan aku juga faham kenapa engkau tidak dapat memahaminya. aku tidak boleh memaksa engkau mengaku minum air barli tu sedap, sebab kau tak pernah jumpa atau tak pernah minum air barli. Padahal air barli itulah yang menyejukkan, banyak khasiatnya, mencuci toksik badan, bagus utk buah pinggang.
Mereka adalah sahabat-sahabatku, yang aku ketemu dgn takdir Allah. Kalau Allah tak temukan aku dengan orang2 macam ni, mungkin aku di tempat lain. mungkin aku sedang belajar di ipta, berhempas pulas menjadi doktor(kerjaya idaman ramai dan impian terpendamku sendiri), berkapel, syok sendiri, dan riak terus dgn apa yang ada pada diri. Tapi Allah lebih menyayangi aku. Dan aku bersyukur dengan kasihNya walaupun skrg aku mungkin nampak macam orang kurang dari segi pelajaran dan kerjayanya, aku masih lagi tidak mempunyai buah hati,aku tidak pandai melaram dan tidak nampak cantik atau pun aku masih lagi tidak pandai berfikir pasal duit dan nak berfamily dan sebagainya. itu semua kerana hati ini merdeka, dan telah menyerahkan itu semua kepada Allah.....
Dia sahaja yang tahu bila aku akan menyusul.....
2 comments:
seronok laa yatie post nih..sukee2..
nanti kte nak buat sumething ngan hang punye nih tau..trime kasih..
moga ALLAH adalah yang utama selamanya...amin3....
jangan! nak buat ape tu????
Post a Comment