Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

sungguh malu

Wahai saudara2 ku di Gaza
Bagaimanakah kamu di sana hari ini?
entah kan kamu makan
entah kan kamu baru pulang dari majlis pengebumian adik kamu
atau kamu sedang membaling batu kepada si tentera Zionis laknatullah?
entah kamu tahu atau tidak, dunia kini sedang bergelojak
kerana hendak memberi kamu bekalan kemanusiaan

Paling terbaru, kapal Rachel Corrie ingin sampai kepadamu
bot-bot kecil si Israel disyaki sedang mengekori mereka
sekalung doa aku utuskan buat para pejuang kebenaran di atas kapal itu

tetapi aku tahu
Kamu tidak membutuhkan kami bukan?
Kamu tidak pernah gentar kalau kami tidak sampai kepadamu
Kamu akan terus tetap berjuang
Semangatmu tak kan pernah hilang
Itu kata-kata dari Nabi sendiri
Jadi siapa aku untuk mempertikaikan kamu

Aku melihat sekeliling ku
melihat seluruh dunia
pertimbangan rasa mereka ada yg bermusim
ada yg berkala
ada pula yg pandai bercakap sahaja
Aku malu padamu
Aku malu, setakat apa yang ku canang2 hari ini?
cintaku?
kasihku?
keperdulianku?
setakat mana semua itu terbukti kini?

Sedangkan aku masih boleh makan dgn kenyang, tidur dgn lena
bagaimana dgn jihadku?doaku? usahaku?

Aku malu.. sungguh.

Oh people of Gaza,
Kalau lah aku berkesempatan bertemu dgnmu
titipkanlah semangat yg mengalir di dlm darahmu
titipkanlah juga doa agar kami sentiasa tsabat dan ikhlas berjuang
bukan kerana ingin membebaskanmu
tetapi untuk mengejar syahid dan mardatillah
Kerana engkau dan aku sudah pasti tahu
Al-Quds akan dimiliki lagi, masjid itu bisa kita pijak dgn aman lagi...
kerana janji Allah pasti tiba

Dan saat itu, aku berharap, kita sudah ketemu dgn KEKASIH kita
lalu kita jua sempat berkasih di sana...

Sudikah kamu menerima kasih ku yg sedang kubina dan tidak seberapa ketika aku masih di dunia?


Sunway
18:37

0 comments: