Meniti Kasih

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran" (2:186)

Di mana kah TAUFIQ ku?

Ramadhan telah pergi.

Begitu juga empat bulan yang lalu.

Semalam ketika duduk sila kami, bait kata seorang ukhti menjadi pembuka selera iman kami.

"Sempena aidilfitri, kita 'sepatutnya' kembali kepada fitrah"(Ayat yg selalu diguna ketika aidilfitri tiba)

....

"Kita sudah tidak sama seperti dahulu. Iman dan taqwa yg kita peroleh dalam bulan itulah bekalan buat 11 bulan yang akan datang. Setiap tahun kita akan berubah, dan pastinya kita SUDAH TIDAK SAMA SEPERTI DULU"

Aku terkedu di situ...

Alhamdulillah. Hati terjentik. Mudah-mudahan kotoran yang membenak di hati terhakis sedikit walaupun jentikan tidak sekuat jirusan 'air'.

Surah al-Insan dibelek semula setelah kurang lebih 2 bulan melalui tafsir surah itu. Bacaan pada petang sebelum duduk sila yang dihadam sedikit demi sedikit me'refresh' semula iman. Namun, ketika duduk sila, hadamannya lain.

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

[هَلْ أَتَى عَلَى الإِنسَـنِ حِينٌ مّنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُن شَيْئاً مَّذْكُوراً- إِنَّا خَلَقْنَا الإِنسَـنَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَـهُ سَمِيعاً بَصِيراً- إِنَّا هَدَيْنَـهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِراً وَإِمَّا كَفُوراً-]

(1. Has there not been over man a period of time, when he was not a thing worth mentioning) (2. Verily, We have created man from Nutfah Amshaj, in order to try him, so, We made him hearer and seer.) (3. Verily, We guided him to the way, whether he be grateful or ungrateful.)


3 ayat di atas sudah cukup mengambil satu malam, buat muhasabah diri. Buat bekalan iman dan jentikan jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu Kalamullah.

Ayat pertama adalah sebagai peringatan. Siapalah manusia ini tanpa adanya Allah. Sebelum kewujudan kita, WE ARE NOTHING. NOTHING! Tak layak disebut langsung. Namun, hari ini, saya dan awak adalah saya dan awak. Kita dipanggil manusia,Insan, atau Ali, Siti dan sbgnya.

Lalu, Allah sekali lagi mengingatkan kita. Kita ini adalah dari Nutfah Amshaj(campuran). Campuran air mani. Dari sesuatu yang hina, walhal kalau jatuh ke tanah, tak dipatuk dek ayam, tak disodok dek itik.
Dari sesuatu sel yang halus...Lalu, kita disempurnakan kejadian, menjadi fetus,lalu kepada manusia yang serba lengkap.... sehingga dapat MELIHAT dan MENDENGAR.

Deria mendengar dan melihat adalah komponen penting yang membawa kepada kefahaman. Kita mendengar seruan dakwah. Kita mendengar azan dilaungkan. Kita mendengar khutbah. Kita melihat keadaan umat yang merana hari ini. Kita melihat akibat berpalingnya dari Islam.

Kenapa perlunya semua ini? Sakit mata memandang, bosan telinga mendengar...
Jadi, untuk apa?

".....in order to try him, so, We made him hearer and seer.(76:2)"


الَّذِى خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَوةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ-
Who has created death and life that He may test you which of you is best in deed. And He is the Almighty, the Oft-Forgiving (67:2)


Supaya manusia itu diuji kehidupannya dengan dua deria itu.......Ya, saya sedang diuji. Begitu juga kamu, kamu dan kamu......

﴿إِنَّا هَدَيْنَـهُ السَّبِيلَ

(Verily, We guided to him the way,) meaning, `We explained it to him, made it clear to him and showed it to him.'


Setelah Allah mengurniakan rangsangan, Dia jualah yang menunjukkan jalan. Menjelaskan dua jalan yang berbeza sebagai cara untuk bertindak balas terhadap rangsanganya.

Bagi orang2 yang bersyukur, Allah telah mengurniakan mereka TAUFIQ.

Apakah TAUFIQ?

Hidayah 'kapel'nya adalah taufiq. Beruntunglah orang yg mendapat hidayah, tetapi lebih beruntung bagi sesiapa yg mendapat hidayah dan taufiq. Kerana taufiq itu bermakna kekuatan dalam menyambut hidayah. Kebanyakan manusia telah disogok dengan hidayah dari Allah dalam pelbagai cara. Secara langsung mahupun tidak langsung. Ibarat hujan membasahi bumi. Hidayah itu bercucuran di mana-mana. Namun, daya kekuatan dan keupayaan mencari mahupun menghadam hidayah, tidak mudah diperoleh.

Inilah persoalan iman, yang selalu membuatku terkedu dan termenung.

Ya. Cukup 3 ayat.





Ya Allah, kurniakanlah taufiq kepada kami, benarkan kami menyuci diri, benarkan hati selalu dibasahi dengan iman..

NuMb..... not by linkinpark this time okay...

dua minggu.

jangka masa yg agak lama.
utk perasaan ini begitu membelenggu
benci bila kata-kata telah dimakbulkan.
i hate it when i felt so numb inside.
and really hate it when i know why i deserve that.
but in stead i should be grateful

because i discover love in searching the way back.....

and the most important thing, i realized that i had made mistakes

p/s: i am not referring to linkinpark's song by the way

Hati ini


hati ini bebas, hati ini telah dimerdeka kan oleh Tuhan. hati ini tidak mungkin sama seperti hati kamu lagi. aku bersyukur walaupun engkau tak memahaminya....

aku sudah tidak sakit hati lagi, walaupun aku masih kecewa dengan kamu.
engkau dagingku, darahku, tapi engkau yang melontarkan kata-kata itu.

engkau tidak memahaminya dan aku juga faham kenapa engkau tidak dapat memahaminya. aku tidak boleh memaksa engkau mengaku minum air barli tu sedap, sebab kau tak pernah jumpa atau tak pernah minum air barli. Padahal air barli itulah yang menyejukkan, banyak khasiatnya, mencuci toksik badan, bagus utk buah pinggang.

Mereka adalah sahabat-sahabatku, yang aku ketemu dgn takdir Allah. Kalau Allah tak temukan aku dengan orang2 macam ni, mungkin aku di tempat lain. mungkin aku sedang belajar di ipta, berhempas pulas menjadi doktor(kerjaya idaman ramai dan impian terpendamku sendiri), berkapel, syok sendiri, dan riak terus dgn apa yang ada pada diri. Tapi Allah lebih menyayangi aku. Dan aku bersyukur dengan kasihNya walaupun skrg aku mungkin nampak macam orang kurang dari segi pelajaran dan kerjayanya, aku masih lagi tidak mempunyai buah hati,aku tidak pandai melaram dan tidak nampak cantik atau pun aku masih lagi tidak pandai berfikir pasal duit dan nak berfamily dan sebagainya. itu semua kerana hati ini merdeka, dan telah menyerahkan itu semua kepada Allah.....

Dia sahaja yang tahu bila aku akan menyusul.....

peringatan untuk hati ini


Handphone berbunyi, nada dering 'Your Mother' dikhaskan menjadi ringtone untuk ibu yang selalu disayangi. Tangan mencapai dengan tiada prasangka langsung terhadap ibu. Sungguh determined untuk tetap pergi. Namun,beberapa bait kata dari ibu telah mengecewakan hati. Mantra apakah ibu guna, sehingga tidak terkeluar langsung sepatah dua untuk mempertahankan kata-kata ini. Mungkin kerana tidak pernah dan tidak suka menjawab, kalau boleh mahu mengelak dari menjawab, nanti yang keluar dari mulut semua tidak enak belaka. Al-maklumlah, terlalu jujur sangat nanti.

Namun, hati tidak mahu cepat mengalah. Mana mungkin, sahabat seperjuangan sedang dirundung hatinya. Kalau itu terjadi pada diri ini, pasti dia sudah berada di sisi. Pasti dia akan melakukan apa sahaja untuk membantu. Dia lah sahabat jatuh bangun. Dia juga sahabat yang makan sekali, tidur sekali. Susah senang pun sekali. Bersama-sama mengenali dan terhantuk dengan tarbiyyah. Bersama-sama bertatih, belajar erti hidup dan perjuangan.

Mana mungkin seorang sahabat akan meninggalkan mutiara hatinya di saat ini?
Aku mahu menjadi seperti Abu Bakr kepada temannya ketika dicemuh, ketika dipulau, ketika disakiti, ketika sedih, ketika perlu kepada hijrah, juga yang paling tenang untuk menenang kan Umar.

Terima kasih ya Allah, tidak terhingga. Jikalau aku tidak mengenali tarbiyyah ini, pasti aku tidak ketemu dgn keindahan ukhuwwah ini. Semua sahabat-sahabat tadi malah memberi nasihat yang baik.
"Beritahu lah emak, kan nak pergi jauh"
"Takpelah, nak buat macam mana, kan emak dah tak bagi"

Ikutkan hati yang pelik ini, mahu saja didiamkan supaya ibu tak kata 'Jangan'. Dan hanya diberitahu bila sudah sampai atau sudah berjalan ke sana.

Terima kasih juga ya Allah, jika tidak keranaMU, pasti aku juga tidak belajar kepentingan berkat dan restu ibu dan bapa. Dan kali ini, berita kematian ayah sahabatku juga mengingatkan ku untuk terus menjadi anak yang soleh.

Walaupun mahu saja terpacul ayat-ayat kurang enak "Kalau yati di tempat dia, macam mana tu"

Jadi hati, teruskan lah berdoa. Teruskanlah berharap pada Allah.
Teruskanlah memohon kekuatan dariNya. Teruskanlah mecari kekuatan, walaupun peristiwa ini menonjolkan tanda-tanda ujian yang bakal ditempuh lagi dalam fasa hidup selepas belajar dan bekerja. Teruskanlah bermujahadah mencari keikhlasan dalam pengabdian. Teruskanlah tabah dalam meniti hari-hari dan sisa hidup yang ada, meniti kasih sayang Rabb yang tidak terhingga, walaupun terpaksa menelan duri-duri dalam daging sendiri....

Bersabarlah wahai hati, demi mencurahkan kasih kepada hati-hati yang lain......

IMAN wa AMAL, like a chicken and egg


bismillah

Dalam lecture subject Molecular Biology & Biotech(MBB), lecturer saya akan selalu sebut perkataan terkenal beliau, macam tagline subject ini pulak 'like a chicken and egg'.

"You can't only have an egg without chicken in the first place, and You can't only have the other way round right? Chicken grows from an egg"

An example,gene and vector. You can't express a gene without vector, what is vector if no gene to be expressed??.
Note that gene are expressed by using vector as tool to transfer gene into a host.

Example again, gene and protein. Protein yg berguna adalah dtgnya dari gene yg serba lengkap di'transcript' dgn detail tanpa error. Dan gene tidak akan diekspress bila protein belum deficient or inactivated by protein.

Itu contoh perkaitan yg digunakan dlm memahami subjek yg sungguh amat kompleks itu yakni MBB.(sedap tak nama subjek susah tu..lol)

kesimpulannya...Satu kitaran yg mudah difahami.

Jadi apa kaitan nya dgn IMAN wa AMAL?

Hmm... Di dalam al-Quran, apabila Allah menyebut atau menyeru orang-orang yg beriman pasti tidak ketinggalan amal soleh sebagai rentetan.

allazi na amanu wa amilussolihat....

bunyinya seperti kita kena beriman dulu sebelum beramal.

IYA itu betul. kerana amalan tanpa iman adalah sprt debu yg bertebgn di tiup angin kencang...

tetapi, amal kita slalunya akan reflects iman kita juga... ketika amal sudah berkurangan, mungkin kerana iman sudah berkurangan. Atau sedang mengalami keteronggokan. Atau sudah lupa digilap dgn amal. Atau amal menjadi rosak kerana noda-noda hitam atau kaca-kaca ketidakihkasan hati.

Contoh realistik

"Kalau saya tinggal qiyam, apa-apa jenis peringatan yang didengari atau dibaca menjadi kosong. Tetapi kalau saya buat qiyam, even peringatan itu pernah didengar,simple dan sekejap, sangat amat terkesan dan menjadi best tanpa disedari atau disedari" (kata-kata seseorang yg di tulis semula dalam bentuk lain)

"Kalau saya jaga solat, tak kan rasa ada kekurangan. Tapi kalau tertinggal mesti jadi compang camping"(rakan sekolah)

"kejap. akak nak solat dulu.minta petunjuk"(seorang kenalan)

"Amal fardi kita penting. terutama zikir kita yg dibaca setiap hari. Baca tak mathurat setiap hari? Dah baca, ada tak kita menghayatinya?"(seorang naqibah)

Nak beramal satu hal, nak istiqamah satu hal, nak menghayatinya pula satu hal yg lain pula. Sungguh benar. Ini berdasarkan pengalaman dan cubaan try and error.

Peringatan ini adalah selalu ditujukan terutama buat diri ini, yg mungkin sedang syok sendiri..lalala lala

p/s: Sorry to all readers, I used three languages a bit here and there in my sentences. But then you should know by now that I am not a good writer in any kind of language. So bear in mind, people!=p

Sedarlah... Is Allah satisfied with us?


We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

Oh lelaki!


Seorang lelaki nisbah nya kan empat....

wow! statement controversial, paling disukai oleh kaum yang dinisbah dan kadang-kala ditempelak pula oleh kaum yang dinisbahkan kepadanya (tak payah paham pun takpa).

Tunggu dulu. Jangan bangun, atau pergi minum air, atau tekan tanda x kat atas tu. Kalau anda nak tau, baca la lagi....=D

Saya mempunyai sebab yang tersendiri mengeluarkan statement itu. Kenapa?

Saya bukan nak sentuh bab kahwin. Tapi saya nak sebut tentang kuasa taghyir pada kaum lelaki. Ya, mereka mempunyai kelebihan dalam mengubah. Sangat banyak. Kadang-kala saya juga cemburu pada kelebihan-kelebihan mereka.

Manakan tidak? Nak mentajmik mereka sahaja sudahlah susah. Pelbagai cabaran perlu diharungi. Kena redah pagar egonya yang tinggi, kena runtuhkan tembok-tembok ke'poyo'an mereka, kena cuba pelbagai bahasa. Terkadang bersama TQ mahupun ANF, kami terkial-kial bagaimana ikhwah mencari madu'. Bila duduk bersama seorang zaujah pula baru tersedar mereka adalah lebih hebat.

Manakan tidak, bilamana memang susah nak cari mutiara-mutiara rijal di sebalik rimbunan pemuda-pemuda yang masih tidak dan belum matang. Kuasa Allah lah nak tarik mana-mana hati yang Dia nak. Bila hidayah datang menjemput mereka mensucikan diri, menyahut seruan Ilahi, wah wah wah! Bukan main dahsyat lagi perubahan yg berlaku pada diri mereka.

Terlebih kagum pula bila mendengar serba serbi kisah bagaimana usrah dan tarbiyah diri mereka. Begitu berdisiplin. Ya, saat seorang sister menempuh alam baru bersama zaujnya telah juga memperkenalkan aku dengan beberapa sifat brothers. Punctualnya mengalahkan guru sekolah ku. Nak lihat muka pun rasa segan. Malu pada diri sendiri yang kurang dalam bab-bab disiplin ni.

Namun, segala puji-pujian juga buat Allah. Mungkin ada hikmah mengapa mereka begitu sedikit dan payah untuk ditarik ke jalan ini. Sebab dan asbab yang ditampakkan mungkin tidak benar, walhal hanya sangkaan-sangkaan sahaja.

Ye lah. Bila nampak lelaki yang penuh karisma dan terkedepan dalam beberapa sifat-sifatnya, tetapi tidak dilandaskan taqwa dan berpaksikan tarbiyyah, adui... sakit sungguh hati! Rasa sangat geram! Rasa sangat rugi! Walhal dia juga saudara semuslim. Mahu saja pergi dekat,dan tampar pipinya dan menjerit 'Ya ayyuhal mudassir!' Sekuat-kuatnya kalau boleh.

Buat mana-mana ikhwah.... renung-renungkanlah. Anda bakal menjadi zauj, juga bapa. juga datuk, lazimnya pemimpin juga adalah di kalangan kaum anda.Lalu, apa lagi yang perlu saya katakan?

p/s: tumse na jaane kiu

Rezeki... sempena musim exam


'Dan apabila manusia ditimpa oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya, dengan kembali (bertaubat) kepadaNya,kemudian apabila Dia memberikan sedikit rahmatNya kepada mereka, tiba-tiba sebahagian mereka mempersekutukan Allah, biarkan mereka mengingkari rahmat yang telah Kami berikan. Dan bersenang-senanglah kamu, maka kelak kamu akan mengetahui. Atau pernahkah Kami menurunkan kepada mereka keterangan, yang menjelaskan (membenarkan) apa yang selalu mereka persekutukan dengan Tuhan?

Dan apabila Kami berikan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Tetapi apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) kerana kesalahan mereka sendiri, seketika itu mereka berputus asa.

Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang dikehendakiNya). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman'

Ar-Rum: 33-37

Petikan tulisan di bawah adalah bukan hasil tulisan saya. kredit to Muntalag.wordpress.com. Saya juga mempunyai nada tema yg sama, cuma tidak berani memperluahkan dgn kata2 sendiri. takut termakan diri, dan menyakiti hati rijal-rijal yg dikagumi. Semoga dimanfaatkan....



Ketika anda ketemu seorang lelaki yang begitu bersemangat, anda mungkin menganggapnya mantap dalam fikrah, cekal dalam azam dan akan mengorbankan segala-galanya untuk dakwah yang diyakininya.

Tapi bila berdepan dengan masa menentukan pilihan zaujah, anda tiba-tiba kecewa dengannya. Bukan kerana masalah atau paksaan keluarga, bukan kerana tekanan janji lama atau lain-lain uzur yang mungkin boleh diterima, tetapi ia kalah kerana sebab yang anda ragui kesanggupan pengorbanannya untuk dakwah.

Dia mungkin bersungguh-sungguh mencari seorang mad’u dan menDF, tapi dengan mudah ia membiarkan seorang ukhti yang telah lama berkorban dan bersedia untuk berkorban lagi, tetapi terpaksa terkorban kerana menjadi ahli baitul muslim yang tak ketentuan masa depannya.

Apakah hanya kerana umur yang hanya lebih banyak beberapa hari (ya… beberapa tahun lebih tua juga adalah beberapa hari), maka ia sanggup membiarkan seorang ukhti dilarikan arus keperluan kehidupan biasa dan kembali menjadi manusia biasa kategori MB atau MC?? Adakah hanya kerana wajah yang tidak secantik artis hiasan media massa maka ia sanggup korbankan manusia yang telah ditarbiyyah begitu lama oleh sang murabbiyah? Adakah kerana hanya untuk mengikuti kehendak mata dan ‘kononnya melaksanakan hadis dinikahi wanita kerana kecantikannya…..’ maka ia sanggup hanya melihat seorang ukhti dibawa kembali secara paksa atas kuasa seorang suami ke cara ‘hidup selesa’ dan ‘harmoni’?

Tidak…

tidak mungkin seorang rijal yang wafa’ (setia) dengan dakwahnya untuk membiarkan dirinya hanya melihat dakwah surut kerana kehilangan tenaga-tenaga yang telah di asuh dan di bina dengan susah payah tangan murabbiyah. Tidak mungkin juga seorang rijal sanggup gembira dengan rumahtangga barunya dari zaujah yang entah dari mana dan dia hidup heppi sedangkan akhawat di sana-sini menangis di heret ke alam hidup lama mereka kembali, bukan kerana kerelaan hati mereka.

Sampai bila kita hanya akan menjadi orang yang hanya berkorban harta dan tenaga tetapi tidak sanggup untuk mengorbankan keinginan mendirikan rumah tangga dengan pilihan ala ‘artis’nya.

Sungguh terharu mendengar ungkapan seorang sahabat:

“…. jika tidak kerana halangan keluarga, tidak kerana memelihara imej dakwah dan tidak kerana kekangan tohmahan masyarakat, nescaya ku lengkapkan bilangan 4 mengikut sunnah para sahabat demi menyelamatkan dakwah kita…. tetapi………………………….”

'J.O.M.'

Anda akan menyambung pengajian ke UK atau Ireland?
Anda bakal terbang dalam masa terdekat?
Anda risau akan apa bekalan anda untuk ke sana?

Jom ke 'J.O.M.' pada 26-28 July 2010!!









Take note.... It's FREE!
saya gelabah kerana saya belum gelabah tahap dewa untuk exam.
saya teruk!!!

jadi saya bak buat-buat 'psycho'
yakni menggambarkan diri sudah kena masuk exam hall esok pagi, jadi saya mungkin akan lebih fokus dlm study.

skrg sudah tidak mau layan kerenah orang yang tak reti buat kerja dgn penuh dedikasi, on-time, dan bertanggungjawab menghormati kerja orang lain.
ya Allah, mcm ni ke perangai manusia? penat betul tgk.
kalau dah masuk alam pekerjaan dan terjumpa dgn orang2 macam ni macam mana la.
kalau saya bos, saya akan buang orang2 macam ni. tapi saya tau, saya bukan bos pun di masa akan datang.

banyak lagi kerja kita dalam nak meng'islah'kan ummah ini!

ikutkan hati rasa nak marah dan bebel banyak2 je.

*sigh*

sungguh malu

Wahai saudara2 ku di Gaza
Bagaimanakah kamu di sana hari ini?
entah kan kamu makan
entah kan kamu baru pulang dari majlis pengebumian adik kamu
atau kamu sedang membaling batu kepada si tentera Zionis laknatullah?
entah kamu tahu atau tidak, dunia kini sedang bergelojak
kerana hendak memberi kamu bekalan kemanusiaan

Paling terbaru, kapal Rachel Corrie ingin sampai kepadamu
bot-bot kecil si Israel disyaki sedang mengekori mereka
sekalung doa aku utuskan buat para pejuang kebenaran di atas kapal itu

tetapi aku tahu
Kamu tidak membutuhkan kami bukan?
Kamu tidak pernah gentar kalau kami tidak sampai kepadamu
Kamu akan terus tetap berjuang
Semangatmu tak kan pernah hilang
Itu kata-kata dari Nabi sendiri
Jadi siapa aku untuk mempertikaikan kamu

Aku melihat sekeliling ku
melihat seluruh dunia
pertimbangan rasa mereka ada yg bermusim
ada yg berkala
ada pula yg pandai bercakap sahaja
Aku malu padamu
Aku malu, setakat apa yang ku canang2 hari ini?
cintaku?
kasihku?
keperdulianku?
setakat mana semua itu terbukti kini?

Sedangkan aku masih boleh makan dgn kenyang, tidur dgn lena
bagaimana dgn jihadku?doaku? usahaku?

Aku malu.. sungguh.

Oh people of Gaza,
Kalau lah aku berkesempatan bertemu dgnmu
titipkanlah semangat yg mengalir di dlm darahmu
titipkanlah juga doa agar kami sentiasa tsabat dan ikhlas berjuang
bukan kerana ingin membebaskanmu
tetapi untuk mengejar syahid dan mardatillah
Kerana engkau dan aku sudah pasti tahu
Al-Quds akan dimiliki lagi, masjid itu bisa kita pijak dgn aman lagi...
kerana janji Allah pasti tiba

Dan saat itu, aku berharap, kita sudah ketemu dgn KEKASIH kita
lalu kita jua sempat berkasih di sana...

Sudikah kamu menerima kasih ku yg sedang kubina dan tidak seberapa ketika aku masih di dunia?


Sunway
18:37

undecided in shortlisting my wish-lists... of BOOKS!

1- English translation of Quran (Rm39.00)

2- Sahih Muslim- English version (RM 48.00)

3- Sahih Bukhari- English version (RM 45.00)

4- Forty Hadith of An-Nawawi (RM9.50)

5- 40 Hadith Qudsi (RM 7.00)

6- Cloning in the Light of Shari'ah (RM 8.50)

7- Prophecies and the 3rd World War (RM 25.00)

8- Israeli empire collapses in 2022 (RM 10.80)

9- 10 Women of Paradise (19.00)

10- Muslims History and Civilization (RM 130.00)

11- Harun Yahya's -miracle of the immune system (RM 18.00)

12- Emergence of the Dajjal the Jewish King (RM 14.00)

13- Insights: DO not Pray unless You believe GOD will Answer (RM 6.90)

14- Lessons of the Crusade and the Mongol Hordes (RM 12.00)

15- Islam shines in Japan (RM 19.00)

16- International Jews by Henry Ford (RM 35.00)

17- Saladin and the Fall of the Kingdom of Jerusalem (RM 40.00)

p/s: From 25 to 17 books only?!!! Ok trying hard here..... Suggestion, anyone???

Reminder for a broken heart

Tanda hati tidak jernih: tidak dpt mengawal emosi..

T-T

hmm... saya juga berjiwa manusia.

tapi saya sgt percaya, "what u did, u'll get back".
it's not karma, but it's the truth. u'll have to pay back what u did that suffer other people.

i experienced it before, and seeing a bit of the turn around now. so, let us be reminded.

Our spirit will never die....



We Will Not Go Down in Gaza Tonight

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

'jgn kerja kuat sgt'

hmm..

title tak boleh blah ok. sbb sy sebenarnya kena kerja lebih kuat lagi. sy belum tunaikan amanah dgn baik lagi. tak belajar bersungguh-sungguh pun lagi. tak layak ada org ckp mcm tu kat saya...

"mama ckp, yati belajaq kuat sgt, smpai kuruih. haa.. btui la, nampak kuruih dah sket ni, awat? belajaq kuat sgt dah ka?"

mama melihat je, tanpa kata apa2....

saya terkedu.. kuruskah? sejak bila pulaaaakkkk.....

"yati, kurus dah ni,jgn stress2 sgt."

ok and the babble goes on and on...

ini semua kisah lama.... beberapa minggu yg lalu...
tapi sekarang???

sihat, bertambah lapisan lemak ade lah kot... hehe... peace...

actually tgh risau, sbb mgkin ini tanda2 hati sedang menghitam juga...hmm

tapi hari ni hari yg kusam dan sayu sikit.
mama, kalau mama nak tahu, hari ni, yati tak makan dari pagi smpai pkul 3 lebih tadi. cuma minum air kopi secawan je. makan potato roasties makcik makan2place tu pun paksa rela je. tak lalu nak makan. rasa dh nak muntah je balik. walhal, perut berbunyi macam ape je.
tadi yati jalan pi toilet, terhuyung-hayang rasa.. tu la. sapa soh buat kerja lambat. skrg ni dok tgh semangat lagi mencari jawapan dan menulis2 lagi. report gen lagi, report duit lagi. tgh fikir silap sendiri. tgh fikir bila pulak nak pi bank lagi. silap atur, rupanya esok cuti. habis runsing jiwa yati ni mama, kelam kabut dibuatnya.
sekarang ni tak tau la, tgh berbelah bahagi, nak pi jenguk muka mama atau tak. satg kang pengsan pulak bila smpai rumah. kalau mama tau yati langgar tingkap tu dan luka lagi, mesti mama sedih lagi.
hari ni pun tak dpat jmpa buah hati pengarang jantung, peneman2 ketika perut lapar also known as my pengubat dan pencuit hati. tak jumpa sorang pun. tu yang tgh bersedih sikit ni. emo btul... adui...

p/s: jiwa kacau.... bila nak bertaman semula ni?

nikmat islam

nikmat islam. pasti anda semua pun dah boring dgr tajuk ni. selalu diulang ulang. kadang2 anda pun sampai terfikir. apalah yang nikmat sgt, rasa biasa saja, sebab dah terbiasa dgn cara hidup islam. oh, bahaya bahaya... disinilah tanda kita kurang bersyukur.

ataupun anda telah lama berada dalam satu episod hidup, anda ter'stuck' disitu, tiada perubahan, jadi mungkin antara ini adalah salah satu sebab kurangnya rasa nikmat tu. Anda tidak cuba melihat sesuatu perkara dari berbagai arah dan sudut, mencari2 kemungkinan pengajaran dan hikmah di sebalik sesuatu perkara tersebut.

pernah saya melalui episod-episod kehidupan, setelah beberapa lama diperkenalkan dgn tanggungjawab sebenar seorang hamba, jadi saya telah mewajibkan diri menjalankan tanggungjawab2 tersebut sehabis baik. sehingga terlupa diri, terlalu emosi, terlalu menjadi seperti robot. saya tidak meluangkan masa langsung untuk bermuhasabah. jadi, bila jatuh terduduk, lalu menangis tanpa henti menjadi penghabis kejatuhan.. tetapi saya tidak menyesal pun, saya bersyukur, akhirnya air mata bisa jatuh lagi. lalu baru saya kutip nilai2 sebenar dan pengajaran episod hidup itu. ini suatu nikmat...

kemudian saya dirundung lagi pelbagai cabaran. kali ini berbeza, kerana saya telah melahirkan diri saya yg baru. tetapi, ketika itu saya hnya perasan seorang diri! walhal saya masih merangkak dari kejatuhan, lalu saya tergelincir, dan jatuh sekali lagi. kali ini, saya marah dgn diri sendiri. jadi seminggu hati dan badan yang sudah seperti robot, juga menjadi manusia kembali. tetapi lebih teruk, saya menangis satu hari tanpa henti. air mata dah jadi macam oksigen. ke mana saja saya pergi, pasti jatuh. berhenti sekejap, beberapa minit kemudian saya menangis lagi. seperti air terjun je. smpai saya pun rasa nak marah lagi. aduii..

rupa-rupanya, saya belajar lagi. saya belajar, saya perlu kepada fitrah. saya perlu kpd solat malam. saya perlu mengadu kepada Allah dahulu, dan cuba menjadi manusia dgn mengekspresi diri kepada sahabat2. saya belajar banyak benda. tetapi ada satu perkara baru yg saya juga tak sangka ianya nikmat islam...

ketika dirundung kesedihan dan kesepian, saya jadi kurang bercakap. bertambah rundung lah lagi masalah saya! haha... saya cuba mencari sesuatu, utk mengubat perasaan. terima kasih Allah, seperti Kau menggembirakan hati Rasulullah dgn peristiwa naik ke langit selepas kematian dua orang paling penting di hati baginda, seperti itulah Kau sendiri membuat aku tercuit hati. tercuit hati hnya dgn terpandang suatu cerita yg tak ternian langsung nak tgk. sedang tgn melipat2 kain di depan tv, tiba2 ter tune cerita hindustan mana ntah. cerita komedi. tapi bukan jalan cerita nya yg menarik. tetapi hnya komedi pelakon utama tu saja. bila tergelak tgk gelagat dia, terus rasa 'ish, dah lama sungguh tak gelak'. lama sungguh, ya, rasa kepayahan utk senyum dan tertawa tiba2 berjaya dipecahkan... sgt bersyukur. terima kasih jugalah pada Allah, raut wajah encik pelakon yakni anak kepada Rishi Kapoor bak kata Cik Sadaf Majid, berjaya mencuit hati ini. anda kini menjadi orang istimewa, haha.. boleh tak. ok takdelah istimewa sgt, tp bila ternampak muka anda lagi, saya pasti teringat episod hidup saya itu. jadi anda juga watak sampingan yg tetap penting dlm hidup ini.

dulu pernah saya terfikir, kenapa Allah cipta benda2 yg tak penting, dan melaghakan kalau Allah tak nak kita lalai.. dan saya bertnya pada Sis... dia kata,'Akak rasa itu adalah salah satu rahmah Allah'

Ya, saya sgt setuju sekrg. Saya sgt setuju, Allah yg Maha Penyayang tidak akan membiarkan hambaNya bersedih. tidak akan membiarkan hambaNya hilang arah walau segala mcm percubaan utk keluar dari masalah telah dilakukan. Terima kasih ya Allah!



Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

hari menyesal tak sudah

hari ini, saya menyesal. saya menyesal tidak berusaha sendiri. saya menyesal berharap pada orang lain. padan muka!!!! huhu

saya ingat dgn bantuan orang lain, kerja jadi mudah. tapi saya berharap pada orang yang salah. adui. takpelah. usaha je yang terbaik. biar lambat, asalkan amanah, dan faham, dan tak nak menyesal.

insyaAllah. tak taula pemahaman ni akan memakan diri atau tak. saya sendiri sangat lembab buat kerja.

berusaha dgn kadar lambat... sebab tak mau tension lagi.

saya pun manusia juga. saya tau kerja ni senang, tapi saya tak pandai. saya akan buat la, tapi slow la sikit. sedih bila orang kata 'xpe senang je'..
takpe lah. saya pun paham orang lain tak paham saya... hehe.. yo yo ooo je budak ni!

and putting aside all the emotions and negative thinking...

disangka kan panas ke petang, rupanya hujan di tengahari.....

ok tajuk tak boleh blah ok, sbb ada kaitan dgn lagu orchestra zaman sekolah dulu. tapi insyaAllah, post kali ni bukan utk lagha time... semoga saya dan anda yg membaca dpt byk2 muhasabah dan manfaat, amin...

Cerita 1
Berada dlm board meeting, macam tengah meeting untuk syarikat pula. Katanya, "this is office".. ok, office pun office lah, kalau pakcik faham mcm tu, siapa saya nak judge pakcik. Tapi lepas pakcik ckp satu ayat tu, kenalan2 pakcik semua pandang saya, dan pandangan diorang macam pandangan hina. Pandangan kepada seorang yang bersalah tapi ada cerita yang diceritakan kepada si pemandang-pemandang tadi yang membuatkan hati si pesalah terdetik,"mesti diorang pandang mcm tu sbb pakcik seorang peluah perasaan yang mantap, dan mestilah mereka biased terhadap pakcik, pakcik bespren diorang..."

Mula-mula pesalah terasa bersalah, tapi tak delah terasa sangat, sebab pesalah dah lupakan perkara dulu. Pesalah ingat pakcik dah moved on jugak, sebab pesalah ingat pakcik lebih matang dari dia dan mempunyai byk lagi benda nak difikirkan selain pesalah yang budak dan masih mentah. Pesalah dah lama moved on to next episod hidup dengan pengajaran baru. Rupanya, Allah takdirkan kali ni episod baru untuk si pesalah ada flashback. Sangat drama, tapi drama ni lebih best la dari drama Manjalara. At least pada si pesalah mungkin.. haha

Pesalah minta maaf. Pesalah takut, kalau2 pakcik masih simpan apa2 di dalam hati. Tapi Allah lah yg berkuasa atas hati pakcik. Sekuat mana pun pesalah mintak maaf, selagi pakcik belum bersedia menerimanya dan Allah meredhai hati pakcik berubah, selagi tu lah pesalah tak dapat nak padam kisah lalu. Pesalah dalam dilema, tapi apakan daya. daripada dok pikir pakcik maafkan ke tak, lebih baik pesalah berusaha dengan belajar menjadi yang lebih baik. Dan cuba untuk buat perkara lebih rasional dalam menjalani hidup si pesalah.....


Cerita 2
"Apa perasaan awak lepas meeting tadi?"
"Saya rasa malu"

-Pang- nah ko sekali.... Saya hairan, mula-mula saya terfikir kenapa malu. Oh patutlah... Saya tidak menyalahkan ukhti, walhal, kalau saya di tempat ukhti, saya pun akan rasa mcm tu jugak. Saya tahu semua episod2 ini ada hikmah dan pengajarannya.. Tapi pengajarannya kita selalu terlepas pandang.

Kita selalu rasa kita sorang je yang betul, dah cukup baik. Orang lain semua tak betul.. jadi apa gunanya kita baca, tadabbur, dan hafal Al-alaq, Al-lail? Allah tidak suka pada orang yang 'Bakhila wastagna" dan "Insana la yathgha' dan orang yang berkata-kata tapi tak buat.....

Kita selalu rasa, cara ini salah, tapi kita tak cuba perbetulkan dan cari inisiatif untuk elak fitnah yg lebih besar... jadi apa gunanya kita mencanang2 tentang dakwah?

Kita selalu rasa si Fulan ni ada masalah adab, si fulan itu pula ada masalah kepimpinan, kita judge si fulanah pula.... jadi apa gunanya kita membaca hadis berkenaan Ukhwah Islamiyah, hadis ke 13? Hadis yang menjelaskan bagaimana berkasih sayang kepada semua, tak kira tahap keimanan, semua tu Allah yang judge, kita tak tahu...

Kita selalu rasa, nak marah... kita yg ada fikrah saja yang betul. Jadi apa gunanya kita mendengar dan turut mencanang2 dunia realiti ini?

p/s: tulisan sangat tak mantap. asif... itu sahaja yang termampu setakat ni.. dan rupa2nya macam tak de kaitan sgt eh dgn title?

senyum senyum dan senyum...

Oh sudah lama tak menulis. so much things going on sampai tak de hati nak menulis, boleh tak. aduii...

Jiwa raga, mental dan fizikal pun terkesan dgn macam2 benda lately, tp in the end, muhasabah dan bangkit semula adalah perlu!!!

"You have a big mountain in front of you, it's a massive pressure for you to take on the journey forward, but you have to break it into blocks, deal with each on at a time."

Quoted from such a nice lady, warmed, yet more islamic than the muslim they are. A bit shame of myself, however, in such a need to hear such word from a more matured people in this scientific field of studies. Rasa nak peluk je dia, dahla bertnya tentang islam padaku. Allah terima kasih jumpakan aku dgn orang2 macam ni....

ok back to the topic,SENYUM... Ada satu benda gembira, membuatkan mama saya sgt tersenyum yg hepi sgt. Tak pernah tgk dia senyum happy mcm tu melainkan bila abah belanja la kan.. hehe... Saya mungkin sudah boleh memahami nya skrg, semua dah besar, dan tinggal macam2 perkara yg boleh runsingkan mama kan.... insyaAllah Allah permudahkan yg terbaik utk mama dan anak2 mama...
Actually saya pun nak tumpang senyum hujung minggu ni ok?..hehe..

Sabarlah wahai jiwa yg kering.... Dan dekatkanlah dirimu kepada TuhanMu

MENGAPA SABAR?

"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin2 yg memberi petunjuk dgn perintah Kami, ketika mereka bersabar" (as-Sajdah:24)

"Dan sesungguhnya Kami akn memberi balasn kpd org2 yg sabar dgn pahala yg lebih baik drp apa yg mereka kerjakan" (An-Nahl:96)

"Sesungguhnya org sabar itu akan diberi ganjaran pahala tanpa hisab" (surah Az-Zumar:10)

"Tidak akan diberi seseorang itu akan permberian yg lebih baik dan yang terlebih luas drp pemberian pd seseorg yg bersifat sabar" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh para sahabatnya. "Apakah yg dikatakan kesempurnaan iman itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab dgn sabdanya yg bermaksud : "Bermula kesempurnaan iman itu ialah sabar dan bermurah hati"

Solatlah kamu agar lebih dekat dnganNya...


Sembahyang adalah hubungan dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pada asalnya hubungan ini adalah hembusan ruh daripada Allah untuk mengembangkan dan membangunkan kehidupan. Sembahyang mendekatkan diri dan menjinakkan diri kepada Allah. Kita melihat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam salat.

Kita juga mendapati Baginda melakukan qiamullail. Baginda bersembahyang sehingga bengkak kakinya lanpa merasa sakit. Ruh yang tinggi akan mengurangkan keletilian dan kesakitan jasad.

Sembahyang adalah sumber yang dinamik untuk tenaga rohani dan bekalan. Waktu menunaikannya dibahagikan sepanjang malam dan siang agar bekalan baru ditambah secara berterusan dan bekalan yang masih ada diperbaharui.

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah telah memudahkan kita menunaikannya sehinggalah bekalan kita tidak kehabisan dalam setiap keadaan dan waktu. Sama ada ketika damai atau peperangan, musafir atau bermuqim, dan sihat atau sakit. Ini adalah sebahagian kelebihan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita.

Sembahyang merehatkan dan melapangkan kita dari tugasan dan bebanan kehidupan. Lantas kita berdiri di hadapan Allah dengan khusyu' dan menundukkan diri, ruku' dan sujud. Kita mendengar dan membaca kalam Allah, kita bertasbih dan membesarkan Allah, kitaberdo'a dan beristighfar kepadaNya. Seolah-olah salat itu adalah Mi'raj (naik ke langit) bagi ruh. la naik menemui Allah, jauh dari tarikan keduniaan dan tipu-daya kehidupan. Sesungguhnya sembahyang difardukan pada malam isra'dan mi'raj.


p/s:Kesemuanya bukan tulisan saya. Secara sengaja sumber dirahsiakan. Bahagian solat adalah dari petikan buku Bekalan Dakwah dari Mustafa Masyhur.

Allah yang Maha Teliti dan Pengasih dalam rancanganNya

Subhanallah Alhamdulillah wa Lailahaillah wallahuakbar

Semakin lama berada dalam tarbiyyah, semakin ku rasa satu keindahan nikmat menjadi seorang hamba. Kita sbg manusia selalu menampakkan diri kita bahawa segala keputusan yg boleh dibuat hati dan tangan adalah kepunyaan kita. Dan dalam jangka masa dan skop yg limited, kita rasa kita dah buat yg terbaik dah. Tapi terkadang kita lupa, boss kita, raja kita lebih baik dlm merancang.

Aku selalu kata aku tidak mahu mementingkan diri dalam menjadi seorang anak. Dan kalau boleh aku rasa aku nak jadi yg terbaik dalam dakwah. Ahh.. persetankan semua itu skrg. Aku hanya perasan!

Aku selalu berat hati apabila keadaan seperti memaksa aku untuk pulang ke rumah. Kerana kekangan dan hak2 yg lain belum habis lagi ditunaikan. Terasa berat, ya berat sungguh. Aku selalu rasa byk lagi tanggungjawab tak terlunas. Aku pentingkan diri sendiri!!

Pada hari sekian sekian yg lepas, seperti biasa aku yg gopoh(keburukan!!!!!) suka me'rush'kan diri utk jadi punctual dan amanah dalam pekerjaan amalku. Dgn izin Allah dan kuasa takdirNya, kepalaku berdarah. ahah... ok not too bad. just a cut yg org manja je yg akan gedik over that. Well, daie tak boleh manja.

Aku teruskan langkah ke Uni, hasrat menunaikan janji yg terbuku. Last2 tak jumpa pun org yg dah dijanji. Terlupa sebentar tentang jasad tapi kukuatkan juga sbb ish byk lagi kerja!!!!!

Sampailah aku rasa dpt ilham utk melayan jugak cedera tu, seorang kawan yg kini sudah terbiasa rapat dgn ku, menjadi 'mangsa' utk mengobserve kepalaku. Dialah tentera Allah yg dihantar utk mengasihi ku sebentar. Tidak terniat aku hendak memilih mana2 sahabat lain. Takut menyusahkan pula. Tapi entah kenapa yg ini aku main hambar saja tarik ke tepi. Byk kali ucapan maaf terkeluar dari bibir kerana mungkin dia tidak mahu terlepas kelas.

Aku jadi takut jugak sbb mana boleh aku biarkan luka sekain panjang tidak dicuci dari pagi. Sungguh bodoh sombong lah kalau seorang yg belajar mikrobiologi tidak mempraktikkan kefahaman ilmu itu dan first aid luka dlm kehidupan hariannya. Dush Dush!

Tapi perancangan Allah lebih baik. Jalan yg terbuka luas menjadi pilihan yg memudahkan ramai pihak ialah dgn memilih utk pulang ke rumah. Destinasi yg sgt aku elakkan dari awal tadi..Dalam hati, rasa berat bercampur baur dgn takut menyusahkan emak dan ayah pulak.

Adik cool saja, sprt kakaknya(ceh masuk bakul angkat sendiri) walaupun dah marah2 suruh bukak jugak puasa tu. Tp sayanglah kalau bukak bila dah pukul 3. Bila rasa pening, tido je lah yg menjadi keputusan paling bijak setakat tu.

Bila pulang, aku terasa kasih ibu yg tak ternilai tu. Bila aku berani meluahkan apa yg terjadi, ibu jadi resah. tak senang duduk. Nak menangis tapi tak terkeluar. Nak marah tapi tak sampai hati mungkin. Tapi aku sprt biasa, menafsirkan kerisauan ibu sprt kemarahan yg selalu. Jadi aku menangis jugak. Menangis sbb ibu tak nak tgk pun luka. Sampai hati mak....

"kenapa mama nangis eh?" Penting diri sungguh si anak ni!!!!!

Setelah berwuduk dan meluah perasaan sebentar bersama adik, aku jejakkan kaki ke dapur jugak. Rasa bersalah sbb mak terpaksa tiba2 sediakan makanan sbb di rumah tak ada makanan waktu tu. Terkejut sebentar mendengar seduan mak smbil memasak kuey teow dia yg sedap tu. Mataku jadi berair sekali lagi. Namun, kugagahi jua supaya tidak merosakkan mood makan.

Malam itu, lepas solat maghrib, mama menemani ke klinik. Eh, bila dia keluar bilik, dia sudah ceria dan rasional. Ya, selepas mama dah solat mestilah tenang. =)
Aku risau apalah kata doktor nanti. Perasan sorang2 yg akulah paling sakit ketika itu.

Bila masuk ke klinik, ahhh! doktor lelaki.. malunya malunya malunya!!!!!! Taknak tgk muka doktor bila dia cucikan luka di kepala... Taknak tgk muka doktor bila dia cucuk di lengan. ah sadis sungguh! (penting diri lagi!)

lepas dah dirawat baik, tiba-tiba "ha, bgn bg mama pulak"
"eh eh, apekah" (tu la sapa soh perasan sgt)

doktor kata tatkala rawat mama "blood pressure naik, cholestrol naik... minum green tea... makan D-cal la kak... bantu absorption tulang.. sbb dah tak ada rahim.. production estrogen spatutnya bantu absorptin tulang...yada yada yada"

Ya Allah rupanya mama lagi teruk dari diri ini. Mama lah yg patut lebih diberi perhatian. Mamalah yg patut dirisau kan. Bukan anak-anaknya lagi. Mama lah yang patut diberi perhatian.. tambah lagi Jumaat ini 26/3 hari kelahirannya. Dialah yg wajib dibantu dan diberi peringanan rasa. Ya, Allah. apa punya anak ni!!!!!

Sungguh tidak terucap kata syukur pada Allah, kerana membuka petunjuk yg satu, ringankanlah pula beban yg selalu ibu tanggung dan jangan jadi anak yg pentingkan diri! Terima kasih ya Allah. Sungguh tidak pernah akan ku mampu utk sentiasa membalas kasihMu dan rahmahMu....sungguh hamabaMu ini hina dina.

Tuhanku Maha Pengasih
Tuhanku Maha Penyayang
sebelum pun sempat tangisku
jatuh ke bumi
rahmatNya menyambut[segera]

membisik bujukan penawar bersakti
apa lagi nak ku gusar
cinta Nya tak pernah gagal
hadir di kala ku sepi di kala ku bersedih

aku hanya berpegang janji
janji Nya kesungguhan yang pasti
pintu kemenangan
lorong bercahaya
langkah untuk ku pulang
jalan sehala

aduhai ibuku yang satu
janganlah ada barang ragu
biarpun seberkas dalam
andaiku terkorban nanti
sedang meniti kasih


Mama, kutujukan lagu ini selalu buatmu. Agar kau sentiasa tidak risau lagi tentang anakmu yg sorang ini. Aku ingin menjadi sprtmu. Tabah dalam tekanan yg sering melanda, tidak pernah tinggalkan solat dan kuat berdoa. Menjadikan tikar sembahyang tempat pengaduanmu. Menahan segala rasa di dalam hati, agar kuat dlm mendidik anak-anakmu

InshaAllah.. we will find our way

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

p/s: terima kasih Maher Zain... saya menangis sgt dgr lagu awak...

mode seperti latest post dlm 'Kehidupan satu perdagangan"

Jazakillah ya ukhti utk post itu. sangat mengena dgn diriku skrg.sila klik untuk membacanya

sgt terkesan dgn doa beliau, ‘ Ya Allah, persaksikanlah. Aku telah bekerja sedaya upayaku sewaktu hidupku. Maka anugerahkanlah aku kerehatan di sampingmu.’.

kudrat ku dan masa yg ada sgt suntuk. Jam pasir sedang berjalan dan sedang kuusaha semampu yg boleh kerana agama itu tidak memberatkan dan ada hadis yg mengatakan beramallah dgn setakat yg termampu (afwan sanad tidak ada kerana kawan pakistani yg meng'share' nya.)

Tetapi aku cuba untuk melepaskan satu tanggungjwb untuk fokus kepada D&T ini, namun, apakan daya, Allah masih tidak membuka jalan keluar darinya.

ya Allah, Engkau tidak akan membebani kalau Engkau tahu aku tidak mampu, tetapi berikanlah kekuatan luar biasa yg sprt Engkau berikan pada Rasulullah ya Allah. Semakin byk kekangan datang bersama kesempitan dada yg terbit dari ketidakikhlasan, ampuni ku ya Allah. Mana mungkin aku mengharapkan keajaiban kerana aku belum all-out sehingga darah juga kukorbankan. bak kata seorang brother "there is always a solution to it". Malu sungguh kerana terlalu gopoh dalam membuat keputusan, sgt muda kan? hehe. But then they didnt now my other commitment as well. Masalah2 lain.

Ya Allah, bukakanlah jalan penyelesaian yg terjangkau dlm penaMu, aku memohon...

IMAN dan AMAL, like a chicken and egg...


bismillah

Dalam lecture subject Molecular Biology & Biotech(MBB), lecturer saya akan selalu sebut perkataan terkenal beliau, macam tagline subject ini pulak 'like a chicken and egg'.

"You can't only have an egg without chicken in the first place, and You can't only have the other way round right? Chicken grows from an egg"

An example,gene and vector. You can't express a gene without vector, what is vector if no gene to be expressed??.
Note that gene are expressed by using vector as tool to transfer gene into a host.

Example again, gene and protein. Protein yg berguna adalah dtgnya dari gene yg serba lengkap di'transcript' dgn detail tanpa error. Dan gene tidak akan diekspress bila protein belum deficient or inactivated by protein.

Itu contoh perkaitan yg digunakan dlm memahami subjek yg sungguh amat kompleks itu yakni MBB.(sedap tak nama subjek susah tu..lol)

kesimpulannya...Satu kitaran yg mudah difahami.

Jadi apa kaitan nya dgn IMAN wa AMAL?

Hmm... Di dalam al-Quran, apabila Allah menyebut atau menyeru orang-orang yg beriman pasti tidak ketinggalan amal soleh sebagai rentetan.

allazi na amanu wa amilussolihat....

bunyinya seperti kita kena beriman dulu sebelum beramal.

IYA itu betul. kerana amalan tanpa iman adalah sprt debu yg bertebgn di tiup angin kencang...

tetapi, amal kita slalunya akan reflects iman kita juga... ketika amal sudah berkurangan, mungkin kerana iman sudah berkurangan. Atau sedang mengalami keteronggokan. Atau sudah lupa digilap dgn amal. Atau amal menjadi rosak kerana noda-noda hitam atau kaca-kaca ketidakihkasan hati.

Contoh realistik

"Kalau saya tinggal qiyam, apa-apa jenis peringatan yang didengari atau dibaca menjadi kosong. Tetapi kalau saya buat qiyam, even peringatan itu pernah didengar,simple dan sekejap, sangat amat terkesan dan menjadi best tanpa disedari atau disedari" (kata-kata seseorang yg di tulis semula dalam bentuk lain)

"Kalau saya jaga solat, tak kan rasa ada kekurangan. Tapi kalau tertinggal mesti jadi compang camping"(rakan sekolah)

"kejap. akak nak solat dulu.minta petunjuk"(seorang kenalan)

"Amal fardi kita penting. terutama zikir kita yg dibaca setiap hari. Baca tak mathurat setiap hari? Dah baca, ada tak kita menghayatinya?"(seorang naqibah)

Nak beramal satu hal, nak istiqamah satu hal, nak menghayatinya pula satu hal yg lain pula. Sungguh benar. Ini berdasarkan pengalaman dan cubaan try and error.

Peringatan ini adalah selalu ditujukan terutama buat diri ini, yg mungkin sedang syok sendiri..lalala lala

p/s: Sorry to all readers, I used three languages a bit here and there in my sentences. But then you should know by now that I am not a good writer in any kind of language. So bear in mind, people!=p

Jannah, the best FINAL DESTINATION you will always WANT...


Narrated Anas (radi Allahu anhu) that the Messenger of Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said, “In Jannah there is a market to which the people will come every Friday. The northern wind will blow and shower fragrance on their faces and clothes and, consequently, it will enhance their beauty and loveliness. They will then return to their wives who will also have increased in their beauty and loveliness, and their families will say to them: ‘We swear by Allah that you have been increased in beauty and loveliness since leaving us.’ Thereupon they will reply: ‘We swear by Allah that you have also been increased in beauty and loveliness since we left you.’” [Sahih Muslim]

Commentary:
Another feature of Jannah is this that the beauty and charm of the men and women in Jannah will go on increasing with time and thus the love and affection between husbands and wives will also keep on progressing and increasing. It will be the opposite of what happens here in this world; people lose their good looks with time. But in Jannah you just keep getting more and more beautiful, without any effort, and there is no end to it. May Allah(swt) grant us in His Jannah! Ameen.


p/s: deep down in anyone's heart, YOU will always wanna be there in the end right? Let's be inspired and work hard to get there

Umar oh Umar


Sebelum disapa sinar iman
Kau bagaikan singa yang mengganas
Membunuh anak perempuanmu
Tanpa rasa belas dan kasihan
Dipandu hati sekeras batu
Jahiliah yang menyesatkan

Bila nur Al-Quran menusuk ke jiwa
Lunturlah segala keangkuhanmu
Berubah dan beralih arahmu
Terbentur segala kekejaman
Menjadi wira miskin nestapa
Membela yang tak berupaya

Tidurmu di rimbunan tamar
Tenangmu tiada tercalar
Berbantal lengan tanpa pengawal
Berselimut embun keimanan

Di malam yang hening
Meratap menyesali diri
Pada dosa kealpaan
Dibasuh dengan airmata
Memohon keampunan Tuhan

Engkau khalifah berjiwa hamba
Mentadbir tanpa singgahsana
Menghina diri di hadapan Allah
Kemuliaan diri manusia

Mulia hidup bersulam taqwa
Mulia matimu kau syuhada
Pergi rohmu ke alam tinggi
Terbang menuju ke syurgawi

Aku hanya seorang Umar
Kemuliaanku kerana Islam
Semua ke syurga kecuali dia
Ku bimbangi dialah diriku

Hati sekeras batu
Menjadi selembut air
Jadi teman kebenaran
Jadi musuh pada kebatilan

Aku Hanya Umar by Hijjaz

tak faham

post ini bernada pesimis... sangat negatif.. mintak ampun awal2

tak faham bila orang yang paling tak berapa busy tu yang dengarnya tak busy sangat tapi tolak kerja kat orang lain sebab kononnya busy
tak faham bila kerja nak dibuat sangat tak ikhlas
tak paham suka benor judge orang lain
tak paham ruparupanya, kalau kita tak dibusykan dgn materi yg satu, rupanya ada hal materi lain yang membusykannya
tak paham napa asik garang
tak paham kenapa sudah tak ikhlas
tak paham tak paham....

actually mungkin faham je tapi saja ekspresi lebih2 sebab nak mengata diri sendiri

tak sangka

Tak sangka hang dah tak ada walaupun aku dah lama terima hakikat tu dan melepaskan memori-memori lalu
Tak sangka aku pernah berbaik dengan hang walaupun masa tu hang kerja dok buat lawak MBB nak bagi kami semua gelak
Tak sangka dulu hang pernah duduk, buat kerja sama-sama dan bertanya bila masing2 tak faham buat kerja lab
Tak sangka hang orang yang bertimbang rasa, bila orang lain semua pakat gelak kat aku dalam lab.. hang saja yg diam
Tak sangka dulu aku selalu berprasangka dengan hang sebelum aku kenal hang
Tak sangka aku akan teringat lagi kat hang bila aku nampak kawan baik hang kat lab..
Tak sangka bila tertengok gambar hang kat blog kawan-kawan hang, aku rasa hang macam masih ada lagi kat sini
Tak sangka pulak bila ada saja yang sebut pasal hang, mimpi nanti ada saja karakter hang masuk sekali.. mungkin syaitan..hmmm
Tak sangka penghargaan hang terhadap rakan-rakan hang sgt DIHARGAI pula kini
Tak sangka pemergian hang membuahkan beribu muhasabah, perubahan dan jentikan rasa di jiwa-jiwa yang sudah tandus kering melupai Tuhan
Tak sangka sampai begitu sekali......

Rest in peace, a friend of mine. Semoga Allah mengampuni dosa-dosamu, dan sentiasa melimpakan rahmatNya ke atasmu, Afif Asyraf

p/s: I have a picture of you yg dpt dari Sir Suhaizal, tapi sudah terdelete. mungkin aku akan retrievenya dari documents Monash dan beri pada kakak hang. I know she is the top in the list of names who misses you a lot.

Tak sangka akan ada post lagi berkenaan hang setelah sekian lama terlupa sat pasal hang

Teruskan bertahan....

Sebuah puitis hidup syeikh dakwah yg telah mendahului kita...


(alm. Ust Rahmat Abdullah)

Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan
meminta semuanya dari dirimu. Sampai pikiranmu. Sampai perhatianmu.
Berjalan, duduk, dan tidurmu..

Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang
umat yg kau cintai..

Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedot saripati energimu.
Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg menempel di
tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang
hancur lebur dipaksa berlari..

Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang
akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karena beban berat dari ayat
yg diturunkan Allah.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya
sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi
orang miskin yg bisa diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak.
Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang
segar bugar itu sampai rontok. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah
kemudian meninggal. Toh memang itu yang diharapkannya; mati sebagai
jiwa yang tenang.

Dan di etalase akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga
terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa
pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang heroik? Akhirnya
diperjelas dengan salah satu luka paling legendaris sepanjang
sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang
bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat sholat.

Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah
bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah
bukannya sepi dari godaan kefuturan.

Tidak... Justru kelelahan. Justru rasa sakit itu selalu bersama
mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari. Satu kisah heroik, akan
segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih "tragis".

Justru karena rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu
menemani... justru karena rasa sakit itu selalu mengintai ke mana
pun mereka pergi... akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan
rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus
mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk
mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada.

Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka.
Hingga "hasrat untuk mengeluh" tidak lagi terlalu menggoda
dibandingkan jihad yang begitu cantik.

Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar
wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar.
Tapi saking seringnya "ditinggalkan" , hal itu sudah menjadi
kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

Karena itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria memamer-mamerkan amalnya
adalah anak kemarin sore. Yg takjub pada rasa sakit dan
pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan
Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya
besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu
mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru
jadi lelucon dan target doa para mujahid sejati, "ya Allah, berilah
dia petunjuk... sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang... "

Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya
dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta...
Mengajak kita untuk terus berlari...

"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."


Teks asal adalah bukan dari saya tetapi dari email sister yg dari jauh

Maulidurrasul

Salam alayk...

hari ini dimulakan dgn penuh plan yg terperinci, terlupa pulak bila dah menjelang maghrib, hari baru dlm kalendar Islam bermula.. Satu hari badan saya penat, penat kerana slah sendiri, tak boleh tidur, kerana terlalu byk fikir. Ahh.. saya tak suka sifat tu, sbb di situlah syaitan mudah menghasut saya... Auzubillahiminashaitanirajim.

Sedikit demi sedikit kecewa apabila rancangan tak mengikut kehendak hati. Tetapi kan perancangan Allah yg lebih baik? "tak boleh buat hari ni buat lah hari lain.. kata mak." Wah, jiwa muda memang selalu tak sabar kan kan? Sebab tu kena selalu merujuk kepada org yg lebih berpengalaman..

Lepas balik dr pos office dgn sedikit kecewa, sy cepat2 solat Asar dan mandi, kerana tak tahan panas. Dan tak sabar nak tidur. Sb jasad dah tak larat lagi. Tertidur dan cuba menukar lokasi tidur supaya tak terlajak meninggalkan Maghrib. Di rumah, mak yg pastikan sy bgn dan solat. Beribu kali jugak mak bebel2. Thank you Allah. Mak kejut dgn sgt berhemah. Sbb dia tahu sy penat. =)

Kemudian sy smbung routine2 rumah, terlupa hari paling agung itu sudah bermula. Hari Isnin, 12 rabiulawal. Di mana ada salah seorang sahabat bermimpi, Abu Lahab di neraka merasakan dikurangi seksaannya pada setiap kali Isnin, kerana pada hari kelahiran Muhammad, dengan gembiranya Abu Lahab bersedekah makanan kepada orang ramai (sila check semula kesahihan cerita ini kerana saya membacanya dari buku novel Abu Bakar, Abdul Latip Talib).

Patutlah malam ni saya rasa mengantuk bangat. Patutlah sy rasa selamat, syahdu, sepi nya malam tatkala membuka pintu kereta tadi saat keluar dlm pukul 10 lebih.
Pelik manusia tutup kedai dgn awal pada hari lain sepertinya macam lewat lagi.
Padahal taukenya non-muslim?

Sementelah adik saja yg disimpati, setelah hari sukan di sekolah, tiba-tiba esok kena berarak lagi.. Kesian adik. Dah la penat, kena paksa pulak berarak sprt daku yg dulu tak tahu kenapa la nak kena berarak ni? Rasa malu pulak sb tak tahu what is the point berarak sebenarnya? yg skrg saya tahu itu semua bidaah. Tapi tak salahlah kalau kita berselawat ke atas junjungan mulia itu. Kesian adik, sempat berceloteh kejap pd adik utk tak kasi dia rasa berat hati sgt.



Semalam baru sahaja seorang sister share bagaimana kita meletakkan Rasul dalam tangga2 cinta kita? Adakah selepas ibu, atau suami, atau Allah? Fikir2kan tahap iman kita, yuk...

Macam mana nak pupuk rasa sayang pada Rasul?

Saya pun tak pasti cara mana yg berkesan di berlainan hati-hati manusia. Menyelami kisah sirah Rasulullah adalah cara bagaimana saya selalu menitiskan air mata merindui Baginda. Terasa cemburu dgn sahabat-sahabat lain boleh mencium dan peluk Baginda. Bagaimana sayangnya mereka kepada baginda, kerana apabila baginda dalam keadaan bahaya, mereka berjuang bermati-matian mempertahankan sumber wahyu itu.
apabila baginda wafat, mereka menangis sedih, kerana terputuslah wahyu dari Allah buat selama-lamanya...

Wah, bagusnya mereka. Tinggi sungguh iman mereka. Kita? Kita yg mengimpikan Islam mula menjadi kuasa dunia ni?

Pernah kah kita merasai terhutang budi pada baginda?
Pada setiap titis darah baginda curahkan di Taif
Pada setiap ketabahan hati menanggung peritnya bersujud dgn uri unta diletakkan di atas bahu baginda?
Pada setiap titis air mata baginda tatkala kehilangan isterinya yg tercinta dan pakcik kesayangannya?
Pada perit jerihnya menahan sakit besi tertusuk di pipi?
Pada masa yg baginda luangkan melebihi keluarga baginda sendiri kpd umat?
Pada rasa cintanya pada KITA?

Berselawat..
Hayatilah selawat kita, seolah-olah kita sedang mengucapkan terima kasih pada baginda.
yang menjadi perantara langit kepada Umat ini.
Yang kini wahyu itu sering dibaca-baca. Penuh nikmat membaca bait-bait indah wahyu itu.

Jom feeling bersama


"Ya Allah, berikanlah selawat kepada Nabi Muhammad sebagai hamba-Mu, nabi-Mu, dan rasul-Mu; nabi yang ummi. Juga kepada keluarga dan para sahabatnya serta berilahkeselamatan sebanyak yang terjangkau oleh pena-Mu dan yang terangkum oleh kitab-Mu. Ridailah ya Allah, para pemimpin kami; Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, semua sahabat, semua tabiin dan orang-orang yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik sampai hari Pembalasan" (dipetik dari al-Mathurat; zikir yg disusun oleh Imam Hassan al-Banna)


p/s:ditulis dalam mode selepas membaca kisah-kisah sahabat dan kagumnya bagaimana baginda mendakwahi mereka T_T

Manusia tidak menjaminkan kita...

Manusia...
Macam-macam ragam, kerenah.. dan tidak sempurna.
Itu secara umumnya, jom kecilkan scope sikit.
Orang-orang yg bersama dgn kita, jamaah kita..
Kita selalu mengharapkan mereka selalu membantu di kala sulit,
mengharapkan mereka selalu memahami jiwa ini.
Tetapi mereka juga manusia.

Ya Allah, permudahkan lah pekerjaan2 ku...

Kembali semula kpd Yang Maha Mengetahui, Kekal, Tidak Binasa....
Yakin dgn itu



p/s:istighfar selalu

I never wrote a poem before... =p

Dear ukht,

I will always be there for you,
I want to hold your hands for you,
I want us to be more than just that,
So that we can walk, stand, cry
in this path to search our way back,
home to the only HOME that last forever
and to meet Him, Allah the Almighty

there we will live forever,
and laugh and smile and talk about what we had been through,
in this dunia'h
all the struggle and tears and fears
that was pre-destined by Him who is the Most Graceful

and this is always for you to read

because I love you fillah!!
and always wanted you to experience what I have always feel and
what I received before this
the sweetness of hidayah from Him...

menangislah kegembiraan

Bismillahirrahmanirrahim

Subhannallah Alhamdulillah Allahuakbar!

Ya Allah, tak dpt nk gmbarkan perasaan best ni! dgn sukanya saya memberitahu, bhw saya sgt suka jikalau org yg dkt di hati, dan selalu di sekeliling sy,apatah lg yg mengalir darah daging yg sama terkesan dgn tarbiyyah dan mahu berubah! Allahhuakbar, gembira tak terkata, kerana sprt doa yg selalu ku kirimkan telah termakbul walaupun aku cuma daie kerdil di muka bumi ini...

Alhamdulillah.. ikhlas dlm melaksanakan syahadah dlm perbuatan dan akhlak pasti ada ganjarannya dari Allah. bukan dari manusia... slalu dipesan2, dibaca melalui hadith2 dan kini aku yakin itu. Dakwah melalui akhlak Islam mungkin kita tidak nampak dlm masa yg dekat atau ketika kita masih hidup. ingatkah kisah Rasulullah menyuap wanita tua Yahudi di pasar setiap hari? MasyaAllah.. cerita itu sgt2 kusukai kini!

Semoga diriku sentiasa menjaga hubungan dgn Allah dgn lebih baik lagi... aminnnn

p/s:sepertinya aku mahu menangis sepuas2nya. tak sabar menunggu next sitting usrah

hadith dr fbook group

Subhannallah... sgt2 bermanfaat jga grup2 Islamik di fbook. Sy join "a hadith a day Keeps the syaitan away!" yg akan mengantar mesej 1 hadith per day ke dlm inbox members of group. Sgt2 bermanfaat buat saya yg "busy" dan tiada buku sprt Riyadus Solihin..(buku syarahan hadis imam nawawi pun blum ade.. insyaAllah on the way)

yg bestnya hadith2 adalah dlm bahasa inggeris(mudah difahami krn tak perlu pjg2 komen) dan byk berkisar tentang kehidupan routine, kdg2 ada doa dan mcm2 la tak boleh nak list semua kan..

tapi saya nk share hadith ni;

The Prophet of Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: "When a deceased person is laid in his grave, he hears the sound of the footsteps of people as they go away. If he is a believer, the prayer will stand by his head, the fasting will be to his right, alms to his left, and all other good deeds of charity, kindness to relations, and good behavior will be by his feet." [Ahmad]

Then two fearsome, dread-inspiring angels, called Munkar and Nakeer, visit the soul to ask it about its religion, God, and prophet. The believing soul sits upright in its grave as Allah (subhana wa ta’ala) grants it the strength to answer the angels with full faith and certainty.

Munkar and Nakeer: “What is your religion?”
Believing soul: “Islam.”
Munkar and Nakeer: “Who is your Lord?”
Believing soul: “Allah.”
Munkar and Nakeer: “Who is your Prophet?” (or “What do you say about this man?”)
Believing soul: “Muhammad.”
Munkar and Nakeer: “How did you come to know these things?”
Believing soul: “I read the Book of Allah (i.e. the Quran) and I believed it.”

Then, when the soul passes the test, a voice from the heavens will call out: “My slave has spoken the truth, supply him with furnishings from Paradise, clothe him from Paradise, and open a gate for him to Paradise.” The believer’s grave is made roomy and spacious and filled with light. He is shown what would have been his abode in Hell - had he been a wicked sinner - before a portal is opened for him every morning and evening showing him his actual home in Paradise. Excited and full of joyful anticipation, the believer will keep asking: ‘When will the Hour (of Resurrection) come?! When will the Hour come?!’ until he is told to calm down. [Tirmidhi]

masyaAllah, byk persoalan2 remeh terjwb dgn senang dgn bykkan membaca dan sharing2 kan.. jadi saya letak kt blog ni sempena tak larat pnya psl, yg mudah2 aje ye kali ni

till next time.. goodnite.

masalah menulis dan membaca

peeps

currently sedang membaca Haza Deen(said Qutb).. what a book. Sangatlah best, dan mengetuk jiwa(ah, kau ni yati asal baca je ketuk jiwa?) hehe.

actually i tried blogging a couple of times today, but halfway typing i decided to just saved the posts as drafts. ahah.. posts? ada dua je okkay.. sedang mengalami kebantutan bahasa dan penulisan. aiyark camna ni. nanti dah masuk sem kena menulis scientifically and scholarly pulak tue! tenang yaaaa.. that's all dunniah and insyaAllah Allah permudahkan...

itu menulis.. gimana dgn bacaan anda? aaaa... sgt lembab... sgt sedeh. sgt pelik... tapi as a cheers dan penaik semangat saya nak sindir diri saya ok..

Yati, kalau kau dulu boleh baca buku Harry Potter sampai tido lewat bener di malam hari tu kenapa skrg tak bleh? You can do it babeyh!
Yati, kalau dulu kau bleh suka-suka berangan nak khatam itu ini, dan melakukannya kenapa skrg tidak?Go go Yati....
Yati, kalau dulu suka sgt gelak dan bersemangat dari baring tiba2 terduduk. dari duduk tiba2 berdiri. atau tiba2 menangis. atau tiba2 semangat gila... smpai tak boleh tido.. Cepat kembalikan semangat itu!!!!!

GO Yati GO

hmm.. buku oh buku. Sebelum cuti, saya berangan2 tinggin utk habiskan banyak-banyak-banyak buku. Ok. saya tau.. lemah BM so saja exaggerate smpai kata ganda tu jadi triple. Sebab saya imagine banyak tu like loads of it, a rack of books. haha imagine dat. what a freakssss and nerdy I am. but I like. I like. tolonglah faham sapa2 yang tak suka buku, byk nya anda rugi... =p promosi kempen membaca kejap tapi gaya mak nenek sket okkay.

Coret2 kisah adik oh adik

Hari ini, selepas memberi ceramah pjg lebar pd adik, tiba-tiba adik...

"Nanti bila adik dah habis baca buku yg adik dh beli, adik nak baca buku akak boleh?"
"yg mana dik?"
"Ala, yg semua2 tu la. Semua buku2 akak nmpak best. Umar ke, Abu Bakar ke. Semua2
la."
"ok"

Adik, tolonglah jadi geng dgn akak......=)

p/s: sedikit sandiwara yg dicoret adalah sbhgn diari sebenar. aha.. saya start menulis diari semula. tp tak rajin sgt la. dulu pun tak rajin juga

Langkah Abadi

Langkah ini langkah-langkah abadi
Menapak gagah laju tanpa henti

Palestina milik Muslim sedunia
Yakinlah kemenangan
Sunatullah pasti kan terlaksana
Pertarungan menanti
Kerinduan akan jiwa merdeka
Kami tak terkalahkan

Langkah ini langkah-langkah abadi
Menapak gagah laju tanpa henti

Gunung-gunung, lembah dan bebukitmu
Tak layak dihinakan
Dan kami singa-singa Ar-Rahman
Merangsek kehadapan

Pembawa panji-panji Al-Quran
Tak gentar membebaskan

Langkah ini langkah-langkah abadi
Menapak gagah laju tanpa henti

Bersama kumandang adzan
Seiring gerak mentari
Bak laskar Shalahud?in bertakbir dan meninggi
Jelmakan Khaibar kembali berkumandang di bumi
Dan Allah Sang Pencipta
Akan menjadi saksi

Langkah ini langkah-langkah abadi
Menapak gagah laju tanpa henti

Puisi

Langkah ini langkah-langkah abadi
Menapak gagah laju tanpa henti

You found Me

Is this a dream?
If it is
Please don't wake me from this high
I'd become comfortably numb
Until you opened up my eyes
To what it's like
When everything's right
I can't believe

You found me
When no one else was lookin'
How did you know just where I would be?
Yeah, you broke through
All of my confusion
The ups and the downs
And you still didn't leave
I guess that you saw what nobody could see
You found me
You found me

So, here we are
That's pretty far
When you think of where we've been
No going back
I'm fading out
All that has faded me within
You're by my side
Now everything's fine
I can't believe

You found me
When no one else was lookin'
How did you know just where I would be?
Yeah, you broke through
All of my confusion
The ups and the downs
And you still didn't leave
I guess that you saw what nobody could see
You found me
You found me

And I was hiding
'Til you came along
And showed me where I belong
You found me
When no one else was lookin'
How did you know?
How did you know?

You found me
When no one else was lookin'
How did you know just where I would be?
Yeah, you broke through
All of my confusion
The ups and the downs
And you still didn't leave
I guess that you saw what nobody could see
You found me

(You found me)
(When no one else was lookin')
You found me
(How did you know just where I would be?)
You broke through
All of my confusion
The ups and the downs
And you still didn't leave
I guess that you saw what nobody could see
The good and the bad
And the things in between
You found me
You found me

-Kelly Clarkson-



p/s:dedicated to those who found me, let's hold hands tight till the end of our journey...

Sementara Jam pasir ku masih berjalan....

Sementara jam pasirku masih berjalan, sementara ianya masih fresh dlm ingatan dan hati setiap insan yg merasai kehilangan seorang rakan di Monash, saya ingin jugak tumpang buat coret2 hati.. =) Sungguh tak disangka2, dan memang saya juga antara salah seorang yg terkejut dgn pemergian arwah walaupun tak kenal rapat. Ketika membaca msg forwarded dari rakan, saya sedang menelefon kakak dgn telefon rumah, bila dah habis baca, terus saya terlupa dan terus letak ganggang phone. Saya terduduk, saya bgtau mak. Hati saya berdegup kencang, ish, susah nak terima.

Selepas berbasa-basi menanyakan tentang keadaan dan asal-usul perkara sebenar, mak hanya ckp; "ckp lah Innalillah... dah ajal dia"

ya, Allah telah mendahulukan takdir arwah ke atasnya. Arwah telah pergi, pergi meninggalkan keluarganya, rakan-rakannya... pergi ke satu alam lain, bukan alam ini lagi. Saya syahdu membaca semua shout out dan post2 di facebook arwah. Saya tak delah rapat pun dgn arwah, tp mungkin sudah lama terbiasa nmpak arwah di lab dan kelas2, bercakap pun pernahlah jugak. Saya sgt pelik. kenapa sgt terkesan dgn tempias berita kematiannya..Telah ditakdirkan sebelum arwah ke dunia ini, dia hanya akan hidup selama 20 tahun. mungkin saya sgt2 terkesan dgn kematiannya, kerana dia byk persamaan dgn saya. belajar course yg sama, tempat sama, asal negeri yg sama, dan umur yg sama. Dan 1st time buat saya kehilangan kawan2 yg berdekatan.

Kemudian saya menghitung-hitung, muhasabah semula. Baru nk ingt mati. Sgt terkesan. dan sgt takut juga.

"dik, takut tak mati?"
"takut. takut masa nk jmpa Allah nanti"

Subhanallah. bagus adik ingatkan kakak. Ya, kakak pun takut dik. takut jmpa Allah. takut bila pegang buku amalan sendiri.

Teringat kat drama Nur Kasih. Ramai yg syok2 tgk drama tu, mgkin sbb cinta Islamiknya. tp tak ramai yg x dpt tgkap pada pengajaran asal yg mungkin si penulis nk smpaikan pd para penonton. dan saya juga mungkin termasuk antara org2 tu. ingt tak masa awal2 trailer Jalaluddin Hassan ada ckp psl hadis yg slalu kita dgr dari kecik.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Saya mula memuhasabah diri. Kematian arwah tidak boleh dibiarkan sia-sia, meratapinya sudah tiada gunanya. Dan mungkin Allah juga mahu memberi kita peringatan, masa kita akan tiba, jam pasir kita akan tamat waktunya. every breath that we take is a step towards death. iya, saya pasti itu. saya mengimaninya. Kerap kali saya berfikir mengenainya, dan ada juga dua tiga kali terpacul keluar dr mulut psl mati. Ahah. sampai adik saya pun marah sbb tiba2 obses psl kematian.

Antara tiga perkara yg disebut dlm hadis di atas, saya kurg satu. Saya belum mempunyai anak. Dan saya pun tak tahu sama ada saya punya rezeki utk bertemu jodoh dlm masa terdekat. Atau ajal dtg mendahului segalanya? Saya hanya ada 2 peluang itu sahaja, dan adakah saya bisa memaximizekan masa saya utk kedua perkara ini? Jom sama-sama kita muhasabah.

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun?(4:78)


Kita hanya bisa mendoakan arwah. Semoga dosa2 nya Allah ampunkan, dan semoga rohnya dlm rahmat dan kasih-sayangnya. Arwah sgt disayangi. ramai kawan-kawannya mengingati kebaikan arwah. Saya sgt kagum dgn arwah, beliau sgt menjaga hubungan nya dgn kawan. tak pernah sakitkan hati kawan, dan sgt menjaga hati rakan-rakannya. Saya dpt membuat kesimpulan tersebut, berdasarkan pergaulannya dgn rakan-rakan, dan cara dia berckp dgn semua org. Saya tak sempat jmpa arwah utk meminta maaf jikalau ada dosa2 yg tidak terampun, atau hak SH yg tak saya smpaikan padanya. Mana tau di sana dia bakal menuntut??Ya Allah takutnya saya.

Saya baru sahaja diuji dgn hubungan antara manusia dan dgn Allah. Saya juga mula menhitung diri. Ya Allah, byknya aku buat dosa kat org, buat dek je. Hubungan dgn manusia lagilah kena jaga. Kalau berdosa dgn Allah, boleh bertaubat dan memohon secara direct, tp dgn manusia? kita tak tahu bila kita akan mati, atau org2 di sekeliling kita, dan kita taktau pun bila kita akan berpisah dan akan jmpa kembali...
Jom2... kita muhasabah!

Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya lah kamu dikembalikan.(28:88)

Adakah kurus itu Islam?

Hah!... pastinya ramai terkejut dgn title post kali ni. Mudah-mudahan tiada sesiapa terasa ok? InsyaAllah, btulkan niat kita ketika membaca.

Ramai org nak kurus, tengok saja iklan2 di tv, di akhbar2, di televisyen. Semua org kata nk kurus, tapi lupa nak tanya balik, Allah ada ke suruh kita kurus? atau kurus ni Islam ke?

Mungkin ramai yg bakal atau tidak setuju dgn apa yg bakal saya katakan. tapi takpe, saya terima seadanya pandangan anda. tapi mahukah anda, mengetahui apa kurus itu Islam?

Sbg umat yg adil(meletakkan sesuatu pada tempatnya), kita kena slalu revise, adakah kita adil dlm semua aspek kehidupan kita? Dalam Muwasafat tarbiyah (kpd sesiapa yg tahu.. sesiapa yg tidak mungkin anda mahu rujuk kepada source yg betul), Qawiyyul Jism yakni Sihat tubuh badan adalah salah satu dari pengajaran diambil dari Al-Quran. tidak disebut perlu kurus.

Rasulullah SAW juga tidak pernah menekankan kepentingan untuk kurus, tetapi saya simpulkan sendiri, adalah menjadi sunnah dlm menjaga kesihatan tubuh badan dan kekuatan fizikal. Lihat lah dalam sejarah sahabat2 ramainya yg kental jiwa dan tubuh, pandai bertarung dan sebagainya, tetapi tiada yg menyebut betapa ringan atau kurusnya mereka? atau cantiknya mereka? Mungkin ada yg bukan dlm pengetahuan saya, tp setahu saya ianya tidak menjadi keutamaan dlm Islam.

Tapi Allah kata

"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (2:195)

Saya sedang mencari inisiatif untuk sihat. tapi saya terlupa kdg2 saya termakan dek tuntutan nafsu saya sendiri? Saya taknak jatuh ke lembah kebinasaan yakni mencari penyakit sebab tak sihat, tp saya dh terlupa pulak dan tergoda dgn nafsu nak kurus?Uwaa, tidak! Saya taknak. Saya taknak bazir duit lagi utk benda2 yg bukan kerana Allah. Aiseyh nyesal....
Banyak lagi cara2 utk sihat, cara sunnah pun belum habis saya amalkan. Islam sendiri sudah lengkap. mana mungkin saya berpaling darinya mencari yg lain....

Lalu, saya kaitkan dgn diri saya, matlamat hidup saya adalah hamba dan khalifah. Mana mungkin saya nak muatkan nafsu saya dlm dua matlamat itu???? Saya terpegun, ish, tp aku kena juga turunkan berat badan. Saya takmau terlist dlm org2 yg berisiko tinggi mendpt diabetes atau darah tinggi atau berbagai penyakit lagi.Kan Allah kata Jangan campakkan diri dari kebinasaan? Baikkan Allah? =D...

Selagi ianya tak kan menjadi kepentingan yg teratas sekali dlm hidup ini selagi itu lah saya masih boleh lagi melakukannya, kerana saya takut. Kalau saya mati sekarang, saya bertemu denganNya, takkanlah saya nak present amalan2 diet dan exercise je? rugilah saya. Nauzubillahiminzalik....

p/s:mungkin para pembaca boleh share pendapat masing2? atau tips2 kesihatan?

setelah lama 'bercuti'

Selepas membaca post dr seorg sahabiah tentang coret2 kehidupannya, saya pun tergerak hati utk menulis kembali, setelah lama 'bercuti' dr menulis.there are few factors that prevented me from writting. that includes me myself. haha

selama cuti beberapa bulan ini, saya teruji dgn byk perkara. mostly ujian jiwa. Allah lah yg Maha Menguji dan Menghukum. hmm... sbg seorg abid, saya ni masih lemah bahasa Arabnya atau adakah saya masih byk belum mengenal Allah? Ya Allah, permudahkanlah jalanku kpdMu..

jikalau 'ANF' dgn tempat praktikal Bom Boom nya, 'T-Q' dgn mujahadah jalan kakinya, 'Z' dgn kelas bahasa dan memasaknya, 'B' dgn SimeDarby dan tggungjawab keluarga, FM tak tau cerita.... saya? Saya di sini. di rumah ini.. menjadi ibu kedua. atau kalau lebih kasarnya orang gaji?

Anda mungkin telah menghidu bau2 ketidakikhlasan saya dari nada2 saya di atas. Well, you are not in my shoes. Kata org "Dont judge a book by its cover". Saya byk diuji, uijian meruntun jiwa, ujian kesabaran. Kadang2 saya fikir, kesian mak, anak2 ramai. dah lah ramai. tiap satu byk kerenahnya. dan setiap satu kena ada byk caranya. waduh waduh.. gimana ibu bisa tanggung ini semua. Hah, kau kan bukan seorang ibu lagi, yati? dan bukan jugak boleh di entitle sbg murrabiah berjaya.

Dalam sehari dua ini, ujian-ujian yg Allah takdirkan itu, telah smpai ke kemuncaknya. beberapa hari sebelum itu, terdetik di hatiku, "hmm.. walaupun aku ni si cengeng, aku dh lama tak nangis'.. aku berusaha membasahkan hatiku. bermuqarab dgn Ilahi. mencari di mana salahku. walau dah tahu aku di tahap iman yg terkebawah, aku tak menangis-nangis lagi? ish pelik wal ajaibun!

Lalu, jadilah kejadian kereta semalam, dan hari ni ditambah lg dgn adik tak jadi kesekolah. Anda mungkin akan tergelak. ceh, remeh punya hal. saya pun merasakan ini remeh. tp mungkin dr situ lah syaitan datang meniup2 hembusan yg membawa seorang insan kpd kedurjanaan. Saya merasakan saya bisa menangani semua. kerana saya tahu saya boleh tahan semua ini. Saya dh biasa dimarahi kerana kesalahan2 kecil dan careless mistakes saya. Saya tahu saya boleh hidup di kalangan insan2 yg hati mereka sprt Umar al-Khattab. tapi rupa-rupanya, saya sudah terlupa. saya adalah si pemendam jiwa. saya telah 'bercuti' dr menangis, dan setelah sekian lama saya 'bercuti' dari perasaan amarah, saya telah MELETUP. Auni skrg pasti terasa hubungkaitnya dgn postnya itu.. =)

Usrah yg lalu, seorg sahabiah berkongsi cerita mengenai dia yg menjadi garang tiba2 dlm kelas guru gantinya.

"Orang yg bisa tahan marahnya adalah lebih hebat dari orang yg menang dlm pertandingan gusti"

Saya tahu itu berasal dr hadis, Astagfirullah.. afwan juga tak dpt nk letak hadis yg proper. Mood tgh tak sesuai. Si pemendam rasa, kalau dh meletup, lebih bahaya dari si panas baran, kata ramai org. Saya akui kata2 itu. Dlm gene family kami, ada gene panas baran. Semua pandai marah. Itulah yg org kata, cucu Pak Ya tu, anak2 Zarina.... Lucu juga mendengar dr mulut org2 tua. Saya juga akui saya ada sifat2 itu tapi, sy pun membuat kesimpulan, sifat pemendam rasa saya ni lahir dari ilham dr Ilahi. dr kecil lagi saya yg paling jarang marah. Mungkin saya tak reti menjerit(??), atau semasa kecil, tak suka pada keserabutan dan dgn bijaknya si kecil itu membuat kesimpulan, kalau dia train dia tak suka marah, kurg la sikit serabut2 ni... Itulah Yati kalau anda nak tau.Cuma kalau pd org yg lain jantina, saya cepat btul marah. Mungkin nak train rasa tak sayang pd mereka? haha....

Ujian dr Allah
Ketika saya sedang meletup dan di dlm lembah kedepressan, saya mengambil inisiatif. solat dan wuduk. Untuk kejadian pertama, saya cepat kembali normal. Air mata kering sudah... saya bisa tidur dgn tenang. Namun apabila bgn sahaja dr tidur, Allah uji saya dgn sesuatu yg tak dpt saya bayangkan kpd anda skrg. bunyinya macam scary kan? tp lek aa, bukannye scary tp kedekut nk cerita.. heh=p

Pada ketika itu, tangisan keluar tanpa henti, saya berwuduk, saya solat. Saya mohon pada Allah mengampunkan dosa2 saya dan berilah ketenangan pd saya. Jazakillah, kpd murabbi dan usrahmates, sesi usrah semalam betul2 berkait dgn keadaan saya sekrg. kini Hak individu sedang menuntut, dlm keadaan saya compang camping menunaikan hak2 kpd keluarga,saya teruji dgn ujian2 perasaan. Kepenatan dan keperitan jiwa, mungkin seperti inilah Fatimah rasai, sampaikan FAtimah menyuarakan keperitannya sbg suri kpd Rasulullah. Ketika inilah saya betul2 rasa teruji, dimanakah keikhlasan hati dlm mengamalkan kalimah sprt Rasulullah nasihatkan kpd Fatimah yakni Subhanallahwalhamdulillah wala ilahaillallah wallahuakbar. Saat menerima ini sbg satu ujian, saat menerima hakikat kalau lah saya tidak bisa mengharungi ini apatah lagi saat mengharungi medan2 perjuangan yg lain? bagaimana nak jalankan tugas khilafah, walhal tugas seorg abid masih fail???? Astagfirullahhalazim....
Dari Dia kita datang, dan kepada Dia kita kembali

Saya terduduk. saya menangis sekuat2nya.Saya mohon diberi kekuatan..Saya mencari jalan. Dan telah saya nekad dgn penyelesaian tersebut. tetapi kini saya buntu.. mana mungkin saya lari dari masalah ketika baru teruji dgn perasaan sahaja? saya perlu lebih berusaha.... Allah sebenarnya menguji hambaNya dan di saat itulah kita jatuh, dan merenung kembali di mana salah kita, dan ayuh! Bangkitlah! berusaha bangkit bersama kekuatan jiwa mengharungi arus-arus 'cuti'

p/s: mintak ampun kpd pembaca..mungkin anda blurrr....